Saranan Najib Hantar Pulang Warga Asing Tak Vaksin Dibidas


Samuel ChuaPekerja warga asing beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin.PETALING JAYA: Sebuah kumpulan aktivis mendesak Putrajaya menolak saranan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menghantar pulang pekerja warga asing yang tidak divaksin.
Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das berkata, kerajaan seharusnya membersihkan sistem imigresen untuk memastikan pengurusan buruh asing yang lebih baik.
Bercakap kepada FMT, beliau mendakwa Najib tidak pernah mempunyai rancangan untuk menangani masalah pekerja tanpa dokumen ketika dia berkuasa dan jumlah mereka meningkat di bawah pemerintahannya.
“Kebiasaannya mereka di kambing hitamkan, menjadikan mereka penjenayah dan mencari strategi menghasilkan lebih banyak wang daripada kumpulan ini untuk kepentingan politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib baru-baru ini di Dewan Rakyat yang mengatakan pekerja warga asing perlu diberikan masa empat bulan untuk mendapatkan vaksin atau berdepan tindakan, termasuk dihantar pulang ke negara asal.
Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das.Najib turut mencadangkan hukuman penjara kepada mereka yang terus mengambil pekerja warga asing tidak divaksin selepas tempoh empat bulan.
Das berkata, jelas bahawa kerajaan harus membantu pekerja warga asing untuk mendapat vaksin, tetapi beliau berkata ancaman operasi dan serbuan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebabkan mereka takut untuk keluar.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengatakan mereka tidak ada masalah dengan warga asing yang ingin keluar mendapatkan vaksin.
“Kita tidak boleh mempunyai kementerian yang mempunyai perbezaan dalam mengeluarkan kenyataan atau membuat keputusan “ad hoc” untuk memenuhi agenda tertentu,” katanya.
Beliau mendesak kerajaan untuk menangani masalah eksploitasi pekerja secara sistemik, dan mengaitkan ia sebagai satu punca peningkatan jumlah pendatang tanpa izin di negara ini.
Katanya, pekerja warga asing sering tidak berdokumen akibat kelemahan dalam sistem pengurusan buruh migran.
Tambahnya lagi, keadaan seperti itu membolehkan majikan mengabaikan proses memperbaharui permit kerja atau membenarkan pegawai yang tidak beretika mengambil pekerja warga asing tanpa izin.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, cadangan Najib untuk memberi tempoh empat bulan adalah wajar.
Beliau berkata, majikan harus mempunyai keutamaan yang jelas untuk memastikan semua pekerja mereka diberikan vaksin, termasuk pekerja warga asing.
“Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, Seksyen 15 dan 17, meletakkan kewajiban kepada majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka,” katanya.
Tambah Shamsuddin, penting bagi kerajaan untuk meminimumkan perselisihan antara majikan dan pekerja dengan membuat garis panduan untuk menangani pekerja yang menolak untuk mendapat vaksin.
Sementara itu, Najib dalam catatan di Facebook berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menetapkan syarat bagi warga asing yang ingin bekerja di negara ini termasuk memastikan mereka lengkap divaksin.
“Aktivis yang kurang senang hati perlu faham bahawa Covid (Covid-19) tak pilih pekerja asing atau warga Malaysia untuk berjangkit. Selagi Covid menular dalam mana-mana komuniti, Malaysia juga tidak akan selamat.
Tambah beliau, aktivis perlu faham bahawa cadangan beliau adalah untuk menjaga keselamatan semua pihak iaitu pekerja warga asing, majikan dan masyarakat umum Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/saranan-najib-hantar-pulang-warga-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melampau Pekerja Kilang Warga Asing Pijak Jilat Roti Keras Sebelum Dibungkus

Melampau Pekerja Kilang Warga Asing Pijak Jilat Roti Keras Sebelum Dibungkus

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 408 hits
Tindakan melampau beberapa orang pekerja warga asing memijak dan menjilat roti keras semasa kerja kerja membungkus makanan itu di sebuah kilang tular di media sosial hari ini lapor Kosmo Menerusi rakaman berdurasi satu minit yang dikongsi d...
Warga Asing Miliki Kulit Kayu Tangar Dipenjara 3 Bulan

Warga Asing Miliki Kulit Kayu Tangar Dipenjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 394 hits
Suspek warga asing yang ditahan selepas menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar dipenjara 3 bulan KOTA KINABALU Seorang warga asing berumur 38 tahun dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan selepas memiliki kulit k...
Tldm Tahan 13 Pendatang Asing Dipercayai Warga Indonesia Di Perairan Teluk Ramunia

Tldm Tahan 13 Pendatang Asing Dipercayai Warga Indonesia Di Perairan Teluk Ramunia

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 169 hits
Tentera Laut Diraja Malaysia menahan sebuah bot bersama 13 pendatang tanpa izin dipercayai warganegara Indonesia kerana menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan di kira kira empat batu nautika selatan dari Teluk Ramunia Jo...
Muhyiddin Dan Wan Saiful Penipu Besar Peguam Najib Hantar Surat Tuntutan

Muhyiddin Dan Wan Saiful Penipu Besar Peguam Najib Hantar Surat Tuntutan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh Nurul Aisyah KESABARAN semua orang ada batasannya Begitu juga dengan Datuk Seri Najib Kamu boleh kritik dan kecam saya tetapi jangan fitnah saya lagi Sebab saya telah bosan dengan fitnah fitnah yang tak henti henti penggunaan propagand...
7 Warga Asing Didenda Guna Kad Pengenalan Palsu Dan Guna Ic Milik Orang Lain

7 Warga Asing Didenda Guna Kad Pengenalan Palsu Dan Guna Ic Milik Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 285 hits
Tujuh warga Indonesia dan Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain Foto BERNAMA SHAH ALAM Tujuh warga asing yang bekerja di sebuah kilan...
Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam Ops Pasar

Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam Ops Pasar

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 528 hits
KUANTAN Enam lelaki termasuk lima warga asing ditahan kerana berpakaian wanita dan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral sekitar bandar Kuantan di sini malam tadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Muhammed Rizal...
Lelaki Warga Asing Tidak Sempat Lari Maut Dihempap Kayu Balak Di Kg Kalabakan

Lelaki Warga Asing Tidak Sempat Lari Maut Dihempap Kayu Balak Di Kg Kalabakan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 239 hits
Mangsa yang dihempap kayu balak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan Foto media sosial Tidak sempat lari lelaki maut dihempap kayu balak KALABAKAN Seorang lelaki warga asing maut selepas di...
4 Warga Asing Cuba Masuk Perairan Tawau Berjaya Diusir

4 Warga Asing Cuba Masuk Perairan Tawau Berjaya Diusir

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 250 hits
PENERANGAN Anggota PPM memberi penerangan SOP COVID 19 sebelum mengusir bot tersebut TAWAU Empat warga asing cuba masuk perairan negara berjaya diusir keluar di laut Haji Kuning di sini kelmarin Dalam kejadian jam 6 50 pagi itu Pasukan Poli...
15 Ribu Vaksin Moderna Disiapkan Untuk Warga Kulon Progo Tenggat Vaksinasi 4 Minggu

15 Ribu Vaksin Moderna Disiapkan Untuk Warga Kulon Progo Tenggat Vaksinasi 4 Minggu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 166 hits
Kepala Dinas Kesehatan Kulonprogo Sri Budi Utami mengatakan bahwa vaksin Moderna ini telah mulai didistribusikan kepada masyarakat Vaksin Moderna ini bahkan sudah disuntikkan ke masyarakat sejak Sabtu kemarin di RSUD Wates
Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

The Upsides Of Saying Sorry

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Separuh Akhir Muzik Muzik 39

Helter Skelter Memori Mardiana Chord

Caffeine Aku Takkan Memiliki Chord

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm

Senyum Itu Satu Sedekah Senyum Itu Serlahkan Keperibadian

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn