Sasar 100 Peratus Pkp Pdrm Perketat Penguatkuasaan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketatkan penguatkuasaan bagi mencapai sasaran 100 peratus arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Foto oleh Firdaus Latif
PETALING JAYA, 2 April — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketatkan penguatkuasaan agar kadar pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 100 peratus di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini berikutan masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi arahan PKP.

Beliau berkata antara alasan diberikan mereka tidak munasabah dan kononnya tidak tahu mengenai arahan PKP yang sudah masuk hari ke-16 pelaksanaannya, hari ini.

“Sebagai contoh, alasan keluar rumah untuk membeli roti, air dan rokok pada pukul 11 malam adalah tidak munasabah kerana orang awam sudah diberitahu bahawa semua kedai ditutup pada 8 malam serta tidak dibenarkan keluar rumah selepas 10 malam.

“Orang awam perlu peka dan mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Plaza Tol PJS2, di sini, tengah malam tadi.

Acryl Sani berkata pihaknya serius dan mahu arahan PKP itu dipatuhi orang awam di seluruh negara agar wabak berkenaan dapat dibendung.

“Ketika ini, kita semua sedang melawan sesuatu yang tidak nampak (wabak Covid-19), sekiranya kita leka maka ia akan menggagalkan misi untuk memastikan kadar kes direkodkan kepada sifar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi di daerah itu yang dianggap ‘meriah’ apabila masih ramai orang awam ingkar arahan PKP di kawasan tersebut.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, lokasi berkenaan adalah di Taman Medan, Taman Dato Harun, Ara Damansara dan Damansara Damai, di sini.

“Pihak polis akan memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu kepada orang awam supaya tidak keluar rumah sebelum 10 malam.

“Sekiranya masih ada orang awam yang ingkar arahan PKP (selepas 10 malam), kami akan terus membuat tangkapan,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/sasar-100-peratus-pkp-pdrm-perketat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Peratus Penduduk Masih Ingkar Pkp Di Kelantan Ahmad Yakob

Lima Peratus Penduduk Masih Ingkar Pkp Di Kelantan Ahmad Yakob

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 233 hits
KOTA BHARU 6 April Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Kelantan mendapati tahap kepatuhan penduduk di negeri ini terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan kini mencapai 95 hingga 96 peratus Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata wala...
Kpn Empat Peratus Ditahan Ingkar Pkp Remaja Bawah Umur

Kpn Empat Peratus Ditahan Ingkar Pkp Remaja Bawah Umur

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR 6 APRIL Empat peratus daripada 6 048 individu yang ditahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu sehingga semalam merupakan golongan remaja bawah 18 tahun Sehubungan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hami...
Perbelanjaan Isi Rumah Turun 55 Peratus Sejak Pkp Kajian

Perbelanjaan Isi Rumah Turun 55 Peratus Sejak Pkp Kajian

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 343 hits
Astro Awani Perbelanjaan isi rumah bagi pakaian mencatat penurunan terbesar iaitu sebanyak 95 peratus dalam tempoh PKP Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Corak perbelanjaan isi rumah di seluruh negara secara tidak langsung terkesan akibat Perintah K...
Mkn Syor Perketat Pkp Banyak Lagi Tutup Had Waktu Operasi

Mkn Syor Perketat Pkp Banyak Lagi Tutup Had Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 397 hits
Majlis Keselamatan Negara mencadangkan lebih banyak penutupan dan waktu operasi yang terhad untuk perniagaan dan perkhidmatan tertentu tetapi ini akan diperhalusi sebelum ia diumumkan secara rasmi dan dikuatkuasakan kata Menteri Pertahanan ...
Tahap Pematuhan Pkp Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

Tahap Pematuhan Pkp Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 224 hits
KAMPAR Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Kampar berada pada tahap 99 peratus Perkara itu diakui Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim hasil pemantauan pasukan keselamatan sepanjang PKP dilaksanakan ...
Polis Pahang Perketat Sempadan Negeri Fasa Ke 2 Pkp

Polis Pahang Perketat Sempadan Negeri Fasa Ke 2 Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 445 hits
Polis Pahang mengadakan 42 sekatan selama 24 jam di seluruh laluan utama dan masuk ke Pahang KUANTAN Mulai tengah malam ini polis Pahang akan memperketatkan sekatan sempadan negeri dalam menguatkuasakan fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan...
Covid 19 Tempoh Pkp Bergantung Kepada Pematuhan

Covid 19 Tempoh Pkp Bergantung Kepada Pematuhan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Telah berbuih mulut pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ramai yang degil dan bersikap...
Langgar Pkp 46 Ditangkap

Langgar Pkp 46 Ditangkap

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 254 hits
KUCHING Empat puluh enam orang ditangkap polis kerana ingkar Perintahan Kawalan Pergerakan dalam tempoh 24 jam antara pukul 8 pagi semalam dan 8 pagi ini Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata 12 orang ditangkap di Miri ...
Adakah Kemungkinan Dilanjutkan Pkp Ini Respon Datuk Dr Noor Hisham

Adakah Kemungkinan Dilanjutkan Pkp Ini Respon Datuk Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 328 hits
Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid 19 berjaya ataupun sebaliknya Adakah Kemungkinan Dilanjutkan PKP Ini Respon Datuk Dr...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kuntilanak En F Rbannad Kvinnas Sj Ls V Ndning I Det M Rka Skogens Djup

Sarapan Di Restoran Mak Kimbong Bangi

Netanyahu Berang Icc Keluar Waran Tangkap

Nasi Goreng Sutun Jjcm Ke Fesko Utm

Explore Your Roots How To Plan A Family Heritage Trip

Hiburan Pernah Kena Label Sebagai Penyondol Rupanya Nissa Sabyan Ayus Dah Bernikah