Sarapan Di Swiss Belhotel Tanjung Lumpur
Assalamualaikum...
APABILA diminta memilih slot waktu untuk bersarapan semasa check-in di Swiss-Belhotel Tanjung Lumpur, kami memilih slot ketiga iaitu jam 9 hingga 10 pagi. Sambil meletak kad Breakfast Appointment di atas kaunter, dengan tegasnya staf yang bertugas berkata, sejam aje sarapan. Garang sungguh, dahlah muka tak dak senyum. Takpelah, kami menurut perintah.
Esoknya, tepat jam 9 kami dah berada di hadapan cafe. Sepatutnyalahkan, kalau ada slot seperti yang diberitahu, mestilah tetamu slot sebelumnya sedang hendak meninggalkan restoran tapi nampaknya masing-masing sedang enak menjamu selera. Tetamu yang baru sampai ni pulak kena cari meja kosong sendiri dan tak ada meja kosong pun
Oh, mereka tak tengok atau tanya pun breakfast appointment jam berapa ya, cuma tanya nombor bilik aje. Kami bertanya pada staf bertugas yang menjaga kaunter masuk, kata ada slot, kenapa tetamu yang slot sebelumnya masih makan lagi. Mereka pun tak boleh nak jawab apa. Malah tetamu yang masuk terus sahaja masuk dan cari meja sendiri, konsepnya rebut meja la gitu
Aduii.. bukan nak eksyen la.. cuma nak kongsi pengalaman kami bercuti ke mana-mana hotel selepas atau sebelum pandemik pun, perlu beratur dan menunggu di kaunter atau pintu masuk restoran. Jika ada meja yang telah dikosongkan, staf akan bersihkan meja dulu sebelum tetamu seterusnya masuk. Haaa.. tu lah salah satu pengalaman yang tak best semasa percutian kali ni
Dahlah staf yang jaga kaunter daftar masuk tu pun sombong. Boleh pulak tak beri kami resit bayaran deposit yang dikenakan. Lepas tu garang bagitahu sarapan boleh sejam aje, tapi bila tiba waktu sarapan bercelaru pengurusannya
Akhirnya, Iman dapat jugak meja untuk kami. Tak ada siapa staf pun yang endahkan tetamu ya, pandai-pandai kita sendiri. Mujurlah sarapan yang disediakan boleh tahan sedap dan tidak mengecewakan. Pinggan pertama Sk, hashbrown, sosej, kacang panggang, salad dan sandwich margerin alat-alat 😂
Pinggan kedua, Nasi Jagung, Kari Ayam, Kacang Buncis Goreng dan Acar Jelatah Timun. Yang best ada Lempeng Kelapa dan Dalcha, Sk tambah Sambal Tumis Bilis. Sedap betul lempeng tu cicah sambal tumis
Akhir sekali, ambil bubur nasi. Iman kata, bonda takyah la ambil pastri atau kek dia sebab semua bantat, hihi. Rotinya tak kembang langsung, lemahhh
Hari kedua, ni pinggan Pak Inche. Semalamnya, dia makan nasi lemak, hari kedua dia makan American BF
Sk ambil Pasta Goreng, Wantan Goreng, Hashbrown dan Ham Grill. Ada kacang panggang dan kacang peas. Ambil omelette dan sandwich margerin lagi. Walaupun alat-alat margerin tapi sedap aje. Half boiled egg Pak Inche punya. Pasta goreng tu kureng tapi bila makan dengan hamgrill tu sedap la
Walaupun sebenarnya dah kenyang, tapi tak mahu melepaskan peluang menikmati Laksa Lemak. Banyak pilihan sarapan di sini tapi tu la, mungkin mereka kurang kepakaran di bahagian pastri. Terdapat pilihan pelbagai minuman panas seperti Ekspresso, Americano, Teh Tarik dan Hot Chocolate. Pelbagai pilihan jus juga seperti Pink Guava, Orange, Epal dan Mango walaupun Mango macam kordial pulak
Walaupun ada pengalaman yang tak best tapi rasanya kami tak serik nak menginap lagi di SBHTL ni. Semoga mereka dapat menambahbaik perkhidmatan mereka di masa akan datang. Cuma cakap dengan Pak Inche, sementara Iman belum sambung pengajian ni, tolonglah jangan bercuti semasa musim perayaan, serikkk!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/sarapan-di-swiss-belhotel-tanjung-lumpur.html