Perbelanjaan Isi Rumah Turun 55 Peratus Sejak Pkp Kajian


Nailah Huda, Astro Awani Perbelanjaan isi rumah bagi pakaian mencatat penurunan terbesar iaitu sebanyak 95 peratus dalam tempoh PKP. Foto - BERNAMA.   KUALA LUMPUR: Corak perbelanjaan isi rumah di seluruh negara secara tidak langsung terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan COVID-19.

Kajian Jabatan Perangkaan mendapati, purata perbelanjaan isi rumah, termasuk perbelanjaan kewangan, menurun sebanyak RM3,504 atau 55 peratus berbanding perbelanjaan sebelum PKP.

Sebelum PKP, purata perbelanjaan isi rumah adalah sebanyak RM6,317 sebulan yang kini telah jatuh kepada RM2,813.

Ini termasuk perbelanjaan kewangan seperti cukai pendapatan dan cukai langsung, KWSP, PERKESO, bayaran nafkah dan pemberian kepada isi rumah lain
  Sementara itu, menurut Kajian Impak PKP Kepada Isi Rumah yang dikeluarkan menerusi laman web jabatan itu semalam, purata perbelanjaan pengguna, tidak termasuk perbelanjaan kewangan, menurun sebanyak RM1,923 (48 peratus) kepada RM2,110 bawah PKP.

Antara kategori utama yang mencatatkan penurunan terbesar adalah pakaian dan kasut (95 peratus); pengangkutan (89 peratus); restoran dan hotel (86 peratus); dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (72 peratus)
  Selain itu, antara kategori lain yang turut terkesan adalah perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (71 peratus); minuman alkohol dan tembakau (65 peratus); dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (58 peratus).

Sumber: Jabatan Perangkaan
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama perbelanjaan untuk makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 27 peratus ekoran keperluan lebih banyak bahan mentah bagi tujuan makan di rumah.

Susulan sekatan diletakkan pada kedai makan dan amalan penjarakan sosial ketika PKP, makanan dan minuman mendominasi purata perbelanjaan isi rumah dengan 44 peratus berbanding 18 peratus sebelum PKP.

Hasil kajian turut mendapati, isi rumah tidak lagi membeli barang tahan lama dan separa tahan lama sejak PKP bermula, kecuali pembelian secara dalam talian.

Penggunaan utiliti dijangka akan turut meningkat 50 peratus ketika majoriti rakyat berada di rumah sepanjang masa berbanding hanya sebelah malam sebelum PKP.

Selain itu, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain menjadi perbelanjaan kedua tertinggi bagi isi rumah iaitu sebanyak 19 peratus daripada komposisi keseluruhan, diikuti dengan komunikasi (10 peratus).

Sumber: Jabatan Perangkaan
Dari aspek kelas pendapatan, golongan T20 menunjukkan perbezaan paling ketara dalam perbelanjaan penggunaan ketika PKP iaitu penurunan sebanyak 59 peratus.

Ini diikuti oleh kumpulan M40 dengan penurunan sebanyak 48 peratus dan B40 dengan 41 peratus.

Sumber: Jabatan Perangkaan
Pada 2019, sektor isi rumah menyumbang sebanyak 59.8 peratus kepada KDNK nominal negara.

Kata Jabatan Perangkaan dalam kajian terbaharu itu: “Bantuan dan suntikan kewangan dari kerajaan perlu dibelanjakan bagi merancakkan ekonomi negara.

“Kelewatan pembelanjaan wang oleh isi rumah akibat daripada PKP dan kebimbangan COVID-19 akan turut melewatkan proses pemulihan ekonomi.”   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/perbelanjaan-isi-rumah-turun-55-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edible Garden Mula Berkebun Di Laman Rumah Teres Akibat Dari Pkp Covid 19

Edible Garden Mula Berkebun Di Laman Rumah Teres Akibat Dari Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 818 hits
Assalamualaikum Ayue pasti semua orang pun tengah tercari cari aktiviti apa nak buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni berlangsung akibat dari virus Covid 19 yang melanda dunia Lagi haru biru bila PM umumkan yang PKP akan dilanjutkan...
Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 365 hits
SHAH ALAM 27 MAC Jumlah kes baharu jangkitan Covid 19 di Selangor menurun agak ketara hari ini berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 75 kes Walau kes baharu hanya 36 namun seorang lagi meninggal dunia menjadikan tiga kematian di neger...
Patuh Pkp Penduduk Kuarters Polis Baca Yassin Sama2 Di Balkoni Rumah Sendiri

Patuh Pkp Penduduk Kuarters Polis Baca Yassin Sama2 Di Balkoni Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 396 hits
Sebelum ini KDYMM Agong ada menitihkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk melakukan solat hajat dan bacaan Yassin dirumah masing masing bagi meminta pertolongan Maha Kuasa untuk menghentikan penularan Covid 19 Menyahut s...
Duduk Rumah Sepanjang Pkp Habis Semua Baju Kelawar Dalam Almari 3 Beranak Ni Gayakan

Duduk Rumah Sepanjang Pkp Habis Semua Baju Kelawar Dalam Almari 3 Beranak Ni Gayakan

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 749 hits
Tidak dinafikan rakyat Malaysia sangat kreatif Dalam tempoh PKP ni banyak pula idea pelik yang melucukan dari rakyat Malaysia Salah satunya ialah para suami dan anak lelaki mengenakan baju kelawar Habislah stok baju kelawar isteri dan ibu d...
Sambut Birthday Di Rumah Sebab Pkp

Sambut Birthday Di Rumah Sebab Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 533 hits
Happy birthday to you Happy Birthday to you Happy Birthday to you my sweet hubby Happy Birthday to you Doa saya semoga awak sihat selalu murah rezeki so saya pun dapat tempiasnya hehe Diberi kesihatan yang baik di panjangkan usia dan sentia...
Belajar Dari Rumah Pkp

Belajar Dari Rumah Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 804 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Cuti sekolah pun ada homework tau yelah sekolah dah lama tutup kan sebab covid19 ni sejak cuti sekolah bulan Mac ari tu lagi terus sambung sampai ke hari ni dah sebulan kot cuti sekolah but bagi cikgu cikgu y...
Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 550 hits
Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak resepi masakan dan tak kurang juga akti...
Covid 19 Pkp Wajarkah Tuan Rumah Beri Pelepasan Bayaran Sewa

Covid 19 Pkp Wajarkah Tuan Rumah Beri Pelepasan Bayaran Sewa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 867 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 banyak memberi kesan ekonomi kepada kita Yang bekerja sendiri atau pemilik perniagaan kecil pendapatan mereka terjejas Yang bekerja makan gaji secara gaji harian meman...
15 Meme Apabila Terlalu Lama Duduk Rumah Sepanjang Pkp

15 Meme Apabila Terlalu Lama Duduk Rumah Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 1287 hits
Macam macam perangai tabiat boleh kita jumpa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung Seperti kata ucapan PM ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka ada yang mengayuh basikal di dalam rumah dan ada juga y...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Suamiku Ting Tong

Akim The Majistret Gasoline Chord

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Menara Kl Hanya Syarikat Pengurusan Berubah Masih Dimiliki Kerajaan

Pm Anwar Terima Panggilan Telefon Daripada Pm Shehbaz Bincang Hubungan Dua Hala Malaysia Pakistan