Belanjawan 2021 Peluang Umno Untuk Wajahkan Diri Sebenar




Pertama sekali, saya ingin katakan bahawa saya bukan penyokong UMNO. Saya adalah penyokong tegar Keadilan. Tetapi dalam ilmu perang, kita juga ada tahap kehormatan kepada musuh kita. UMNO telah ditakdirkan menjadi seteru kita dalam politik. Sejarahnya panjang dan biarkan ianya hanya sejarah.

Namun begitu, walaupun UMNO itu seteru politik kita, rasa hormat kita mesti ada. Ini kerana UMNO adalah musuh secara berdepan dan bukan musuh yang menikam dari belakang atau menikam dari dalam. Ideologi kita yang memperjuangkan Keadilan untuk rakyat Malaysia berbeza dengan mereka yang terus mengagungkan ketuanan Melayu. UMNO parti besar tapi malangnya telah dikecilkan oleh hanya sebilangan kecil pemimpin mereka yang melutut kepada parti kerdil seperti PPBM. Itu hal mereka.

Sejak kekalahan dalam PRU 14, UMNO masih meraba mencari puncak. Hingga kini mereka masih belum mendapat jawapannya. Maka dengan itu, Belanjawan 2021 adalah peluang kepada mereka untuk mewajahkan diri mereka dengan sebenarnya.

Untuk mencapai hasrat itu, sebagai seteru politik yang nyata, saya mencadangkan pada pemimpin-pemimpin UMNO untuk melakukan tindakan ini :

1. Bantah Belanjawan 2021 dan kita bertarung dalam pilihanraya, atau

2. Bantah Belanjawan 2021 dan sokong DSAI sebagai PM ke 9.

Cadangan pertama adalah cadangan bermaruah untuk meletakkan semula kuasa kepada rakyat. Belanjawan sementara boleh dilaksanakan untuk memastikan kerajaan berfungsi sementara kerajaan baru dalam pembentukan. Dengan adanya pilihanraya, maka rakyat akan memutuskan untuk memilih samada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan. Percayalah, dalam kamus rakyat ketika ini hanya ada dua pilihan kerajaan dan Perikatan Nasional tidak pernah wujud dalam sanubari rakyat.

Muafakat Nasional hanya watak sampingan.

Jika cadangan pertama sukar dilaksanakan atas alasan Covid-19, maka adalah sebaiknya UMNO menyokong pembentukan kerajaan baru pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 untuk tempoh hanya 2.5 tahun. Alasannya mudah, TSMY yang memimpin kerajaan pengkhianat ini ternyata langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat. Tak perlu dihuraikan tapi tengoklah sendiri apa dah jadi dengan lambakan Menteri Kabinet, peruntukan Jasa yang melimpah dalam Belanjawan 2021, permasalahan KWSP yang tenat untuk membantu rakyat dan lain-lain.

Justifikasi cadangan ini adalah mudah. UMNO dan Barisan Nasional tidak rugi apa-apa pun dengan sokongan kepada DSAI kerana tidak ada bezanya seperti menyokong TSMY. Malah dengan mengalihkan sokongan sementara kepada DSAI, imej UMNO kepada rakyat akan menjadi lebih tinggi kerana UMNO dilihat membuat keputusan membela rakyat dan atas keperluan semasa. Ini lah masanya UMNO mampu menjadi King Maker dalam kerajaan dan menjadi kumpulan pendesak kepada apa-apa pun dasar kerajaan yang memberikan kelebihan kepada rakyat.

Dalam erti kata yang lain, samada UMNO mengetuai kerajaan ataupun tidak, UMNO tetap memainkan peranannya sebagai sebuah parti untuk rakyat. Nasihat saya kepada seteru politik nya nyata ini, tolak Belanjawan 2021 ini untuk kita bertarung sekali lagi dalam medan pilihanraya atau sokong DSAI sebagai PM untuk rakyat dan negara.

Tunjukkan wajahmu yang sebenar.

Kita Sembang

23.11.2020

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-peluang-umno-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Umno Masih Dolak Dalik Pn Kurang Tiga Undi

Belanjawan 2021 Umno Masih Dolak Dalik Pn Kurang Tiga Undi

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 279 hits
Umno masih berdolak dalik sama ada parti itu akan menyokong Belanjawan 2021 atau sebaliknya manakala kerajaan Perikatan Nasional kini terumbang ambing dengan majoriti yang agak tipis Mereka kini kekurangan tiga anggota parlimen dengan Dewan...
Umno Seru Sokong Belanjawan 2021 Ph Persoal Jasa

Umno Seru Sokong Belanjawan 2021 Ph Persoal Jasa

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 238 hits
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengajak semua pemimpin menyokong Belanjawan 2021 Foto oleh Firdaus Latif KUALA LUMPUR 19 Nov Perbahasan Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari ini menyaksikan pemimpin blok ...
Umno Mungkin Berpecah Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus

Umno Mungkin Berpecah Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM Parti UMNO dijangka mengulangi sejarah perpecahan parti itu dengan sebahagian pemimpinnya akan melakukan penghijrahan besar besaran menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekiranya usul Belanjawan 2021 gagal diluluskan kelak Pen...
Kami Berprinsip Belanjawan 2021 Lulus Bukti Sokongan Umno Bn Zahid Hamdi

Kami Berprinsip Belanjawan 2021 Lulus Bukti Sokongan Umno Bn Zahid Hamdi

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 226 hits
mykmu netKUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sokongan parti itu terhadap Belanjawan 2021 terserlah apabila ia diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini Beliau yang juga Preside...
Masih Ada Peluang Untuk Undi Menolak Belanjawan 2021

Masih Ada Peluang Untuk Undi Menolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 247 hits
Seperti yg saya katakan dalam posting sebelum ini secara PERIBADI saya TIDAK bersetuju dgn tindakan DSAI hari ini dari sudut usaha menumbangkan TSMY dan KERAMITA PN Namun saya boleh menerima dari sudut keprihatinan beliau terhadap kebajikan...
Zahid Kurang Jelas Tindakan Umno Main Tarik Tali Dalam Isu Belanjawan Mungkin Beri Kesan Buruk

Zahid Kurang Jelas Tindakan Umno Main Tarik Tali Dalam Isu Belanjawan Mungkin Beri Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 422 hits
Penganalisis politik bebas Dr Jeniri Amir berpandangan tindak tanduk Ku Li yang penuh muslihat menunjukkan seolah olah pemimpin paling lama berkhidmat dalam Dewan Rakyat itu masih memiliki agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri Dalam...
Tengku Razaleigh Umum Tidak Akan Sertai Perbahasan Belanjawan 2021

Tengku Razaleigh Umum Tidak Akan Sertai Perbahasan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 299 hits
156 total views 156 views today KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana mendakwa kesahihan kerajaan yang ada masih belum ditentukan ...
Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 318 hits
Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas Presidennya Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam P...
Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 275 hits
loading KUALA LUMPUR 30 Nov Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen meny...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi