Sarapan Di Warung Dapur Saya Jalan Jalan Ke Pasar Pagi Seri Ketumbit


 Assalamualaikum WBT 


PAGI tadi Sk keluar rumah lambat sikit dari biasa. Selalu keluar tu masih gelap lagi tapi ni dah terang-benderang. Puncanya bukan sebab bangun lambat tapi terrrrrajin nak mendobi dulu. Keluarkan baju dari mesin basuh masuk dalam pengering. Lepas tu basuh pulak baju lain sebakul. Kemudian, bersihkan pasir kucing pulak. Takpelah hari ni balik lambat sikit, hari-hari balik cepat dah, hehehehe.
Okey, marilah sambung catatan diari ke Temerloh tuari. Untuk pengetahuan pembaca, penginapan di hotel yang kami inap tidak disediakan sarapan. Macam selalu la, Sk serahkan pada PI untuk mencari tempat yang kena dengan selera dia. PI tunjuk kat TT carian dia, Warung Dapur Saya yang terletak di Kampung Lipat Kajang, Temerloh.

Warung ni terletak dalam kawasan kampung, bukan kat tepi jalan besar. Kena masuk dalam sikit ikut jalan bertar, tak jauh sangat la ke dalam pun. Cuma suasana tak sama macam vtt yang kami tengok, tak meriah, sunyi sepi walaupun ada beberapa meja sedang diduduki pelanggan yang menjamu selera. Gambar ni Sk ambil selepas mereka semua dah balik


Dekat-dekat 40 minit jugak perjalanan barulah jumpa warungnya. PI pulak, kalau dia dah set waze nak pergi tempat tu, kemudian dalam perjalanan tu, kau jumpalah kedai meriah macam mana pun, dia tak nak pergi ya. Dia nak jugak sampai kat tempat yang dirancang. Kalau dia tak berkenan, kena cari tempat lain. Yang ni, syukurlah dia berkenan, Sk pulak yang risau awalnya, hahaha


Kerisauan Sk terus hilang bila nampak kuih-muih tradisional Pahang ni dipamerkan di atas meja depan warung. Dua jenis kuih yang bawah tu sepatutnya ada tiga (beradik), kan, tapi ni ada dua aje. Kuih lopes tu adik-beradik tiri (pinjam kata Blogger Abu Ikhwan, hehehe). 

Kuih lopes ni dia buat ekspress, masak pulut dalam loyang kemudian potong segitiga dan golek dalam kelapa parut. Kuih lopes, kuih kegemaran PI, dia makan aje tak komplen apa-apa. Habis pulak tu makan dua keping terus, tak pelawa langsung


Ni haaa.. tinggal dua beradik, mana tah adik-beradik dia yang lagi satu, lupa pulak nak tanya dengan kakak warung tu, hihi. 

Nak panggil Kuih Badak Kubang boleh, nak panggil Kuih Kubang Badak pun boleh
Yang bulat-bulat tu doh dibuat dari tepung pulut dan tepung pulut hitam, diisi inti kelapa parut manis. Kemudian disusun atas daun pisang dan dicurahkan campuran santan dan tepung gandum, kemudian dikukus hingga doh masak. Ada jugak yang panggil Buah Melaka Kukus. Sedap dohnya kenyal tak liat, inti pun sedap, santan tempat kubang badak tu pun masin-masin, menjadikan rasanya seimbang


Kuih Dodol Kukus. Bahan-bahannya tepung pulut, tepung ubi, gula merah, gula pasir dan santan, diaduk hingga sebati, kemudian dikukus di atas daun pisang yang disapu minyak. Selepas dikukus permukaan dodol ditabur dengan tahi minyak iaitu santan yang dimasak sehingga pecah minyak. Sekali pandang macam kuih kole kacang kan. Dodol tu tak liut atau kenyal macam dodol sebenar, tapi masih sedap la di tekak Sk ni


Lupa nak cakap, dua-dua kuih ni tak habis,  malam tu baru la Sk habiskan. Mujurlah tak basi kubang badak tu pasal ada santan, kan. Agaknya pasal aircond bilik sejukkkk


Masa baru sampai, terus keluar wahhhhhh dari mulut tengok ada kolam Teratai. Terus terngiang lagu Fauziah Latiff, Teratai Layu Di Tasik Madu, hihi. Lepas tu keliru pulak, ini teratai ke kiambang, hehehe


Teratai, kan ni. Kalau kiambang bunganya tak bertangkai tinggi macam ni. Cantik sangat tapi sayangnya cahaya tak cukup. Cuaca macam mendung sikit pagi tu. Nak bagi yakin lagi, PI tanya dengan kakak warung tu, itu pokok teratai ke kiambang. Teratai, jawab kakak tu, hihi


Tak lama kemudian, pesanan kami dihantar ke meja. Nasi Lemak untuk PI (sikmak lagi???) dan bininya pulak kipas susah mati lempeng, hehehe. Sk tak pasti la menu apa lagi ada dijual di sini. Tapi nampak ada pelanggan datang bungkus makanan berkuah macam Mi Kari ke.. Mi Rebus ke, tak tanya pulak


Sambal nasi lemak dia ialah Sambal Ikan Bilis. Rasa sambal dia tu mengingatkan Sk pada rasa sambal ikan bilis yang ibu Sk masak kalau nak makan dengan nasi lemak. Tak ada ikan bilis goreng, agaknya sebab dia dah ada ikan bilis dalam sambal. Memang betul-betul sedap nasi lemak macam dimasak di dapur sendiri. Sesuailah tu namanya Warung Dapur Saya


Lempeng dihidangkan dengan Sambal Ikan Bilis yang sama dengan nasi lemak. Ya Allah, sedap betul la. Lempeng lembut biasa-biasa tapi bila makan dengan sambal tu kena betul. Sambal pun ada rasa pedas-pedas sikit tak terlalu pedas


Sambil makan menikmati suasana alam yang tenang. Tak ada keriuhan bunyi kenderaan. Nampak dari jauh sebuah rumah kayu macam rumah yang selalu dijadikan lokasi penggambaran drama pengarah air mata Rasyid Sibir seperti Rumah Di Tepi Sawah, Quran Buruk, Daun Ketupat Kering dan macam-macam lagi la tajuk yang meruntun jiwa,  hahaha


Pokok-pokok gantung penghias Warung Dapur Saya


Macam ulat bulu tapi warna pink. Tak tahulah bunganya tu keras ke lembut ke berbulu macam tu, tak berani nak sentuh la pokok bunga orang, kita rakamkan untuk kenangan dalam blog


Inilah perempuan, tak boleh tengok benda pink


Sk memberanikan diri mengambil gambar rumah ni. Nampak keseluruhan struktur hadapan rumah masih lama cuma tangga tu jer dah ditukar tangga batu. Bahagian dapur atau belakang dan dinaikkan batu. Minta maaf ya Sk ambil gambar rumah ni, teringat pulak lagu Rumah Kecil Tiang Seribu nyanyian Azian Mazwan Safwan

Rumah kecil tiangnya seribuRumah besar tiangnya sebatangWaktu kecil kau ditimang ibuDewasamu dipukul gelombangBerhijrah ke alam remajaMenguji ketabahan jiwaTiada seindah impianSesungguhnya hidup perjuanganCabarannya tetap datangUmpama laut bergelombangYang gagah akan berdiriYang lemah akan ketepiBerjaya disanjungiKecewa dibenciBegitulah lumrah manusiaAgar kau tak kecewa..

Eh, ternyanyi ke tuuuu



Masa dalam perjalanan nak ke Warung Dapur Saya tu, nampak kereta meriah kiri-kanan jalan. Rupanya ada pasar pagi dan balik tu, PI kata, kalau ada parking kita singgah. Kebetulan nampak ada ruang untuk parkir, kami pun singgah


Nampak acik ni jual pelbagai jenis ikan salai dan ikan kering (masin). Ada ikan patin, ikan baung, ikan seluang, ikan sepat dan beberapa jenis ikan lagi yang Sk tak ingat nama disebut, hihi. Sk pilih la beberapa ekor patin dan baung, nak beli yang hidup-hidup entah bila la nak sampai Johor, hehe


Gerai ni pulak jual ikan patin hidup-hidup pakej siangkan sekali. Seorang pelanggan yang berdiri sebelah kami ramah berbual. PI pulak interview kakak tu tanya perbezaan harga ikan patin sangkar dengan yang liar. Tengah-tengah berbincang, boleh pulak tangan dia tertepis handphone Sk yang tengah merakam ikan berenang, hahahaha. 

Berkali-kali tengok video ni pun tetaplah gelak, hahahaha. Nasib baik handphone Sk tak masuk dalam tong ikan patin tu, hihi



Kesian tengok ikan hidup-hidup lagi tu. Tapi, kalau dah dimasak gulai tempoyak, lupa nak kesian ke tak, ek


Sk post video patung ni kat ig stories, ada kawan reply, dia beli patung yang sama sebiji macam tu kat negara Kyrgyztan. Lepas tu, Iman pulak reply minta belikan satu yang warna pink, eiii.. tak seram ke tengok muka patung tu, hahaha. Tapi, masalahnya, masa tu Sk dah balik, jadi nantilah esok tu carikan kat Pekan Sari. Tahu tak, kebanyakan peniaga kat sini semua meniaga kat Pekan Sari jugak, hihi. 

Tapi sini mungkinlah pasar pagi terpendek jer, heheheh. Hasil tangkapan, sikit aje ni. Anggaplah rehearsal nak ke Pekan Sari Temerloh esoknya, hehehe


Sampai hotel, tengok bilik dah siap kemas. Sungguh efisyen ya housekeeping. Rasa nanti majlis kahwin Sulhi nak duduk sini lagi tak ke, tak tahulah. Kita tengoklah nanti ya, jangan berangan dulu, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/sarapan-di-warung-dapur-saya-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1068 hits
JJCM Sarapan Pagi Di Warung Ngarai Semasa kami pergi ke rumah keluarga di Tiak aku nampak satu penginapan baru bernama Bin Daud Boutique Chalet Gempak uii desain penginapan baru ni siap ada swimming pool Lokasinye sebelah SK Tiak Kupang Bal...
Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1687 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan nasi goreng pagi ini Seperti biasa nasi goreng letak ikan bilis dan juga sayur sawi Guna bahan yang ada di rumah sahaja Nasi goreng cepat di masak enak dimakan Sawi ambil dalam pasu Kecil sahaja sawi...
Sarapan Pagi Di Oriental Kopi Penang Semua Makanan Sedap

Sarapan Pagi Di Oriental Kopi Penang Semua Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1701 hits
Assalamualaikum Dah lama aku teringin nak makan di Oriental Kopi Mostly review yang aku tengok di Tiktok semuanya bagi feedback cakap semua makanan sedap Bukan tak percaya tapi diri sendiri nak rasa betul ke apa orang cakap tu Aku pernah te...
Kek Lapis Warisan Sarapan Di Warung Pak Ngah Mak Ngah Dengan Angah

Kek Lapis Warisan Sarapan Di Warung Pak Ngah Mak Ngah Dengan Angah

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1982 hits
Assalamualaikum WBT YA ALLAH Entah macam mana tah boleh hilang kunci kereta pagi tadi Kunci satu lagi pulak habis bateri Padahal Sk dah siap awal sebelum 6 45 pagi dah siap masukkan semua barang dalam kereta Masa nak hidupkan enjin signal k...
Sarapan Di Warung Jumahat

Sarapan Di Warung Jumahat

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 516 hits
Assalamualaikum WBT INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUUNNN TERSAYAT hati membaca berita kemalangan yang melibatkan sebuah lori muatan barangan lusuh dengan beberapa kenderaan ringan di Plaza Tol Bukit Kajang semalam Seorang bayi berusia setahun...
Melawat Kebun Dan Sarapan Di Pagi Ahad

Melawat Kebun Dan Sarapan Di Pagi Ahad

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1032 hits
Hari Ahad lepas Mama Yan dan suami melawat kebun yang telah lama kami tinggalkan dek kesibukan harian Patutnya anak anak mengaji Hari Ahda pagi Tapi entah macam mana boleh terlupa Terus aje ke kebun semak betul kebun dah lama suami tak mera...
Beli Barang Dapur Tebus Mykasih Di Pasar Raya Mydin Seremban 2

Beli Barang Dapur Tebus Mykasih Di Pasar Raya Mydin Seremban 2

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3274 hits
Hari Jumaat lepas baru berkesempatan tebus MyKasih di Pasar Raya Mydin Seremban 2 Tengok tak ramai yang beratur barulah kita tebus Agaknya haritu tak ramai sangat sebab dah ramai yang tebus dan mungkin juga dah cuti sekolah ramai yang bercu...
Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 938 hits
Kadang kadang tak tau nak buat sarapan apa pagi pagi Lepas Subuh dah tanya anak anak nak sarap apa Tapi jawapan standard Entahhh Apa apa pun boleh Jadinya pagi Sabtu lepas suami ajak sarapan kat luar sebagai penutup cuti Sarah dengan abang ...
Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 667 hits
Assalamualaikum WBT GARA GARA terpengaruh baca blog semalam pagi ni Sk dan PI bersarapan di Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee di Jalan Parit Mesjid Pontian Rumah Sk terletak di sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian jadi tak jauhlah sangat ka...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sinopsis Filem Banduan

Kebaikan Belimbing Buluh Rahsia Superfood Tempatan Yang Menakjubkan

Pound Sterling Terpaksa Merosot Seiring Pasaran

Zinidan Zidan Feat Yaya Nadila Saat Kau Jauh Chord

Sal Priadi Nyala Chord

Doa Malam 15 Okt 2025