Kek Lapis Warisan Sarapan Di Warung Pak Ngah Mak Ngah Dengan Angah


 Assalamualaikum WBT 


YA ALLAH.. Entah macam mana tah, boleh hilang kunci kereta pagi tadi. Kunci satu lagi pulak habis bateri. Padahal, Sk dah siap awal, sebelum 6.45 pagi dah siap masukkan semua barang dalam kereta. Masa nak hidupkan enjin, signal kunci pada dashboard berkelap-kelip. Sk capai kunci dalam beg, rupanya kunci kereta lain (orang banyak kereta la katakannnn). Dia bukan apa, satu kereta dapat dua kunci, kan. Jadi, dekat rumah ni ada 5 kunci kereta (termasuk satu kunci kereta Iman, satu pada dia la kan). Terus Sk masuk rumah balik, cari kunci. 7.20 pagi baru jumpa, anabuls⁷ ni la agaknya main sampai jatuh dekat bawah sofa kat tengah- tengah pulak tu. Padahal, Sk dah cari dah, cuma masa cari sebelum tu, Sk tonggeng sikit, tak sangka sampai ke tengah. Kena separuh meniarap baru nampak kuncinya. Memang lain kali kunci kena sorok dalam laci.

Gara-gara hilang kunci, dekat pukul 8.30 baru clock in. Ikutkan nak aje ambil cuti kecemasan sebab dah tak ada mood nak pergi kerja, dah peluh tiak, tapi sayang cuti, hihihi. Disebabkan sampai pejabat pun dah lambat, dekat kantin mesti ramai, jadi Sk telefon Angah, ajak sarapan. Angah cadangkan kami ke Warung Pak Ngah Mak Ngah di Kampung Ubi. Hahaha.. nama jer sama, Ngah, tapi orang lain, hehehe


Angah berbaju pink bunga-bunga besar hari ni dengan tudung polos rona sama. Sk makan lontong kering, Angah makan donat dan pau aje. Kisahnya, sebelum keluar dia dah sarapan sikmak Izzat beli semasa balik mendobi


Lontong kering lauknya sambal tempe, sayur kacang panjang goreng, sambal tumis dan sambal paru. Paru dia masak lembut, bukan jenis yang garing. Angah kata, dekat sini ada banyak pilihan sambal, jom kita tengok


Sambal Sotong Kembang

Sambal Cumi (sotong kecil)

Sambal Lokan

Sambal Kupang

Sambal Tempe
Bagi Sk rasa sambal dia sedap. Lain kali boleh datang lagi makan nasi lemak dengan aneka pilihan sambalnya


Selain tu ada juga Mee, Mihun dan Kueyteow Goreng.  Nampak sedap, kan. Tak kedekut taugeh pulak tu


Tujuan ajak Angah sarapan tu, nak bagi kek lapis Sarawak yang Iman beli dari Kedai Kek Lapis Warisan yang terletak di Kuching. Setelah seminggu berkampung di sana, semalam selamat dah anaknda pulang ke Tanah Jauhar. Ini kali kedua Iman ke Kuching, kali pertama dulu kami pergi ramai-ramai 13 tahun lepas. Dua hari sebelum balik, Iman tanya, nak tak kek lapis? Kalau dia sanggup nak bawa, boleh saja. Tapi tu la, kita la pulak yang kena keluar modalnya, hahahaha


Sk suruh Iman pilih kek lapis yang pelik-pelik. Tapi ini jer yang dibelinya. Dah rambang mata tu satu hal, sampai tak tahu nak pilih, dia kata. Yang menarik tu pulak Iman kata, corak aje lain, rasa dia sama,  dahlah mahal, dia kata lagi. Eh, dia ni, tak tahu menilai yang namanya seni. Kalau setakat melapis, selapis-selapis, Sk pun pernah buat Kek Lapis Kismis Anggun, tapi kalau nak jadikan ia bercorak macam pua kumbu, tak ke perlu lebihkemahiran. Dahlah kita tak nampak rupa dia masa melapis tu sebab dalam loyang, kan

Jadi, patut tak kalau Sk terbang sendiri ke Sarawak semata nak beli kek lapis lepas ni? Tolong beri pandangan sikit, hihihi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/kek-lapis-warisan-sarapan-di-warung-pak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pagi Ini By Pak Zain

Sarapan Pagi Ini By Pak Zain

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1939 hits
Assalamualaikum Dah sarapan ke tu SA baru sudah ha hari ninPZ yang buat sarapan SA turun je nak buat sarapan tengok dah siap SA tanya kenapa abah buat sarapan dia kata xpe la kesian abah tengok kau penat masak macam macam lagi Erm dia dah m...
Kek Lapis By Cousin

Kek Lapis By Cousin

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1689 hits
Assalamualaikum WBT DAH masuk tahun 1447H ni baru la teringat nak masukkan gambar kek lapis yang Sk beli masa hari raya puasa tahun lepas dari sepupu Sk yang dipanggil Kak Tity Kak Tity mewarisi bakat membuat pelbagai jenis kek dari ibunya ...
Makan Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western

Makan Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2475 hits
Makan Nasi Lemak Tomahawk Pak Mat Western Pak Mat Western sebuah nama atau brand yang cukup popular dalam Malaysia ni Laju jer bila ada artis or influencer viral Pak Mat mesti sambar dulu Haha Selalu baca Komen macamtu lah Pak Mat Western i...
Rafizi Semoga Anwar Akan Dikenang Seperti Pak Lah

Rafizi Semoga Anwar Akan Dikenang Seperti Pak Lah

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2135 hits
Zarrah MordenBekas menteri ekonomi Rafizi Ramli membuat perbandingan antara bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Bagi Anwar semoga senario kes terbaik untuknya apa pun yang berlaku satu hari nanti or...
Mc Hari Ini Sarapan Pagi

Mc Hari Ini Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 887 hits
Assalamualaikum SA bersiaran dari rumah MC hari ni sebab shoulder blade a k a belikat SA bengkak dan sakit ekceli dah sakit dari Selasa pinca dari Briskwalk Isnin lepas sebab SA x warm up dulu dan terus briskwalk aje so balik kerja semalam ...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing

Melly Lee Kamu Istimewa Chord

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Makan Kenduri Di Kampung Belahan Tampok

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar