Sarapan Di Soto Warisan Kak Eida
Assalamualaikum WBT
CUTI sekolah sudah bermula selama seminggu. Yang tak faham, time cuti sekolah ni la Pak Inche ajak jalan-jalan. Dalam pada orang gomen kecewa sebab tak dapat cuti ganti kerana cuti Maulid yang bertindih dengan cuti Hari Malaysia, pengurusan syarikat PI mengumumkan cuti ganti diberikan pada hari Selasa. Nahhhh Rokiah, berderet cuti dari ahad sampai Selasa, kalau dah macam gitu, faham-faham sajalah, terpaksa kita berkorban cuti juga.
Plan asalnya cuti panjang ni nak balik Kuala Ketil tapi Kak pulak tak ada. PI tetap jugak nak bercuti ke utara tapi Sk bantah, sebab tak sanggup nak hadap jammed. Nanti kalau jammed, PI mengantuk, nanti Sk jugak yang kena memandu. Kita pergi dekat-dekat ajelah kalau nak berjalan sangat tapi sebelum tu PI ajak sarapan di Restoran Soto Warisan Kak Eida di Taman Puteri, Kulai. Entah kat mana la dia tahu pasal kedai Kak Eida ni, hihi
Masuk-masuk nampak ramai yang makan roti canai. Sk pesan sekeping, PI sekeping. Sedap lembut sangat rotinya tapi dal dia sejuk
Makanan sampai hampir serentak, cepat jugak servis walaupun orang ramai
Iman makan Lontong. Tanya Iman, sedap tak, Iman angguk. Dia kalau angguk tu, memang sedap la, tapi kalau Iman jawab, biasa aje, maknanya taklah sedap sangat. Iman makan sehingga ke titisan terakhir dan tunjuk mangkuk yang dah kosong, memang sedap sangat ni
Sk keliru jugak sama ada nak makan Lontong atau Lontong Kering tapi rasanya lebih baik kita tengok macam mana pergi Soto dia dah namanya kedai Soto kan. Hurmm.. memang sedap, rempah sotonya sebati dan tidak berkeladak. Nasi impit lembut bukan guna yang segera. Memang sedaplah sotong, rasa asli bukan rasa sup kosong macam air hujan. Sambal kicap pun power
Makan banyak macam ni, baru RM25. Sedap dan murah, berbaloi-baloi
Restoran Soto Warisan Kak Eida
No 1694, Jalan Sri Putri 4/1, Taman Putri Kulai, 81000 Kulai, Johor
Buka jam 6 pagi hingga 2 petang. Tak pasti cuti hari apa, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/sarapan-di-soto-warisan-kak-eida.html