Sanusi Tsunami Hijau Pn Akan Terus Melanda Kerana Mulut Besar Rafizi


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 15, 2023 9:06 PM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran bahawa satu lagi "tsunami hijau" akan melanda negara semasa enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, dan ia sebahagian besarnya adalah kerana “mulut besar” Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli

Dia berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Rafizi bahawa lonjakan sokongan kepada PN semasa pilihan raya umum (PRU) ke-15 adalah disebabkan retorik perkauman dan politik wang.

Rafizi mendakwa dalam dialog dengan ahli PKR Pulau Pinang dan Kedah malam tadi, bahawa ia telah membawa kepada perubahan 70 hingga 80 peratus dalam pengundi Melayu di Kedah.

"PN mencetuskan ekstremisme perkauman untuk menyebabkan peralihan yang begitu besar. Ini lebih membimbangkan saya.

"Corak pengundian Melayu dahulunya seimbang. Sebelum ini, marginnya sempit. Buat pertama kali, ia seluas ini. Kita perlu atasi trend berbahaya ini.

“Kita tiada ‘peluru perak’ atau pil ajaib untuk capai kemenangan. Segelintir antara kita terpaksa akui, ia berpunca daripada kelemahan kita,” katanya seperti dipetik FMT.

Rafizi, yang juga menteri ekonomi, turut menolak bahawa kelebihan PN adalah disebabkan kempen berkesan di Tiktok.

“(Mereka menang kerana) faktor wang, bukan TikTok. Di kampung halaman saya di Terengganu, saya dengar cerita orang minta duit mana sahaja mereka pergi. Kenduri juga dibuat di mana-mana. Ini faktor-faktor yang mempengaruhi kemenangan PN,” katanya.

Bagaimanapun, Rafizi berkata kempen berasaskan wang tidak mampan, dan dia menjangkakan PAS akan mula mengutip derma semula.

Menjawab dakwaan itu, Sanusi hari ini menuduh Rafizi menghina pengundi dengan menganggap mereka "tidak bijak" dan naif.

Pengarah pilihan raya PAS itu menafikan tanggapan bahawa pengundi yang menolak Pakatan Harapan (PH) dan BN terpengaruh dengan wang atau makan malam mewah.

Dia menambah bahawa PAS tidak mempunyai hartawan menaja mereka sehingga mereka mampu menaiki helikopter seperti calon presiden AS, sindiran yang disasarkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang pernah menggunakan helikopter semasa tempoh kempen PRU.

Sanusi turut membidas Rafizi kerana menjadi rakan kongsi "raja politik wang" merujuk kepada kerjasama PH dan BN membentuk kerajaan bersama.

Sanusi kemudian memberi amaran bahawa Rafizi - serta kegagalan kerajaan menguruskan kos barangan seperti petrol, telur, dan ayam, mungkin akan mencetuskan "tsunami hijau" yang lebih besar.

“Tsunami hijau orang Melayu pada PRU-15 akan terus membesar sehari demi sehari setiap kali Rafizi membuka mulut besar beliau.

"Orang ramai sudah tahu prestasi sebenar beliau di sebalik ucapan-ucapan kempen PRU-15 yang kini memakan diri sendiri. Saya sebetulnya sangat berharap dia terus bercakap seperti itu.

"Kalau dia rasa dia sangat bijak, dia juga perlu sedar orang lain juga tidak bodoh," katanya.

"Tsunami hijau" menyaksikan gabungan PN yang dianggotai PAS memperoleh kemenangan besar di seluruh semenanjung, terutamanya di utara dan timur.

PN memenangi semua kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu, dan Perlis. PN juga menguasai 14 daripada 15 kerusi parlimen Kedah.

Kedah, Kelantan, dan Terengganu adalah antara enam negeri yang masih belum mengadakan PRN. Tiga negeri lain ialah Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/sanusi-tsunami-hijau-pn-akan-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Hanya Beri Formula Sampah Tsunami Hijau Terus Membesar

Rafizi Hanya Beri Formula Sampah Tsunami Hijau Terus Membesar

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 168 hits
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan Menteri Ekonomi kerajaan PH UMNO Rafizi Ramli bahawa jika dia merasakan sangat bijak jangan pula dianggap orang l...
Next Green Tsunami Will Be Rafizi S Fault Sanusi Warns After Pn Racism Charge

Next Green Tsunami Will Be Rafizi S Fault Sanusi Warns After Pn Racism Charge

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 591 hits
Kedah Perikatan Nasional chief Muhammad Sanusi Md Nor has warned that another green tsunami will hit the nation during the upcoming six state elections and that it would mainly be PKR deputy president Rafizi Ramli s fault He said this in re...
Penyu Hijau Berukuran Besar Mati Di Tumpukan Sampah Plastik Pantai Kedonganan Bali

Penyu Hijau Berukuran Besar Mati Di Tumpukan Sampah Plastik Pantai Kedonganan Bali

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 174 hits
Penyu hijau berukuran besar ditemukan mati di Pantai Kedonganan Kecamatan Kuta Kabupaten Badung Bali Kamis Bangkai satwa yang terancam punah ini berada di tumpukan sampah plastik yang berserakan
Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 215 hits
agendaily com10 01 2023Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis dialog bersama ahli Gerakan di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang malam tadi Gambar FB Datuk Wan Saiful Wan JanPeri...
Di Banding Daerah Lain Ntt Masih Zona Hijau Penyakit Mulut Dan Kuku

Di Banding Daerah Lain Ntt Masih Zona Hijau Penyakit Mulut Dan Kuku

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 142 hits
Hingga tahun awal tahun 2023 Nusa Tenggara Timur masih menjadi daerah dengan status zona hijau penyakit mulut dan kuku Penyakit ini disebabkan virus yang dapat ditularkan oleh hewan rentan berkuku seperti sapi babi domba kambing dan kerbau
Ph Boleh Menang 45 Kerusi Di Selangor Gelombang Hijau Sekadar Kocak Air Dalam Cawan Rafizi

Ph Boleh Menang 45 Kerusi Di Selangor Gelombang Hijau Sekadar Kocak Air Dalam Cawan Rafizi

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 143 hits
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan mampu menang sekurang kurangnya 45 kerusi dewan undangan negeri di Selangor sekiranya jentera berkerja keras pada pilihan raya negeri akan datang Melihat ia sebagai sasaran yan...
Wow Sanusi Warning Rafizi

Wow Sanusi Warning Rafizi

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 243 hits
Jaga mulut atau tsunami hijau terus membesar Sanusi beritahu RafiziPredeep NambiarALOR SETAR Tsunami hijau PAS akan terus membesar jika Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berterusan menuduh pemimpin Perikatan Nasional dengan dakwaan tidak b...
Viral Klub Motor Besar Minta Akses Masuk Jalan Tol Gimana Aturan Yang Sebenarnya

Viral Klub Motor Besar Minta Akses Masuk Jalan Tol Gimana Aturan Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 181 hits
Presiden klub moge tersebut punya sederet alasan kenapa meminta dibukakan akses jalan tol Salah satunya pengendara moge udah bayar pajak mahal
Abby Abadi Cuma Masih Ger4m Kat Norman Hakim Meriah Sambut Birthday Bersama Keluarga Besar

Abby Abadi Cuma Masih Ger4m Kat Norman Hakim Meriah Sambut Birthday Bersama Keluarga Besar

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 233 hits
TIDAK pernah menyimpan dend4m terhadap bekas suami iaitu Norman Hakim pelakon Abby Abadi berkata dia masih menjalinkan hubungan baik dengan aktor itu demi anak anak mereka Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan 45 berkata dia dan No...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul