Saya Dan Rakan Rakan Ambil Ketetapan Tolak Belanjawan 2021


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 7:24 pm
Dr Mahathir Mohamad
Kurang daripada 24 jam sebelum nasib Belanjawan 2021 dijadual ditentukan kedudukannya, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan dia dan "rakan-rakan" membuat ketetapan untuk menolaknya.

Kata Mahathir sebelum belanjawan disediakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diundi, orang ramai boleh melihat bagaimana proses perbahasan mengenainya dijalankan dengan sangat mengecewakan.

"Selain daripada perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda di pihak kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat.

"Kerana itu, saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat," kata ahli parlimen Langkawi itu dalam catatan terbaru blognya.

Untuk rekod, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Mahathir mempunyai empat ahli parlimen ketika ini.

Bagaimanapun, Mahathir tidak menjelaskan siapakah yang dimaksudkannya sebagai "rakan-rakan" itu, sama ada merangkumi Warisan dari Sabah - yang dilihat sentiasa sehaluan dengannya - atau turut melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Selain pembangkang, beberapa ahli parlimen Umno - terutama yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan atau agensinya - membayangkan mereka hanya setuju memberi sokongan kepada belanjawan tersebut jika permintaan mereka ditunaikan.

Antara yang ketara tidak senang dengan belanjawan itu ialah seorang lagi bekas perdana menteri, Najib Razak, serta presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Umum mengetahui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika ini hanya mempunyai sokongan majoriti sangat tipis di Dewan Rakyat dan setakat ini ia belum benar-benar diuji.

Mahathir juga menjelaskan kerajaan cuba mengelirukan orang ramai dengan 'mengugut' melalui pelbagai risiko yang didakwa boleh berlaku jika belanjawan berkenaan gagal mendapat sokongan majoriti.

"Jadi, apakah yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 tidak lulus? Pertamanya, ia akan membuktikan bahawa kerajaan telah hilang “legitimacy” (keabsahan) kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus belanjawan.

"Apabila ini berlaku, jika perdana menteri seorang yang bermaruah dia akan meletak jawatan.

"Seterusnya, jika di dalam suasana biasa, dia boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, Mahathir berpendapat bahawa mengadakan pilihan raya umum ketika negara dilanda pandemik Covid-19 bukanlah satu pilihan kerana boleh membawa kemudaratan.

"Kerana itu, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada parlimen untuk menentu siapakah dalam kalangan ahli-ahli parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.

"Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi perdana menteri untuk menubuh kerajaan yang baru dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

"Setelah kerajaan baru dapat ditubuh, maka kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan belanjawan yang baru ataupun mengambil belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu," katanya.

Semua proses itu, katanya, boleh dilakukan melalui sidang khas parlimen dan tidak akan mengambil masa yang begitu lama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/saya-dan-rakan-rakan-ambil-ketetapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 358 hits
Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas Presidennya Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam P...
Hanya 13 Ahli Parlimen Sokong Tolak Belanjawan 2021

Hanya 13 Ahli Parlimen Sokong Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 446 hits
Pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021 ketika undian pertama Walaupun mereka menyuarakan bantahan menerusi undi su...
Surat Ku Li Bukti Wujud Gerakan Tolak Usul Belanjawan 2021

Surat Ku Li Bukti Wujud Gerakan Tolak Usul Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 307 hits
Surat kiriman Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 220 ahli Parlimen bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dipercayai sebahagian gerakan terancang bagi menolak usul Belanjawan...
Tidak Mahu Di Lihat Menolak Anwar Meminta Rakan Biarkan Belanjawan 2021 Di Lulus Dulu

Tidak Mahu Di Lihat Menolak Anwar Meminta Rakan Biarkan Belanjawan 2021 Di Lulus Dulu

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini Ini kerana kata Anwar dia ...
Tiada Sebab Bn Tolak Belanjawan 2021 Kata Tajuddin

Tiada Sebab Bn Tolak Belanjawan 2021 Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 340 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 00 pmTajuddin Abdul RahmanSokongan bersyarat yang diberikan oleh BN terhadap Belanjawan 2021 menimbulkan tanda tanya mengenai sokongan gabungan itu agar belanjawan berkenaan dapat diluluskan Bagaimanap...
Belanjawan 2021 Umno Masih Dolak Dalik Pn Kurang Tiga Undi

Belanjawan 2021 Umno Masih Dolak Dalik Pn Kurang Tiga Undi

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 317 hits
Umno masih berdolak dalik sama ada parti itu akan menyokong Belanjawan 2021 atau sebaliknya manakala kerajaan Perikatan Nasional kini terumbang ambing dengan majoriti yang agak tipis Mereka kini kekurangan tiga anggota parlimen dengan Dewan...
Belanjawan 2021 Peluang Umno Untuk Wajahkan Diri Sebenar

Belanjawan 2021 Peluang Umno Untuk Wajahkan Diri Sebenar

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 309 hits
Pertama sekali saya ingin katakan bahawa saya bukan penyokong UMNO Saya adalah penyokong tegar Keadilan Tetapi dalam ilmu perang kita juga ada tahap kehormatan kepada musuh kita UMNO telah ditakdirkan menjadi seteru kita dalam politik Sejar...
Usaha Gagalkan Belanjawan 2021 Tak Bertanggungjawab

Usaha Gagalkan Belanjawan 2021 Tak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 288 hits
ismaweb netRakyat muak perbalahan politik mahu negara stabilBANGI 8 Rabiulakhir 1442H Selasa Semua Ahli Parlimen dituntut untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara Perbalahan antara pemimpin d...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Orient Raikan 75 Tahun Dengan Model Mako Terhad Warna Baru Untuk Mako 40

Individu Malaysia Laporkan Palsu Kena Rompak Untuk Elak Denda Hilang Ic Lagi

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Ini Sebenarnya Serangan Di Kashmir Berlaku

Jalur Gemilang Tak Lengkap Media Perlu Lebih Berhati Hati Patuh Sop Peguam