Dah Putus Dengan V Ke Kongsi Foto Dengan Kawan Lelaki Jennie Bp Dianggap Perempuan Murahan
Susah betul jadi idola K-Pop, kerana apa sahaja yang dilakukan pasti tidak kena di mata netizen.
ARTIKEL BERKAITAN
"Saya Tahu.." - Peminat Teruja Lihat Jungkook BTS Beri Sokongan Buat Jennie BP
Pada 2 Disember yang lalu, Jennie BLACKPINK telah berkongsi beberapa gambar dengan kawan lelakinya iaitu Lee Joo-hyung di Instagram, sambil memberikan ucapan selamat hari jadi.
Dalam gambar-gambar yang dimuat naik, kedua selebriti itu dilihat sedang seronok bersiar-siar di pusat beli-belah dan mengambil mirror selfie bersama.
Untuk pengetahuan, Lee Joo-hyung juga merupakan kawan rapat kepada V BTS, iaitu kekasih khabar angin ahli BLACKPINK tersebut.
Bagaimanapun, beberapa netizen telah meninggalkan komen kesat kepada Jennie dek hantaran berkenaan, dan mengkritiknya sebagai wanita yang sentiasa ingin mencari perhatian. Antara komen yang ditulis,
Adakah dia dah putus dengan V?
Jika dia teman wanita saya, saya akan menjadi agak jengkel.
V dah nak masuk tentera jadi sebab itu dia cari lelaki lain.
Meskipun begitu, ramai peminat tampil membela Jennie dengan menjelaskan bahawa ia adalah perkara biasa untuk setiap wanita mempunyai sahabat lelaki.
Adakah lelaki dan wanita tidak dibenarkan berkawan di Korea Selatan?
Orang yang berlainan jantina boleh menjadi kawan. Siapa yang rasa dia toksik, awak semua yang gila sebenarnya.
Dia juga manusia biasa. Berhenti meninggalkan komen keji.
Hmm, biasa lah kan kalau ada kawan lelaki..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Dah Putus Dengan V Ke?” – Kongsi Foto Dengan Kawan Lelaki, Jennie BP Dianggap ‘Perempuan Murahan’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dah-putus-dengan-v-ke-kongsi-foto-dengan-kawan-lelaki-jennie-bp-dianggap-perempuan-murahan/