Saya Cuma Janji Akan Letak Jawatan


MyMetro
M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]

TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO Arkib NSTP

TUN Dr Mahathir Mohamad menafikan terbabit dalam sebarang kegiatan atau kumpulan yang cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut menjelaskan perkara itu kepada Anwar dalam pertemuan mereka di Putrajaya semalam, dan mengakui kenyataan dikeluarkan Presiden PKR itu mengenai peralihan kuasa adalah benar.

Tegasnya, beliau masih memegang janji akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.

“Dia (Anwar) jumpa dengan saya (semalam) dan apa dia buat kenyataan itu betul. Saya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan lain. Saya janji akan letak jawatan selepas APEC dan saya pegang kepada janji saya.

“Saya tidak terbabit dengan perkara lain, saya cuma janji letak jawatan dan akan letak jawatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Fasa 2 Villa Sirehan di Langkawi, hari ini.

Anwar semalam, mengeluarkan kenyataan mengadakan perbincangan bersama Dr Mahathir berhubung isu peralihan kuasa berikutan terdapat tindakan wakil rakyat PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Beliau dipetik berkata, beliau cenderung untuk Dr Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak APEC dan perkara ini akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), 21 Februari ini.

Menyentuh mengenai dakwaan 138 Ahli Parlimen sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Mahathir kekal sehingga tamat penggal, Dr Mahathir memaklumkan tidak tahu mengenainya.

“Saya dengar macam-macam cerita, ada mahu saya jadi Perdana Menteri 20 tahun lagi. Saya umur 94, beberapa bulan lagi 95.

“Hari ini PH mempunyai majoriti (di Parlimen). Macam mana boleh dapat angka 138 (Ahli Parlimen) itu orang lain punya kerja.

“Saya tidak tahu mereka boleh buat itu, maknanya (Ahli Parlimen) PH mesti sokong untuk dapat angka macam itu,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 1:50 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/saya-cuma-janji-akan-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pun Keputusan Ph Jumaat Ini Saya Letak Jawatan Lepas Apec

Apa Pun Keputusan Ph Jumaat Ini Saya Letak Jawatan Lepas Apec

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 311 hits
SHAKIRA BUANG Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bersidang Jumaat ini selepas kali terakhir bermesyuarat pada pada November tahun lalu Mesyuarat itu sebelum ini dikatakan akan membincangkan isu peralihan jawatan perdana menteri daripada D...
Azizah Jawatan Pm Tun M Pegang Prinsip Janji Tetap Janji

Azizah Jawatan Pm Tun M Pegang Prinsip Janji Tetap Janji

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat disifatkan berpegang kepada prinsip ja...
Hadi Saran Undi Tak Percaya Pm Bukan Desak Letak Jawatan

Hadi Saran Undi Tak Percaya Pm Bukan Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 394 hits
KUALA TERENGGANU Pas mencadangkan agar undi tidak percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya masih ada desakan daripada pihak pihak tertentu supaya beliau meletakkan jawatan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Ha...
Mahathir Hanya Perlu Letak Jawatan Jika Dewan Rakyat Bersetuju Anwar Sebagai Pm

Mahathir Hanya Perlu Letak Jawatan Jika Dewan Rakyat Bersetuju Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 440 hits
Untuk kesejahteraan dan kestabilan kerajaan Anwar perlu mendapatkan terlebih dahulu mandat melalui Dewan Rakyat untuk menerajui negara sebagai PM selepas November 2020 menggantikan Mahathir Tarikh peralihan kuasa JUGA perlu mendapat mandat ...
Saya Dah 94 Tahun Mana Boleh Tahan Dr Mahathir Letak Jawatan November Ini

Saya Dah 94 Tahun Mana Boleh Tahan Dr Mahathir Letak Jawatan November Ini

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 386 hits
Saya dah 94 tahun mana boleh tahan Dr Mahathir letak jawatan November iniHampir setiap hari para pemimpin Pakatan Harapan terutamanya mengulangi keinginan mereka untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri sehingga ada yang mendesak Dr Maha...
Tun M Janji Serah Jawatan Anwar Ibrahim

Tun M Janji Serah Jawatan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 449 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini Janji berkenaan dibuat Dr Mahathir kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut sebut seb...
Dr Maza Persoal Janji Serah Jawatan Pm

Dr Maza Persoal Janji Serah Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 296 hits
BERITAKetika hangat isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri dibincangkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkias mengenai seseorang yang berjanji menyerahkan sesuatu yang bukan miliknya kepada orang lain Menerusi hantaran di Fac...
Pada Yang Menyesal Letak Nama Anak Panjang Panjang Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ubah Nama

Pada Yang Menyesal Letak Nama Anak Panjang Panjang Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ubah Nama

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 596 hits
Seorang ibu berkongsi pengalaman memendekkan nama anak anaknya kerana terlalu panjang dan sukar untuk dieja oleh anaknya Keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan suaminya turut berkongsi di facebook miliknya bagaimana pengalaman ...
Anwar Bakal Kempunan Lagi Jawatan Pm

Anwar Bakal Kempunan Lagi Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 398 hits
Anwar Hanya Layak Jadi Beruk Dalam PakatanJawatan PM pernah tercicir daripada tangannya meskipun hanya selangkah lagi daripada jawatan itu ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri pada 1990 an Beliau dipenjarakan atas tuduhan salahlak...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej