Sarapan Di Warung Jumahat


 Assalamualaikum WBT 


INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUUNNN 
TERSAYAT hati membaca berita kemalangan yang melibatkan sebuah lori muatan barangan lusuh dengan beberapa kenderaan ringan di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam. Seorang bayi berusia setahun empat bulan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi mangsa kini sedang dirawat di hospital. Lori tersebut dikatakan mengalami kegagalan brake, alasan standard kebanyakan pemandu lori bila berlaku kemalangan. Tu takpe, dia boleh pulak terjun dari lori dan membiarkan lori bergerak sendiri menghentam kenderaan lain di hadapan. Paling pelik, lorinya berada di lorong paling kanan untuk kenderaan ringan sedangkan lorong lori di sebelah kiri. Semoga pemandu lori tersebut mendapat hukuman yang setimpal atas kecuaiannya.



Pagi ini sekali lagi kami bersarapan di Pontian. Masa nak ke Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee semalam, la.. ternampak warung ni. Terus pagi tadi, PI ajak pergi sini pulak sarapan. Kita ikut ajelaah, dia yang memandu, kan


Nampak ada kaunter roti canai tapi dah tak ada orang menebar. Abang yang datang lap meja kami cakap, baru beberapa saat habis, sebelum kami sampai, hehehe


Nasi Lemak Telur (RM4) untuk PI. Mujurlah sikmak lom habis, kan. Nasi lemak datang bersama sup yang ada rasa kambing. Sup tu sedap, nasi lemak pun sedap tapi sambalnya macam rasa hangit sikit. Mungkin terlupa nak kacau sekejap-sekejap masa masak tu. 
Tu takpe, masa nak makan tu PI cakap, "kenapa telur dia macam.. macam apa tu.. ?"
Sk tanya, macam apa

"Alaaa.. macam telur yang Angah masak tu.."
"Oh, telur pindang ke?" Sk kerling ke telur rebus dalam pinggan nasi lemak PI. Nampak macam gelap-gelap sikit warna dia macam telur pindang. PI tak makan telur pindang. Sk pun cakap, bukanlah. Telur pindang kan mahal, takkan dia nak letak telur pindang pulak. PI pun terus makan tak banyak bunyi. 

Lontong for life

Ni last stock lontong katanya. Semangkuk RM7. Kuah lodeh sedap, ada sambal tumis dan sambal kacang tapi tak ada serunding. Sk risau jugak sebab sambal tumis nasi lemak kan rasa hangit sikit, tapi tak ada pulak rasa hangit kat lontong. Sayurnya tak banyak, mungkin pasal dah nak habis kot. Sk tengok telur rebus dalam lontong tu, pun macam telur pindang rupa dia. Adoh, parah ni kalau betul-betul telur pindang. Sk potong sikit, memang rasa telur pindang, adoi, mati laaaa

Tapi, bila toleh tengok pinggan nasi lemak PI, dah hampir licin nasi lemaknya. Telur pun dah tak nampak bayang, hahaha. Agaknya, bila digaul dengan sambal dan nasi lemak, tak rasa sangat rasa telur pindang tu. Ni kategori telur pindang yang tak kuat sangat la rasa rempah dia tu, mujurlah. 
Total RM15 termasuk dua cawan teh o panas. Burppp.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/sarapan-di-warung-jumahat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Di Warung Dapur Saya Jalan Jalan Ke Pasar Pagi Seri Ketumbit

Sarapan Di Warung Dapur Saya Jalan Jalan Ke Pasar Pagi Seri Ketumbit

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 2534 hits
Assalamualaikum WBT PAGI tadi Sk keluar rumah lambat sikit dari biasa Selalu keluar tu masih gelap lagi tapi ni dah terang benderang Puncanya bukan sebab bangun lambat tapi terrrrrajin nak mendobi dulu Keluarkan baju dari mesin basuh masuk ...
Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1085 hits
JJCM Sarapan Pagi Di Warung Ngarai Semasa kami pergi ke rumah keluarga di Tiak aku nampak satu penginapan baru bernama Bin Daud Boutique Chalet Gempak uii desain penginapan baru ni siap ada swimming pool Lokasinye sebelah SK Tiak Kupang Bal...
Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 675 hits
Assalamualaikum WBT GARA GARA terpengaruh baca blog semalam pagi ni Sk dan PI bersarapan di Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee di Jalan Parit Mesjid Pontian Rumah Sk terletak di sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian jadi tak jauhlah sangat ka...
Sarapan Saya Hanya Secawan Coffee Panas

Sarapan Saya Hanya Secawan Coffee Panas

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 823 hits
Aku ni jenis memang tak sarapan Bukan sebab tak suka makan pagi tapi perut aku macam malas nak bekerja awal awal Kalau orang lain sibuk beli nasi lemak bungkus roti canai atau kuih muih aku pula dah cukup bahagia dengan secawan kopi panas S...
Singgah Minum Petang Di Warung Mbah Sugeh Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

Singgah Minum Petang Di Warung Mbah Sugeh Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1269 hits
Tertinggal satu entry minggu lepas rupanya Dalam perjalanan balik ke rumah dari kampung minggu lepas Suami MY ajak singgah mengeteh di warung Mbah Sugeh yang terletak di Bamdar Baru Ibrahim Majid Simpang Renggam Jalan tak sesak pun sebab ka...
Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1240 hits
Ajer benor tok Udoh bertahun tok dah ngaborkan dema buat dono jer Sudahnya Ancok wok ler Sabor yit awok baru nk duduk nie jangan ler sampai Kang tak selera nk makan pulak oda pun belum lagi nie TEMPAT KEJADIAN Warung Ngopi Parlimen kampung ...
Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1692 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan nasi goreng pagi ini Seperti biasa nasi goreng letak ikan bilis dan juga sayur sawi Guna bahan yang ada di rumah sahaja Nasi goreng cepat di masak enak dimakan Sawi ambil dalam pasu Kecil sahaja sawi...
Sarapan Dan Lunch Sa Hari Ini

Sarapan Dan Lunch Sa Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 740 hits
Assalamualaikum Hari ni awal sampai Pasar Seni so SA singgah beli kuih cari apam pisang xde plak ada apam coklat je boleh la lepas tu beli karipap sardin tekak ni baru je nak mengada nak makan kalau tak tu pandang apa pun x selera Malam sem...
Sarapan Di Johor Makan Petang Di Melaka

Sarapan Di Johor Makan Petang Di Melaka

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2396 hits
Assalamualaikum WBT AWAL pagi tadi Sk terjaga rasa macam dah lama no tido Tengok jam baru pukul 2 lebih Tak rasa macam nak tidur semula masuk dapur ambil suku buah tembikai dalam esbox yang PI potong 4 Sk potong kecik kecik dan makan Tak la...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Can Schools Build Karakter

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa 19 Oktober 2025

Tragedi Dua Beranak Ditemui Mati Di Rumah Sewa Di Juru

Cikgu Dok Berpolitik

Ramai Komen Makcik Ngong Ni

Pulut Serunding

Happy Deepavali