Perjalanan sebenar eksplorasi hutan bermula di sini, melalui Rentis Teresek. Teruja rasanya untuk menikmati keindahan hutan hujan tropika antara yang tertua di dunia, yang dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun!
Laluan pejalan kaki disediakan. Insya Allah tak sesat jika kita kekal berjalan di atas pelantar pejalan kaki ini. Kasut pun tak kotor sebab tak kena tanah
Kami sampai di pokok besar yang selalu saya lihat dalam gambar mereka yang berkunjung ke Taman Negara. SubhanAllah! Seronok sangat bila hari ini saya dapat melihatnya sendiri di hadapan mata! Semasa kunjungan pertama dulu, kami tak melalui Rentis Teresek sebab tu tak jumpa pokok besar ni
Rupa bahagian atas pokok. Pokok besar dan tinggi ini adalah pokok Mengkundur. Nama saintifiknya Tetrameles Nudiflora.
Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di persimpangan ini. Untuk ke Canopy Walkway boleh pilih samada ikut jalan ke kiri dengan jarak 470 m atau terus ke depan lagi dengan jarak 750 m. Kami pilih ikut kiri, konon jarak lebih pendek tentulah lebih cepat sampai. Kami kan sedang mengejar masa sebelum Canopy Walkway bakal tutup pada pukul 3 petang
Tangga penyesalan...patutlah jarak lebih pendek, sebab kena mendaki ke atas dan ke atas lagi. Serius saya rasa sangat penat sampai boleh dengar degupan jantung sendiri. Saya perlahankan langkah...sambil bercakap sendiri, "takpelah kalau tak sempat naik Canopy Walkway hari ni". Memujuk diri dek rasa penat melayan anak tangga yang terus-terusan mendaki
Alhamdulillah...akhirnya tangga mendaki tamat dan kena menurun pulak. Dan dah makin hampir dengan Canopy Walkway...yeayyy
Kami tiba di sini pada pukul 2.52 petang. Suami jalan laju di hadapan dengan harapan kami masih berpeluang naik Canopy Walkway. Alhamdulillah...petugas di sini berbaik hati beri kami naik, tapi dengan pesanan jangan berlama-lama di atas sebab mereka dah nak tamat tugas. Untuk naik, cuma perlu tunjuk tiket untuk ditebuk (kami dah beli di HQ) dan tulis nama di buku rekod
Bismillah...memang terasa seram bila jambatan ini bergoyang setiap kali kita melangkah. Memang patut petugas tadi melarang kami memegang barang lain, atau menggunakan kamera sewaktu di atas jambatan ini. Sebab kedua-dua belah tangan perlu memegang disisi untuk lebih stabil melangkah. Pengunjung juga perlu menjaga jarak antara satu sama lain. Setelah saya melepasi satu jarak yang ditanda dengan riben merah, barulah suami boleh ikut berjalan di belakang
Ini adalah kali ketiga saya menaiki Canopy Walkway (kali pertama di Sungai Sedim, Kulim dan kali kedua di Poring, Ranau). Walaupun jambatan kali ini terasa lebih seram sebab kecil, panjang dan tinggi, tetapi kali ini saya dah berjaya melawan rasa gayat dan berani melihat ke bawah. Suatu pengalaman yang menarik dapat menikmati pemandangan hutan dari aras tinggi
Saya berada di jambatan yang ke-7 iaitu yang terakhir, diikuti oleh suami dan para petugas di sini. Nampak tu...petugas yang akhir sekali sedang menyapu lantai jambatan. Rasa kelakar sungguh...saya berharap nak ke sini tanpa ada pengunjung lain sebab tak mahu gangguan bising dan nak menikmati alam dengan tenang. Alhamdulillah tertunai hasrat itu dan menjadi pengunjung terakhir pulak! Hahaha..
Alhamdulillah...selesai sudah aktiviti Canopy Walkway kami yang dilakukan dalam tempoh sekitar 17 minit. Dalam gambar di atas adalah bahagian jambatan yang saya rasa paling mendebarkan - menuruni tangga yang tergantung
Pemandangan salah satu jambatan Canopy Walkway dari bawah. Memang tinggi
Inilah rupa platform. 7 buah jambatan yang berselang-seli dengan 6 buah platform. Pengunjung dibenarkan berhenti untuk ambil gambar di platform ini
Selepas duduk berehat, kami meneruskan eksplorasi hutan dengan mengikuti pelantar pejalan kaki yang tersedia. Masa ni semua petugas tadi sudah pun beredar pulang. Salah seorang dari mereka ada memaklumkan kami bahawa di hujung nanti ada tandas. Wah...tandas dalam hutan
Inilah tandas yang dimaksudkan. Belum pernah saya jumpa tandas dalam hutan. Kami turut 'mencuba' tandas unik ini. Lengkap dan dalam keadaan yang memuaskan. Sumber air dari tangki yang berada di hadapan tandas ni. Rasanya ia menggunakan air paip yang disalurkan melalui poly pipe dari HQ/Mutiara Resort
Eksplorasi diteruskan. Tiba di persimpangan untuk memilih hala tuju. Kalaulah ada kudrat dan masa, semua tempat saya nak pergi...hehe. Tapi, hidup ini harus memilih. Ke mana hala pilihan kami|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |