Saya Gembira Untuk Awak Jennie Blackpink Kongsi Kemas Kini Pertama Selepas Berpisah Dengan V Bts
Mesti ramai yang terkejut dengan berita mengenai perpisahan di antara Jennie dan V BTS kan?
ARTIKEL BERKAITAN
Bakal Masuk Tentera, V BTS Dilapor Sudah Berpisah Dengan Jennie BP
6 Disember ialah hari yang tidak akan dilupakan oleh peminat BLACKPINK. Ianya kerana hari itu dimulakan dengan laporan pembaharuan kontrak BLACKPINK bersama YG yang telah lama ditunggu-tunggu.
Namun, hari itu juga berakhir dengan laporan yang mengatakan bahawa Jennie dan V BTS telah berpisah selepas hampir dua tahun bercinta.
Walaupun dipalit dengan isu perpisahan tersebut, Jennie telah membuat hantaran di Instagram miliknya. Di mana, dia telah berkongsi lagu baharu Asia Chow, yang juga merupakan rakan baik kesemua ahli BLACKPINK dengan kapsyen,
Saya gembira untuk awak!
Hantaran ini membuat peminat lega kerana Jennie kelihatan seperti dapat mengendalikan semua perhatian yang diterimanya dengan baik.
Apatah lagi kerana berita mengenai perpisahan tersebut jatuh pada hari yang sama dengan pembaharuan kontrak BLACKPINK, menjadikan Jennie topik paling hangat di setiap platform media.
Netizen di Korea meluahkan rasa kesal mereka mengenai perpisahan di antara Jennie dan V BTS. Antara komen netizen ialah,
Ala.. mereka nampak serasi bersama.
Awak rasa mereka akan kembali bersama tak selepas V habis jalani latihan ketenteraan?
Ianya wajar jika mereka berpisah kerana V akan pergi selama 2 tahun.
Saya benar-benar nak lihat mereka berdua berkahwin.
Jennie, awak dah lalui pelbagai perkara.
Saya harap V dan Jennie kekal bahagia.
Apa pendapat korang pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Gembira Untuk Awak..” – Jennie BLACKPINK Kongsi Kemas Kini Pertama Selepas Berpisah Dengan V BTS first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-gembira-untuk-awak-jennie-blackpink-kongsi-kemas-kini-pertama-selepas-berpisah-dengan-v-bts/