Sastera Nadi Negara


Sastera jadi nadi jiwa negara, bangsa
Oleh Zin Mahmud
26 Jun 2019


Bahasa jiwa bangsa. Tetapi bagaimanakah bahasa itu dapat diungkapkan sebagai jiwa bangsa? Tentunya melalui sastera. Maka, sastera adalah jiwa negara dalam erti kata bahawa bangsa adalah rakyat yang membentuk negara.

Maka pemberian elaun bulanan kepada Sasterawan Negara adalah pengiktirafan kepada sastera negara ini. Ia bukan soal wang itu sendiri atau keperluan individu Sasterawan Negara dalam mengharungi hidup di penghujung usia mereka, tetapi lebih penting ialah pengiktirafan negara terhadap lapangan sastera itu sendiri.

Nasib setiap seorang Sasterawan Negara seperti juga orang lain khususnya seniman adalah berbeza. Ada yang mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi kerana memperoleh hasil lumayan daripada karyanya, sementara ada yang hidup selesa atas usaha lain mereka yang tiada kaitan dengan sastera.

Ada pula yang kurang bernasib baik. Tetapi pemberian wang ini bukan semata-mata untuk membantu kehidupan mereka. Ia adalah antara pengiktirafan pada usaha mereka berkarya sastera sepanjang hayat.

Walaupun institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) adalah badan utama yang menerbitkan hasil karya mereka, tetapi sastera bukanlah suatu kegiatan komersial.

Ia adalah suatu penghasilan seni yang tidak semestinya mendatangkan pulangan besar lebih-lebih lagi di negara kecil seperti Malaysia, sedangkan kegiatan sastera adalah penting bagi negara. Maka dokongan daripada pihak awam iaitu kerajaan adalah diperlukan.

Sasterawan Negara adalah institusi yang diwujudkan oleh kerajaan bagi pihak rakyat dan negara. Maka, sumbangan kewangan daripada dana negara, iaitu milik rakyat, adalah pengiktirafan pada bidang itu, dengan golongan sasterawan yang menyandang gelaran itu mewakili institusi berkenaan.

Apa yang disebut sebagai ‘negara’ termasuk Malaysia ini mempunyai institusi tertentu yang membentuk jati dirinya. Ada yang berupa institusi dalam kerangka pentadbiran negara, seperti Istana Negara, Bank Negara, Muzium Negara, Masjid Negara dan Perpustakaan Negara.

Konsep kehidupan bernegara

Ada yang berbentuk simbolik seperti Jata Negara atau bangunan seperti Tugu Negara. Malah, institusi tarikan pelancongan seperti Taman Negara, Zoo Negara, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara adalah memperkukuh dan memperkayakan konsep ‘negara’ itu.

Ada kala istilah lain juga digunakan seperti ‘nasional’, ‘kebangsaan’ dan ‘rakyat’ adalah juga mewakili konsep kehidupan bernegara. Dalam kategori ini, terletaklah konsep Kereta Nasional, Bahasa Kebangsaan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bahasa kebangsaan adalah antara tonggak utama dalam jati diri negara. Dari awal lagi perjuangan bahasa kebangsaan ini beriringan dengan kesedaran nasionalisme yang akhirnya membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaannya dan diikuti dengan kewujudan Persekutuan Malaysia.

Perjuangan menjadikan bahasa Melayu sentiasa berada di tengah-tengah semua peringkat sejarah negara itu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Tanah Melayu atau Malaya dan kemudian dinamakan bahasa Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan yang diguna pakai bukan saja di Semenanjung tetapi juga di Singapura, Sarawak dan Sabah.

Tetapi kegiatan yang mengungkapkan semangat nasionalisme, kemerdekaan dan pembentukan negara adalah kewartawanan dan kesusasteraan. Dari seawal sebelum merdeka lagi, golongan ini, pada masa itu, seringkali wartawan dan sasterawan adalah golongan yang sama membentuk fikiran rakyat bagi menyediakan mereka untuk menjadi warganegara merdeka.

Karya sastera dalam bentuk puisi, cerpen, drama dan novel disiarkan melalui akhbar, majalah, buku dan juga dilakonkan dalam radio. Maka, karya sastera, sasterawan dan penerbitan akhbar, majalah dan buku membentuk fikiran negara, bukan saja untuk kemerdekaan tetapi pembinaan dan pembangunan.

Golongan utama untuk menghasilkan karya sastera ini adalah sasterawan, tetapi hasil mereka tidak akan diterbitkan tanpa usaha dokongan oleh editor, petugas dan usahawan penerbitan. Maknanya kegiatan sastera itu mempunyai industri sendiri yang pasti merupakan bahagian penting dalam kehidupan negara.

Di sini, institusi paling penting untuk itu adalah DBP. Perkataan ‘bahasa’ dan ‘pustaka’ menempatkan kepentingan mereka bagi kegiatan sastera. Mereka juga melaksanakan peranan mereka dengan mendorong kelahiran sasterawan baharu dan muda.

Namun, sasterawan sudah ada lama sebelum wujudnya DBP, mereka tetap wujud. Tetapi untuk mewujudkan gelaran Sasterawan Negara adalah daya usaha khusus. Ditambah pula dengan langkah pengiktirafan untuk seseorang Sasterawan Negara, memerlukan inisiatif lebih tinggi.

Karya tatapan generasi

Sasterawan Negara yang masih ada sekarang ini ialah Datuk Seri A Samad Said, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Dr Baharuddin Zainal dan Datuk Dr Zurinah Hassan. Semua mereka lahir sebelum merdeka dan karya yang dihasilkannya adalah pada awal pembentukan Malaysia.

Ada antara karya mereka mungkin terus menjadi tatapan generasi kemudian. Namun pada masa ini, zaman cetak sedang berlalu. Bagaimanakah corak sastera pada masa akan datang tidak dapat dipastikan, sama ada karya mereka akan terus mewarnai jati diri negara juga tidak dapat dibayangkan.

Walau bagaimana bentuknya industri penerbitan akan datang, lapangan sastera akan terus menjadi jiwa negara selagi bahasa adalah jiwa bangsa. Maka, institusi Sasterawan Negara akan terus relevan.

Penulis adalah bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia

bharian





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/03/sastera-nadi-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Stabil Makmur Nadi Kemajuan Negara

Mb Stabil Makmur Nadi Kemajuan Negara

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 398 hits
SHAH ALAM 9 MAC Kestabilan dan kemakmuran Selangor penting kerana menjadi paksi utama pembangunan negara apabila menyumbang hampir 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Menteri Besar berkata menjadi tangg...
Eksplorasi Hutan Taman Negara Canopy Walkway

Eksplorasi Hutan Taman Negara Canopy Walkway

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 533 hits
sambungan dari catatan Kami bergerak dari Park Centre pada pukul 2 17 petang Perjalanan kami bermula melalui kawasan chalet Mutiara Taman Negara Chalet yang hanya mampu kami tengok tapi tak mampu nak membayar harga ratusan ringgit semalam K...
Takut Di Sapina Lari Balik Negara

Takut Di Sapina Lari Balik Negara

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 214 hits
Alasan mereka tapi sebenarnya takut di sapina dalam kes Najib Warganegara Switzerland Xavier Andre Justo meninggalkan Malaysia demi keselamatan keluarganya berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Menerusi laman Facebooknya hari ini Jus...
Menjawab Tuduhan Mp Pkr Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal Kader

Menjawab Tuduhan Mp Pkr Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal Kader

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 284 hits
ADAKAH negara kita bakal menghadapi krisis fiskal seperti yang dituduh oleh YB Amin Ahmad Ahli Parlimen Kangar dari PKR Atau dalam bahasa mudahnya adakah kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan masalah untuk berbelanja defisit bagi melaks...
Amzad Harap Perikatan Nasional Jana Kemajuan Negara

Amzad Harap Perikatan Nasional Jana Kemajuan Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 258 hits
Oleh Husein HusainiKUALA TERENGGANU 5 Mac Pengerusi Muafakat Nasional Terengganu Ahmad Amzad Hashim berharap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan yang disertai Muafakat Nasional serta parti part...
Covid 19 Atlet Bowling Tidak Dibenar Sertai Kejohanan Luar Negara Hingga Mei

Covid 19 Atlet Bowling Tidak Dibenar Sertai Kejohanan Luar Negara Hingga Mei

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 6 Mac Kongres Tenpin Boling Malaysia memutuskan untuk tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID 19 Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata ke...
Hakim Idrus Harun Diumum Peguam Negara Baru

Hakim Idrus Harun Diumum Peguam Negara Baru

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 323 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun sebagai peguam negara baru menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb Selaras Fasal Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan Agong...
Pemberian Insentif Akibat Virus Corona Bakal Rugikan Negara

Pemberian Insentif Akibat Virus Corona Bakal Rugikan Negara

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 241 hits
Demi memulihkan keadaan pemerintah memberikan insentif di sektor pariwisata Berbagai cara telah dilakukan seperti potongan harga tiket pesawat hingga penginapan Sektor ekspor impor juga bakal mendapatkan insentif agar tetap terus beroperasi
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah