
Tampil dengan Dewan 'RIA' / (RIA Hall) yang merupakan dewan pawagam mesra kanak-kanak TERBESAR di Malaysia dengan menawarkan 135 aneka pilihan tempat duduk individu, keluarga mahupun khas untuk kanak-kanak. LFS Kuala Terengganu menawarkan pengalaman menonton yang berlainan dari pawagam-pawagam sedia ada di negeri Terengganu mahupun negeri2 lain.. Penonton pasti kagum dengan dewan baharu ini yang bertemakan elemen Terengganu seperti penyu (3D mocked up turtles) dan ruang itu kini dilengkapkan dengan alat-alat permainan dan gelongsor terowong khas untuk kanak-kanak yang ingin bermain dalam suasana yang menyeronokkan. Dewan Ria ini juga akan disertakan dengan "MARSHAL" yang akan memantau tingkahlaku kanak-kanak. Ibubapa kini boleh menonton wayang dengan tenang tanpa merisaukan anak-anak mereka.


Kawasan lapang di luar dewan RIA boleh dijadikan ruang menunggu dan kawasan ini telah dinaik taraf dengan panel abacus dan gelongsor kanak-kanak, set khemah mainan dan aktiviti memanjat kanak-kanak. Ianya pasti akan menjadi pilihan yang tepat untuk menghabiskan masa bersama anak-anak.
Selain dari Dewan RIA, LFS KT turut tampil dengan dewan berkonsepkan VIP pertama di Pantai Timur. Penonton akan dapat merasai keselesaan yang maksimum sepanjang menonton filem di dewan ini yang diberi nama Dewan PERDANA. Dewan Perdana ini direka bentuk secara eksklusif untuk acara eksklusif dan tayangan filem perdana. Tandas berasingan turut disediakan untuk dewan ini disamping terdapat pilihan kerusi boleh laras untuk penonton berehat sambil menonton filem kegemaran.
Lounge Dolby Atmos telah mendapat suntikan rupa baharu. Ruang menunggu pelanggan dan VIP dihias dengan poster filem Melayu klasik serta dihias dengan lampu ambient yang mencerminkan atmosfera klassik. Bahagian ini diklasifikasikan sebagai tanda penghormatan kepada industri perfileman Malaysia yang akan membangkitkan rasa nostalgia kepada penonton filem.
Bagi penonton yang risau gajet kehabisan bateri, usah risau kerana LFS ada menyediakan ruangan khas pengecasan gajet di ketiga-tiga aras dan juga penaiktarafan ruangan mesra bayi khas untuk para ibubapa menguruskan anak kecil mereka.
Segala kelengkapan baharu ini telah boleh diakses oleh penonton dan pembelian tiket untuk dewan baharu boleh dibuat menerusi aplikasi LFS Cinemas serta di kiosk kiosk premis LFS Cinemas Kuala Terengganu, Paya Bunga Sentral, Terengganu, Malaysia.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |