Covid 19 Atlet Bowling Tidak Dibenar Sertai Kejohanan Luar Negara Hingga Mei


KUALA LUMPUR, 6 Mac — Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memutuskan untuk tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID-19.
Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata keputusan itu dibuat semalam, pada mesyuarat exco tergempar yang diadakan khusus untuk membincangkan mengenai perancangan kejohanan skuad boling kebangsaan berikutan atlet sendiri menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan mereka.
“Sebagai pengurus pasukan, berdasarkan perbincangan dengan atlet, saya mendapati kebanyakan mereka bimbang mengenai penularan COVID-19 dan mengambil kira pandangan dan nasihat Majlis Sukan Negara (MSN), saya mencadangkan agar kedua-dua perjalanan ke luar negara itu dibatalkan.
“Exco juga telah bersetuju  dengan cadangan untuk membatalkan perjalanan skuad negara ke luar negara demi keselamatan atlet, dan tidak mahu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan atlet dan pegawai. MTBC akan mengkaji semula penyertaan kejohanan pada Jun,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.
Berikutan keputusan itu, skuad boling lelaki terpaksa menarik diri daripada menyertai cabaran Brunswick Euro di Munich, Jerman pada 17-21 Mac, manakala pasukan wanita pula menarik diri daripada Siri Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) di Amerika Syarikat.
Skuad wanita juga telah mendaftar untuk menyertai Terbuka Tucson pada 23-25 April, Terbuka Spokane (30 April hingga 2 Mei), Terbuka Sacramento (7-9 Mei) dan Kejohanan USBC Queens (13-19 Mei).
Menurut Maradona, pasukan boling negara akan terus memberi tumpuan kepada latihan di samping menjalani perlawanan play-off untuk memastikan mereka kekal kompetitif.
“Biarpun ia satu situasi yang tidak ideal, tapi menyertai kejohanan di luar negara boleh mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Tambahan pula, membiarkan atlet berada dalam risiko jangkitan COVID-19, lebih memberi tekanan kepada mereka.
“Skuad negara mempunyai minda yang kuat untuk mengatasi masalah kekurangan pertandingan. Pada pendapat saya, mereka boleh menajamkan permainan dan kekal kompetitif walaupun bertanding sesama mereka,” katanya.
Penularan COVID-19 ini menjejaskan sukan boling di Asia berikutan penangguhan beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia ke-41 yang dijadualkan berlangsung pda 26 Mac hingga 4 April di Sunway Mega Lanes, Terbuka Thailand dan Terbuka Incheon di Korea Selatan.
MSN juga melarang semua atlet daripada menyertai sebarang kejohanan atau latihan di lima negara iaitu China, Korea Selatan, Iran, Jepun dan Itali, sepanjang bulan ini susulan penularan COVID-19 yang meragut 3,200 nyawa dan lebih 95,000 dijangkiti di seluruh negara.
Sumber: BERNAMA
The post COVID-19: Atlet Bowling Tidak Dibenar Sertai Kejohanan Luar Negara Hingga Mei appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/06/covid-19-atlet-bowling-tidak-dibenar-sertai-kejohanan-luar-negara-hingga-mei/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pos Thailand Disinfeksi Parcel Diterima Dari Luar Negara Langkah Terbaru Nak Cegah Covid 19

Pos Thailand Disinfeksi Parcel Diterima Dari Luar Negara Langkah Terbaru Nak Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 349 hits
Syarikat perkhidmatan penghantaran Thailand mengambil langkah berjaga jaga dengan memulakan kerja kerja disinfeksi terhadap parcel parcel yang dipos dari luar negara bagi mencegah penularan virus Covid 19 walaupun WHO menjelaskan ia adalah ...
Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 434 hits
Dalam pada kita sibuk dengan isu isu politik sebenarnya tanpa kita sedari bahawa kini kes koronavirus sudah semakin bertambah Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini sudah terdapat 14 kes baharu sekaligus mencata
Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara

Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 395 hits
Dari penulis novel sampailah pengarah di Malaysia memang suka meniru Memang bukan semua tapi susah nak cari orang yang boleh hasilkan lagu atau cerita yang bukan ciplak dari luar negara Kita ambil contoh drama Malaysia Sweet Dreams tiru dra...
Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 466 hits
Kalau sebelum ni aku buat topik Sekarang kita reverse topik Negara luar pun ada yang tiru lagu kita Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura Lagu tahun 1994 tu Videoklip dia keluar tahun 1996 Lagu dia kena tiru oleh Korea Lagu OST untuk...
8 Senarai Patung Berhantu Yang Popular Di Luar Negara

8 Senarai Patung Berhantu Yang Popular Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 634 hits
Patung adalah antara objek yang sering dikaitkan dengan hal hal mistik Patung menjadi berhantu apabila ia dijadikan objek sembahan atau dikenakan sumpahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja Ada juga kes patung berhantu yang kononnya...
As 7 Bilion Hasil Rasuah Di Zimbabwe Disorok Di Luar Negara

As 7 Bilion Hasil Rasuah Di Zimbabwe Disorok Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 240 hits
AS 7 bilion hasil rasuah di Zimbabwe disorok di luar negara Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Feb 2020 11 00PM
Virus Covid 19 Mampu Hidup Seminggu Di Luar Rumah Pengguna Smartphone Disaran Kerap Bersihkan Skrin

Virus Covid 19 Mampu Hidup Seminggu Di Luar Rumah Pengguna Smartphone Disaran Kerap Bersihkan Skrin

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 286 hits
Pengguna telefon pintar dinasihatkan untuk sentiasa membersihkan skrin telefon bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus atau Covid 19 kerana menurut penyelidik virus yang boleh menyebabkan kematian ini mampu bertahan di permukaan rata ...
4 Pesepak Bola Dalam Dan Luar Negeri Demam Tik Tok Dari Bachdim Hingga Ramos

4 Pesepak Bola Dalam Dan Luar Negeri Demam Tik Tok Dari Bachdim Hingga Ramos

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 300 hits
Demam Tik Tok tengah merajalela ke seluruh penjuru dunia Tak hanya menyerang kalangan artis dan masyarakat biasa kini giliran pesepak bola dalam dan luar negeri pun merasakan sihir dari keseruan Tik Tok
Tips Gunakan Telefon Semasa Bercuti Luar Negara Elak Kena Caj Data Roaming

Tips Gunakan Telefon Semasa Bercuti Luar Negara Elak Kena Caj Data Roaming

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 389 hits
Bagi mereka yang kerap melancong ke destinasi luar negara sudah pasti akan menggunakan perkhidmatan telefon mudah alih perayauan antarabangsa yang kadangkala disebut sebagai perantauan antarabangsa Cuma apabila menggunakan perkhidmatan ini ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet