Tanpa Limau Atau Tarian Singa Tahun Baru Cina Dicemari Lumpur Selut


 Ahmad Mustakim Zulkifli
Musibah banjir melanda Telemong di Karak, Pahang memaksa komuniti Cina daerah itu melupakan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.

Mangsa banjir di Telemong, Ho Kai Yip memeriksa rumahnya yang masih jelas kelihatan ditenggelami air banjir walaupun beberapa kali mencuci tempat tinggalnya itu. Langit cerah dan awan putih yang berarak di Telemong di Karak, Pahang seakan tidak memahami isi hati Ho Kai Yip yang masih cuba menelan realiti bencana di kampungnya.
Warga emas berusia 56 itu baru mengalami musibah yang terburuk dalam hidup apabila rumahnya ditenggelami banjir pada Disember lepas.
Tiada apa yang tinggal dalam rumah tersebut yang terletak berhampiran sebatang sungai, selepas segala harta benda milik keluarga Ho dihanyutkan banjir.
Di ruang antara dinding dan atap rumah itu, kelihatan tilam yang tidak diketahui pemiliknya.
“Setiap tahun kami akan makan besar di rumah ini pada tahun baru.
“Sebelum perintah kawalan pergerakan, anak-anak akan balik dari Singapura dan meraikannya dengan kami,” katanya kepada MalaysiaNow.
Banyak masa yang diambil untuk kerja-kerja pembersihan rumah Ho Kai Yip ketika ia ditenggelami banjir Disember lalu.Katanya, perayaan akan disambut bersama komuniti setempat dengan bersemangat setiap tahun, namun tahun ini kemeriahan Tahun Baru Cina tidak terlintas di fikirannya.
Perayaan itu sinonim dengan kemeriahan gong, tarian singa, ang pau dan limau.
Tetapi bagi Ho dan keluarga, hanya lumpur dan selut menemani sambutan tahun baru kali ini.
Kesibukan menyediakan jamuan dan perayaan digantikan dengan kerja mengorek lumpur dan membersih rumah.
“Sekarang ini, kami hanya fikir macam mana keadaan rumah. Nak tinggal di mana pun tak tahu,” katanya yang menumpang rumah jiran berhampiran.
Sukar mengagak raut muka Ho kerana pelitup muka yang dipakainya, namun nada suaranya menyingkap rasa hiba lelaki itu.
Antara barangan rumah Ho Kai Yip yang diselaputi selut banjir.Ho dan isteri bekerja sebagai penoreh getah sejak muda masih tiada waktu untuk melihat ladang getahnya kerana terlalu sibuk dengan rumah mereka yang rosak teruk.
Jalan menuju ladang getah itu juga mendap akibat lebihan air.
Ia bermakna Ho tidak boleh memandu kenderaannya untuk memasuki ladang getah.
Isteri dan anak bongsunya dihantar menumpang rumah saudaranya di Kuala Lumpur selepas kejadian banjir itu.
Bertambah malang apabila kedua-dua anak lelaki mereka pula kehilangan punca pendapatan dan terpaksa pulang ke kampung selepas pandemik Covid-19 melanda.
Rumah setingkat milik keluarganya masih utuh.
Di kelilingi bukit-bukau yang menghijau dan ladang kelapa sawit kawasan itu mempunyai suasana kampung yang tenang dan damai.
Namun kini jalan masuk ke kawasan berkenaan dipenuhi lumpur dan kayu balak yang tersadai.
Seperti Ho, rumah-rumah lain turut terjejas teruk.
Kawasan itu mempunyai kira-kira 12 rumah.
Dua daripada rumah itu hanyut tanpa meninggalkan jejak.
Ho bernasib baik kerana beberapa kumpulan sukarelawan membantu membersihkan selut sedalam satu kaki di dalam rumahnya.
Ho melihat kawasan rumahnya selepas banjir reda. Sekurang-kurangnya 12 rumah di kawasan itu terjejas teruk akibat banjir.Ketika ditemui, dia dan dua orang anak lelakinya masih tekun membuang lumpur dan membersihkan ruang dalam rumah.
Mengenakan baju T, seluar pendek dan kasut but, mereka menggunakan kereta sorong dan penyodok dan meneruskan kerja pembersihan tanpa dibantu sesiapa.
Lumpur masih memenuhi ruang sebuah bilik.
Kelihatan seakan usaha pembersihan akan mengambil masa yang cukup lama dan akan memerah kudrat ketiga-tiga beranak itu.
“Saya ada menerima bantuan RM1,500. Saya ada dengar mengenai bantuan lebih RM10,000 tetapi saya tak tahu macam mana hendak mohon.
“Tanya ketua kampung pun dia tak tahu,” katanya merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada tahun baru mengenai bantuan kepada mangsa banjir.
Sesekali kedengaran bunyi enjin motor dan lori yang keluar masuk di kawasan itu memecah kesunyian.
Paip air di depan rumahnya bocor akibat kayu-kayan yang hanyut, mengeluarkan air tanpa henti.
Banjir ini akan meninggalkan kesan yang dalam terhadap Ho dan ribuan mangsa lain.
Lama selepas surutnya air, bau busuk lumpur akan terus menghantui kawasan itu dan memori Tahun Baru Cina keluarga Ho.
Hanya azam untuk meneruskan kelangsungan hidup demi keluarga mampu menguatkan Ho untuk menghadapi kehidupan pada hari-hari mendatang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/tanpa-limau-atau-tarian-singa-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Tahun Baru Cina 2022

Perutusan Tahun Baru Cina 2022

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 240 hits
PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2022 Teman teman kita dari kaum Cina akan meraikan hari besar lagi bermakna yakni Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada hari esok tanggal 1 Februari Mengikut tradisi astrologi Cina tahun ini adalah tahun harimau yan...
Selamat Tahun Baru Cina 2022

Selamat Tahun Baru Cina 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 365 hits
Seluruh Keluarga DELIMA SKBB5 ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di Malaysia Jom kekalkan rasa saling hormat menghormati persefahaman dan perasaan kasih sayang dalam kalangan kita skbb5 ts25 ilovedelima
Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 225 hits
Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni Memang nampak sedap dan membuka selera Masak pula menggunaan udang bersaiz besar memang lagi puas hati Bagi anda ...
12 Tembakan Pembunuhan Malam Tahun Baru Cina Di Seberang Perai

12 Tembakan Pembunuhan Malam Tahun Baru Cina Di Seberang Perai

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 193 hits
SEBERANG PERAI Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan kira kira 12 kesan tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Baru Perai di sini malam tadi Mangsa berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan t...
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Menjelang Tahun Baru Cina

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Menjelang Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 252 hits
BERNAMA Orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing masing bermula Jumaat lepas Lebuh raya utama ke utara dan selatan tanah air terkawal menjelang perayaan Tahun Baru Cina esok Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama l...
Harimau 2022 Tahun Baru Cina

Harimau 2022 Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 268 hits
Selamat Hari Raya 2022 Harimau Makan besar di rumah mySIL Juadah kari kambing dan rendang ayam serta pulut kuning menjadi santapan mak rimau Auummm Memburu daging kambing tengah malam tadi Masak demi permintaan MakBudakSiap Rendang Ayam Kar...
5 Pusat Beli Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina

5 Pusat Beli Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 233 hits
Kunjungi 5 Pusat Beli Belah ini sempena Cuti Perayaan dan Pusing Selangor Dulu Dekorasi di Pusat Beli belah bukanlah sesuatu yang asing khususnya bila tiba musim perayaan Pusat Beli belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk me...
Hari Pertama Cuti Tahun Baru Cina

Hari Pertama Cuti Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina Untunglah orang Wilayah Persekutuan dapat cuti ganti kerana cuti bertindih Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan Sk pula mengambil cuti sehari sebelum dan sehari selepas melampa...
Sambutan Tahun Baru Cina Di Chinatown Dibatalkan

Sambutan Tahun Baru Cina Di Chinatown Dibatalkan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 233 hits
Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown Bangkok dibatalkan berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron Covid 19 lapor akhbar The Nation Thailand semalam Pengarah Pejabat Daerah Samphanthawong Athitaya Chokkitmanatchai mengumumkan keputusan ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco