ARTIKEL BERKAITAN
"Dia Sangat Prihatin & Timbang Rasa" - Kim Hyesoo & Han Hyojoo Puji Sikap Jo Insung
Baru-baru ini, menerusi rancangan hiburan terbitan KBS, “Entertainment Weekly”, menampilkan Kang Dong-won dan Jo In-sung di mana mereka berkongsi dengan penonton bagaimana mereka menunjukkan rasa sayang mereka terhadap keluarga masing-masing.
Menerusi episod kali ini, Kang Dong-won berkongsi bahawa dia telah membina sebuah rumah yang bernilai hampir 1.2 bilion won (RM3,920,712) di kampung halamannya, Gimhae untuk ahli keluarganya pada 2009.
Segala perabot di dalam rumah tersebut juga dibuat oleh Kang Dong-won sendiri memandangkan dia memang menggemari pertukangan kayu.
Dalam pada itu, Jo In-sung juga berkongsi bagaimana dia menghadiahkan beberapa buah bangunan untuk ahli keluarganya. Adik lelakinya mengusahakan perniagaan kafe di tingkat pertama bangunan yang dibelinya di Itaewon. Menurut pakar hartanah, harga bangunan tersebut boleh mencecah sehingga 7 bilion won (RM22,862,506) pada tahun 2021.
Bukan itu sahaja, Jo In-sung juga turut membeli dua buah apartment di S Residence yang merupakan bangunan tertinggi di Korea dan bernilai 4.5 bilion won (RM14,693,385) pada 2017. Pada tahun 2018 pula, dia membayar sebanyak 1.5 bilion won (RM4,897,795) untuk membeli rumah kedua buat keluarganya di Pulau Jeju. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |