Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital


 Assalamualaikum WBT


SEJAK pertengahan bulan September dah dapat surat peringatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menggantikan meter lama kepada meter digital. Giliran rumah kami pada 2 Oktober 2025 tapi pada tarikh tersebut, PI lupa agar tidak kunci pagar rumah. Dapat notis untuk buat temujanji baharu. Uncle yang berjiran depan rumah Sk pulak datang, dia kata kontraktor pesan agar tidak kunci pagar supaya mereka boleh masuk untuk tukar meter. Boleh tukar bila-bila hari termasuk Sabtu dan Ahad.



Hari Sabtu, Sk cakap dengan PI, Sk nak beli sarapan (tapau) tapi tempat yang Sk tuju tu tutup. Macam tak reti pulak nak beli sarapan di gerai lain. Sk patah balik ke rumah, ajak PI keluar sarapan aje. Lepas tu, PI telefon kontraktor TNB beritahu, pagar tak kunci, boleh datang tukar meter. Kami ke Bandar Baru Uda, bersarapan di Kedai Nasi Lemak Hussain, sederet dengan pejabat PI tapi blok lain


Kedai NLH ni bukan baru. Mereka dah meniaga nasi lemak berpuluh tahun. Masa tu mereka meniaga di sebelah TNB Substation, Jalan Padi Satu. Tapi, Sk tak suka sangat sarapan dekat situ, ruangnya agak sempit, dalam kejiranan pulak. Jika bulan Ramadhan, mereka meniaga di tapak bazar Kompleks Uda. Sekarang dah ada kedai yang lebih selesa


Tapi, tu la, masa sampai tu kena tunggu nasi lemak lagi empat minit. Nasi lemak yang dimasak awalnya dah habis, jadi kena tunggu yang baru masak. Sk pulak, geram tengok mee goreng dalam tray tu. Padahal dah duduk tunggu nasi lemak Tapi asyiklah teringat-ingat. Tak boleh tahan Sk pun bangun ceduk mee goreng dalam pinggan. Nampak mihun tinggal sesenduk,  Sk pun ceduk sekali, senang kita habiskan jer, hehe. Letak sambal la baru sedap. NLH ni sambalnya lain sikit, manis-manis dia tu bukan sahaja sebab letak gula tapi dari hirisan-hirisan bawang dalam sambal. Ialah, sekarang kan isu terpaling tak letak gula dalam sambal, kan.. hahahah


PI yang kipas susah mati nasi lemak pun tak makan nasi lemak. Sk mulanya pelik, kenapa PI letak mihun goreng dalam mangkuk,  rupanya dia minta owner kedai tu tuangkan kuah sup. Letak telur rebus sebiji, perah limau kasturi, jadilah mihun kuah macam Mee Siam Singapore. 

Sampai rumah nampak kontraktor TNB tengah nak tukar meter rumah jiran kat blok bawah. Sampai rumah sendiri tengok meter dah siap tukar kepada digital. Kebaikan meter digital ni, ianya boleh pantau penggunaan elektrik kita. Bila-bila masa boleh check, jadi, agak-agak terpakai banyak tu, bolehlah dikurangkan. Entahlah, Sk ni memang tak memantau orangnya. Lagipun setakat ini bil elektrik rumah Sk tak pernah melebihi RM50 sebulan. Zaman jual kuih dulu pun paling-paling RM60+ kot. Ni tengoklah bil bulan depan berapa, bulan ni hari tu  dapat bil RM37 jer, harap bulan ni dia kekal la kurang dari patploh hinggit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/10/sarapan-di-kedai-nasi-lemak-hussain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 704 hits
Assalamualaikum WBT GARA GARA terpengaruh baca blog semalam pagi ni Sk dan PI bersarapan di Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee di Jalan Parit Mesjid Pontian Rumah Sk terletak di sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian jadi tak jauhlah sangat ka...
Sarapan Nasi Lemak Silver Fish

Sarapan Nasi Lemak Silver Fish

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum WBT BALIK dari bertugas konvokesyen semalam Sk terus masak nasi 2 1 2 pot Sengaja masak lebih cadangnya pagi ni nak buat nasi goreng untuk sarapan Nasi goreng yang lebih tu pulak boleh dilanjutkan untuk bawa bekal sarapan ke...
Sarapan Nasi Lemak Di Conventry Village

Sarapan Nasi Lemak Di Conventry Village

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum guyss Aritu kawan ai ingat ai pun ikut terbakar bila tengok ai upload pasal satu kes kebakaran di Morley Padahal yang terbakar tu pasar lain bukan Coventry Village ni ye puan puan nbsp Ada je lagi ni tersergam megah Untuk ma...
Bukan Nasi Lemak Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti Angau Malaysia

Bukan Nasi Lemak Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti Angau Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 248 hits
Bukan Nasi Lemak Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti Angau Malaysia Selain terkenal sebagai negara berbilang kaum tidak dinafikan Malaysia merupakan syurga buat pencinta pencinta makanan di luar sana Tak kira di mana sahaja bermula d...
Sarapan Lontong Darat Di Kedai Atok Legacy

Sarapan Lontong Darat Di Kedai Atok Legacy

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 151 hits
Ini dah kali ke empat kalau tak silap kak ana sarapan pagi di Kedai Atok Legacy di Kampung Melayu Rawang belakang pasaraya Giant di bandar Rawang tu Pertama kali tu maii berdua dengan suami pas tu kak ana bawa pula adik dengan adik ipar sek...
Should The Humble Nasi Lemak Be Served With Rm100 Alaskan King Crab

Should The Humble Nasi Lemak Be Served With Rm100 Alaskan King Crab

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 214 hits
WHEN Nasi Lemak is being mentioned we expect a cheap RM2 40 meal that is both delicious and unhealthy But Malaysians don t bat an eyelash over it because we have never been a very healthy nation anyway thanks to the delicious array of meals...
Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 828 hits
nbsp Boleh dikatakan tiap kali balik kampung halaman kak ana di Teluk Intan sekiranya kami bertolak awal pagi dari kediaman suami akan ajak singgah sarapan di Gerai Nasi Lemak Haji Din di Tanjung Malim nbsp Memang kesukaan kami sekeluarga m...
Farel Prayoga Lemak Manis Chord

Farel Prayoga Lemak Manis Chord

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 165 hits
Cm Lemak manis F Alah amboi amboi A Santan kelapa D Alah amboi amboi Adim Ku pandanglah manis D Gm Alah amboi amboi Anak siapa Gm F D D Gm Cm D D Gm Sopan santun Cm Anak melayu D Senyum terukir D Gm D Cm senyum terukir bila disapa D Gm Dala...
Masak Lemak Ikan Baung Menyambut Kepulangan Dania

Masak Lemak Ikan Baung Menyambut Kepulangan Dania

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikum Balik kerja semalam kan awal sampai rumah pukul 5 lebih cerah cuaca PZ terkejut eh apesal cepat balik katanya laaa dia x ingat la tu kita dah bagi tau kita training eh bukan sebut training training kang dia x faham kita caka...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Minyak Tak Meletup Dah 6 Bahan Rahsia Elak Minyak Merecik Ketika Goreng Ikan

Keropok Ikan Dari Masjid

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025