Covid 19 Tempoh Pkp Bergantung Kepada Pematuhan


KUALA LUMPUR: Telah ‘berbuih mulut’ pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ramai yang degil dan bersikap keras kepala.

Ahad lalu sahaja seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa, menunjukkan masih ramai yang bersikap tegar untuk mematuhi arahan mudah kerajaan untuk mengelakkan krisis COVID-19 ini terus berpanjangan.

Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan termasuk ingin meminjam rokok dari rakan, keluar membeli makanan (walaupun jauh dari kawasan rumah), mengail, dan tidak kurang juga keluar beriadah dengan berjoging menyebabkan pihak berkuasa 'tepuk dahi’ dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ini.

Tanpa disedari sikap degil inilah menyebabkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit COVID-19 berdepan jalan sukar dan sehingga semalam, virus itu telah mengorbankan 37 orang dengan kumulatif kes positif 2,626 kes.

Ia memaksa kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas termasuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan zon merah yang dikenal pasti mempunyai bilangan kes positif yang tinggi.






Terbaharu iaitu kawasan ketiga yang dikenakan perintah itu malam tadi adalah Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, kerana dikesan mempunyai 17 kes positif jangkitan COVID-19.

Sebelum ini Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor dan kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor juga telah dikenakan tindakan yang sama.

Hari ini telah masuk hari ke-14 pelaksanaan PKP, namun bilangan kes positif yang masih tinggi menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan lagi peraturan menjelang fasa kedua pelaksanaan PKP pada 1 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata bermula Rabu ini semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 8.00 malam.

Gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu, malah waktu operasi kenderaan juga akan dikawal.

Ini semua terpaksa dilakukan demi kebaikan rakyat Malaysia sendiri dan untuk membendung ledakan gelombang ketiga COVID-19 ekoran sikap tidak acuh segelintir rakyat negara ini.

Sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang ketiga itu juga, kerajaan telah menyediakan pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan mendadak jangkitan itu. - Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/covid-19-tempoh-pkp-bergantung-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh 14 Hari Terakhir Pkp Bergantung Pada Disiplin Rakyat Tolonglah Bagi Kerjasama

Tempoh 14 Hari Terakhir Pkp Bergantung Pada Disiplin Rakyat Tolonglah Bagi Kerjasama

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 242 hits
Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid 19 berjaya ataupun sebaliknya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...
Kerajaan Putuskan Tiada Lagi Caj Rm1 Di Mesin Meps Sehingga Selesai Tempoh Pkp

Kerajaan Putuskan Tiada Lagi Caj Rm1 Di Mesin Meps Sehingga Selesai Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 273 hits
Bagi memudahkan urusan orang ramai untuk mengeluarkan duit dari akaun bank masing masing kerajaan telah bertindak memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd Inisiatif berkenaan dipeti...
Covid 19 Pkp Diperketatkan Arahan Penggiliran Keluar Kenderaan Dilaksana

Covid 19 Pkp Diperketatkan Arahan Penggiliran Keluar Kenderaan Dilaksana

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA TERENGGANU 31 Mac Pihak Polis di Terengganu akan memperketatkan Perintah kawalan Pergerakan bermula esok 1 April 2020 bagi tujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh Ketua Polis Negeri Dato Roslee ...
Semua Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh Pkp Menteri Pertahanan

Semua Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh Pkp Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 602 hits
Putrajaya 3 April Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak dibenarkan Mesyuarat pagi tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaks...
Trend Pematuhan Pkp Semakin Baik Ismail Sabri

Trend Pematuhan Pkp Semakin Baik Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 252 hits
PUTRAJAYA 5 April Trend pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki fasa kedua bagi membendung penularan wabak COVID 19 semakin baik apabila jumlah penahanan terhadap individu ingkar kepada arahan itu menunjukka...
Tv Alhijrah Perbanyakkan Rancangan Baharu Sebagai Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang Di Rumah Sepanjang Tempoh Pkp

Tv Alhijrah Perbanyakkan Rancangan Baharu Sebagai Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang Di Rumah Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 525 hits
Rancangan Baharu Sepanjang Tempoh PKP Dari TV ALHijrah Permulaan suku pertama tahun 2020 memang memberi kejutan kepada kita semua bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia dengan serangan virus sekecil zarah bergelar Covid 19 Virus yan...
Pihak Jkkp Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Bahawa Pemeriksaan Ulangan Jentera Ditangguhkan Sehingga Tamat Tempoh Pkp

Pihak Jkkp Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Bahawa Pemeriksaan Ulangan Jentera Ditangguhkan Sehingga Tamat Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 195 hits
SEBENARNYA Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kuala Lumpur dan Putrajaya menafikan dakwaan mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua pemeriksaan ulangan jentera ditangguhkan sehingga tamat tempoh PKP dan kesemua jen
Stres Punca Kes Dera Kanak Kanak Meningkat Sepanjang 2 Minggu Tempoh Pkp

Stres Punca Kes Dera Kanak Kanak Meningkat Sepanjang 2 Minggu Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 434 hits
Tak sangka dalam situasi yang kita sedang hadapi ada pertambahan kes yang kita tak jangka pun akan meningkat Ramai tak sangka angka kes penderaan ini salah satu punca kebanyakan ibu bapa stres bila berada di rumah ini Keadaan ini bukan omon...
Covid 19 2 875 Kes Dalam Tempoh 24 Jam Iran Kini Catat Kes Positif Lebih 50 Ribu Orang

Covid 19 2 875 Kes Dalam Tempoh 24 Jam Iran Kini Catat Kes Positif Lebih 50 Ribu Orang

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 342 hits
Sebanyak 2 875 kes baharu Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Iran sekaligus menjadikan jumlah terkini keseluruhan positif jangkitan mencecah 50 468 kes pada Khamis Perkara tersebut diumumkan oleh Jurucakap Kementerian Kesihatan Kian...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Feast O Tuan Chord

Ukays Azan Scan Keena Mentor Rina Eva Feat Aesar Mustafa Citarasa Kita Chord

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle

Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya