Sarung Tangan Peniaga Makanan Perlu Pakai Atau Tidak Doktor Ini Kongsikan Faktanya


Sarung tangan, peniaga makanan perlu pakai atau tidak? Doktor ini kongsikan faktanya. sarung tangan dan ada yang tak? Mungkin ada yang tertanya-tanya, sebenarnya perlu ke pakai sarung tangan atau sekadar pilihan sahaja?
Sarung Tangan, Peniaga Makanan Perlu Pakai Atau Tidak? Doktor Ini Kongsikan Faktanya Sarung tangan memang boleh bantu mengurangkan risiko pencemaran makanan. Ia bertindak sebagai penghalang antara tangan peniaga dan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.

Antara sebab utama sarung tangan digunakan ialah: ✅ Elak pencemaran silang – Kadang-kadang peniaga pegang duit, plastik, atau bahan mentah, kemudian terus pegang makanan yang dah siap. Ini boleh sebabkan pencemaran.
✅ Lebih bersih & selamat – Sarung tangan membantu mengelakkan bakteria daripada tangan masuk ke dalam makanan, terutamanya kalau tangan peniaga ada luka atau kotor.
✅ Keyakinan pelanggan – Bila pelanggan nampak peniaga pakai sarung tangan, mereka rasa lebih yakin dan percaya makanan itu bersih.
Berikut perkongsian daripada doktor Kamarul Ariffin Nor Saddan
Peniaga makanan perlu pakai sarung tangan atau tak? Sebenarnya, apa yang kita kena lihat adalah bagaimana peniaga mengendalikan makanan dari A-Z. Bukan sekadar lihat sarung tangan.

Kalau dia tak pakai sarung tangan, belum tentu kotor. Kalau dia pakai sarung tangan, belum tentu bersih.
JIKA PENIAGA TAK PAKAI SARUNG TANGAN, KITA KENA LIHAT ADAKAH DIA CUCI TANGAN DENGAN SEMPURNA, SEBELUM MENYENTUH MAKANAN.
Tangan bukan sesuatu yang kotor. Cuma kita kadang-kadang sentuh permukaan yang tak bersih, jadi kekotoran tu berpindah ke tangan.
Kekotoran yang dimaksudkan adalah kuman (bakteria, virus, kulat) berbahaya, debu, racun, najis dan sebagainya.
Jadi, jika kita cuci tangan dengan sempurna sebelum menyentuh makanan, maka ia tidak jadi masalah.
Nak cuci tangan perlukan air dan sabun (atau pembasmi kuman), dan kadang-kadang di tempat niaga, bekalannya terhad.

Maka peniaga ambil alternatif untuk memakai sarung tangan agar tak menyentuh makanan dengan tangan yang dah dicemari.
Namun, ramai peniaga terlupa atau tidak sedar bahawa permukaan sarung tangan juga boleh dicemari kekotoran.
Mereka sentuh sana-sini, guna sarung tangan itu, kemudian sentuh semula makanan. Maka terbatal tujuan sebenar pakai sarung tangan.
JIKA PAKAI SARUNG TANGAN, KENA SELALU TUKAR. ASALKAN TERSENTUH PERMUKAAN YANG TAK BERSIH, KENA TUKAR BARU.
Sarung tangan tersentuh duit, kena buang dan tukar baru. Tersentuh kalkulator, kena buang dan tukar baru. Begitulah.
Tak bolehlah pakai sarung tangan sama dari mula buka kedai, sampailah tutup kedai. Sedangkan kita sentuh sana-sini. Sebab itu pentingnya menyusun tempat meniaga itu agar ada seksyen bersih dan seksyen ‘kotor.’
Kawasan dan peralatan persediaan makanan hanya boleh ada di seksyen bersih. Peralatan lain boleh di seksyen kotor.
Seksyen kotor itu bukanlah maksudnya tempat tu kotor sehingga menjijikkan, tapi permukaannya mungkin ada kekotoran.
Jika tersentuh kawasan atau alatan dari seksyen kotor, maka perlu cuci tangan atau tukar sarung tangan sebelum sentuh makanan.

Alternatifnya, seorang pengendali makanan ditugaskan di seksyen bersih, seorang lagi di seksyen kotor. Jangan silang seksyen.
Alternatif kedua, guna peralatan untuk sentuh makanan. Cuma bahagian alat yang sentuh makanan jangan bersentuh kawasan kotor.
Kalau buat macam ni, boleh kurangkan kekerapan cuci tangan atau tukar sarung tangan. Masih kena buat, tapi kurang.
Sebab itu saya kata, kalau nak tahu bersih ke tak sesuatu makanan tu, kena tengok pengendalian makanan tu dari A-Z.
Kesimpulannya kalau peniaga tak pakai sarung tangan, dan dia tak cuci/bersihkan tangan sebelum sentuh makanan, maka makanan akan tercemar. Jika peniaga pakai sarung tangan, dan dia tak tukar sarung tangan sebelum sentuh makanan, maka makanan akan tercemar.
Paling penting, peniaga kena amalkan kebersihan diri dan makanan dengan betul. Barulah pelanggan yakin dan makanan selamat dimakan.
Sumber: Doktor Kamarul Ariffin Nor Saddan 
Baca artikel lain juga: Bimbang Trend Konten Makanan & Minuman Manis, Dr Rafidah Tegur Video Influencer Masakan Terkenal
Puasa Tanpa Ibu, Zarina Zainuddin Bantu Sediakan Sahur Makanan Jepun Buat Sky, Ramai Sayu Hati!
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Sarung Tangan, Peniaga Makanan Perlu Pakai Atau Tidak? Doktor Ini Kongsikan Faktanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sarung-tangan-peniaga-makanan-perlu-pakai-atau-tidak-doktor-ini-kongsikan-faktanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Self Rewards Pakai Rantai Tangan Butterfly Tapii

Nak Self Rewards Pakai Rantai Tangan Butterfly Tapii

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Beberapa hari lepas CCL ada tengok live salah satu kedai Emas ni ralit tengok diorang punya staff review bangle review cincin dan review rantai tangan Sebelum sebelum ni memang teringin nak beli satu bang...
Ppim Gesa Peniaga Pengusaha Hotel Urus Lebihan Makanan Ketika Ramadan Sinar Harian 28 02 2025

Ppim Gesa Peniaga Pengusaha Hotel Urus Lebihan Makanan Ketika Ramadan Sinar Harian 28 02 2025

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa peniaga termasuk pihak hotel agar melaksanakan dasar pengurusan lebihan makanan untuk mengelakkan pembaziran khususnya pada Ramadan ini Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata anta...
Zalzul Kamar Didakwa Kerana Membunuh Seorang Peniaga Makanan Wanita Di Tepi Sungai Pahang Pada 13 Februari Lalu

Zalzul Kamar Didakwa Kerana Membunuh Seorang Peniaga Makanan Wanita Di Tepi Sungai Pahang Pada 13 Februari Lalu

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 238 hits
KUANTAN Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas pertuduhan membunuh peniaga makanan wanita di tepi Sungai Kuantan berhampiran jambatan Tanjung Lumpur disini pada 13 Februari lalu Tiada pengakuan direkodkan dari...
Cap Sudah Tiba Masanya Tindakan Diambil Terhadap Peniaga Jual Makanan Ringan Di Luar Sekolah

Cap Sudah Tiba Masanya Tindakan Diambil Terhadap Peniaga Jual Makanan Ringan Di Luar Sekolah

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 208 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myGeorgetown Perlu ada undang undang ketat berkaitan makanan yang dijual kepada kanak kanak kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis NV Subbarow berkata semua makanan ringan atau...
Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 260 hits
Hoarding Disorder Hoarding Disorder bukan lagi satu perkara pelik dan asing bagi rakyat Malaysia Dalam keluarga kita biasanya akan ada beberapa orang yang mungkin menghidap penyakit ini Oleh kerana terlalu banyak dan ramai golongan ini iany...
Senarai Rawatan Hoarding Disorder Atau Penyakit Orang Suka Simpan Barang Dalam Rumah

Senarai Rawatan Hoarding Disorder Atau Penyakit Orang Suka Simpan Barang Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 214 hits
Senarai Rawatan Hoarding Disorder atau Penyakit Orang Suka Simpan Barang dalam Rumah 32 Rawatan hoarding disorder sebenarnya sangat menarik Namun Hoarding disorder adalah gangguan mental yang menyebabkan seseorang menyimpan barang secara be...
Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 352 hits
PayLater semakin popular di kalangan pengguna platform e dagang seperti Shopee dan TikTok Dengan janji kemudahan membeli dahulu dan bayar kemudian ramai yang teruja mencuba Namun adakah PayLater benar benar membantu atau ia hanya perangkap ...
Telefon Pintar Dengan Lensa Boleh Tukar Revolusi Fotografi Atau Gimik Pendapat Saya Sebaliknya

Telefon Pintar Dengan Lensa Boleh Tukar Revolusi Fotografi Atau Gimik Pendapat Saya Sebaliknya

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 158 hits
Di MWC 2025 Barcelona Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Modular Optical System sebuah konsep baharu yang membolehkan telefon pintar menggunakan lensa tambahan dengan magnetic pogo pin Prototaip Xiaomi 15 ini membolehkan pengguna memasang l...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms

Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat Mohon Ampun Pada Allah Bapa Nurly Sahirah

Jakim Pandang Serius Insiden Jemaah Dihalau Dari Surau