Ph Boleh Menang 45 Kerusi Di Selangor Gelombang Hijau Sekadar Kocak Air Dalam Cawan Rafizi


 
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan (PH) mampu menang sekurang-kurangnya 45 kerusi dewan undangan negeri di Selangor sekiranya jentera berkerja keras, pada pilihan raya negeri akan datang.
Melihat ia sebagai sasaran yang realistik, Rafizi berkata ia kerana faktor pengundi yang disifatkan sebagai “celik ekonomi.”
Rafizi turut menjangkakan bahawa PH kemungkinan akan hilang tujuh hingga lapan kerusi daripada 51 kerusi yang dimenangi pada PRU ke-14, iaitu ketika Bersatu juga merupakan sebahagian daripada PH.
Namun, menurut Rafizi, jumlah itu juga bergantung kepada prestasi kerajaan persekutuan sepanjang kira-kira empat bulan ini dan peralihan pengundi Umno kepada PH selepas menubuhkan kerajaan persekutuan bersama.
“Setakat ni kalau kita tengok kepada beberapa kaji selidik yang berasingan menunjukkan bahawa pengundi PH yang menerima dengan baik gabungan ini
“Jadi hypothetically, sepatutnya untuk mengekalkan 40 kerusi tu agak mudah kerana tanda-tandanya paling menyokong dan menerima realiti kerajaan perpaduan ini, adalah penyokong PH terutamanya penyokong di kawasan bandar dan separuh bandar, yang faham tentang keperluan dan dasar nak dibuat.
“Di Selangor, risiko yang kita belum tahu lagi maksudnya ketidaktentuan berapa banyak undi Umno yang boleh dipindahkan kepada PH, not so much(tidak begiru banyak) berapa banyak pengundi PH itu akan menyokong PH ataupun PH-BN,” katanya dalam sidang media selepas berucap di Konvensyen PKR untuk PRN Selangor di IDCC, Shah Alam, Selangor hari ini.
Katanya, meskipun tugas untuk menjelaskan kepada akar umbi Umno agak rumit, tetapi ia akan tidak mustahil walaupun memakan masa.
Pada masa sama, Rafizi yang juga menteri ekonomi meminta supaya perwakilan di Selangor tidak bimbang dengan “gelombang hijau” dari Perikatan Nasional bagi berdepan PRN, susulan keputusan pada PRU15 lalu.
Ini kerana menurutnya, negeri itu akan dapat dipertahankan pada PRN akan datang sekiranya parti itu kekal mengamalkan pendekatan yang sama dengan rakyat sewaktu menjadi pembangkang, meskipun telah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.
“Tahun 2018 masa PAS dan Umno cukup yakin boleh rampas Selangor, kita (PH) menang besar… sebab itu gelombang yang PAS rasa sedang mereka bawa di Selangor ini bagi saya macam kocak air dalam cawan kecil,” katanya.
Rafizi sebaliknya memberi jaminan bahawa gelombang PAS atau dikatakan gelombang hijau itu akan surut berdasarkan prestasi yang akan ditonjolkan oleh kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab menjaga soal ekonomi negara dan rakyat.
“PN nak enjoy sangat biarlah, biarlah dua tiga bulan ini… Pandangan saya kita akan pertahankan Selangor dengan selesa, selepas ini Insya-Allah kita kejutkan orang ramai terutama geng PAS yang seronok sekarang ini.
“Dengan PAS ni kita tahu perangai dia, kalau kita lihat PAS di media sosial ini tahap keyakinan mereka ini tinggi, macam dia kalahkan Perancis main bola, kekuatan dan kemahiran tidak seberapa di media sosial tetapi dia macam hendak ambil alih Malaysia,” katanya dalam ucapannya di hadapan ratusan perwakilan PKR Selangor.
Katanya, selepas menampuk kuasa di Selangor selama empat penggal, PH telah kenal dengan citarasa pengundi di negeri itu yang tidak sukakan pemimpin yang terlalu banyak protokol dan bergantung kepada kekuatan kerajaan ketika berkempen.
“Kita selalu dilihat sebagai parti yang dekat dengan rakyat. Kalau kita kekalkan, kita bukan saja pertahankan Selangor, tapi boleh menang bergaya daripada yang disangkakan,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/ph-boleh-menang-45-kerusi-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Bn Boleh Menang 53 Kerusi Dun Dalam Prn Selangor

Ph Bn Boleh Menang 53 Kerusi Dun Dalam Prn Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 206 hits
MALAYSIADATELINE Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berpotensi untuk menawan kira kira 53 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri jika kedua duanya bergabung dalam Pilihan Raya Negeri Selangor akan datang Timbalan Presiden PKR Rafizi Ram...
Prn Selangor Rafizi Ramal Ph Mampu Menang 45 Kerusi Hilang 8 Kerusi

Prn Selangor Rafizi Ramal Ph Mampu Menang 45 Kerusi Hilang 8 Kerusi

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 148 hits
Yasmin RamlanTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan mampu menang sekurang kurangnya 45 kerusi dewan undangan negeri di Selangor sekiranya jentera berkerja keras pada pilihan raya negeri akan datang Melihat ia sebaga...
Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 229 hits
agendaily com10 01 2023Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis dialog bersama ahli Gerakan di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang malam tadi Gambar FB Datuk Wan Saiful Wan JanPeri...
Menang Lucky Draw Mechamato X Gsc Air Selangor Event Di Putrajaya

Menang Lucky Draw Mechamato X Gsc Air Selangor Event Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 1322 hits
MENANG LUCKY DRAW MECHAMATO X GSC AIR SELANGOR EVENT DI PUTRAJAYA Sehari sebelum event larian Mechamato X Air Selangor dan GSC Mummy bawa anak anak ke IOI City Mall Putrajaya untuk melihat kawasan larian dan tempat parking Ye lah mummy buka...
Si B Doh Mentaliti Low Class Baling Cawan Berisi Sos Dan Air Dalam Stadium Penyokong Bola Malaysia Tiada Adab

Si B Doh Mentaliti Low Class Baling Cawan Berisi Sos Dan Air Dalam Stadium Penyokong Bola Malaysia Tiada Adab

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 241 hits
Kehangatan separuh akhir menentang pasukan Thailand bagi Piala AFF nampaknya telah mengundang kekecewaan buat penyokong bola sepak tempatan berikutan kekalahan pasukan Malaysia dengan jaringan gol sebanyak 3 0 oleh pasukan itu pada malam se...
Bila Anak Main Air Boleh Belajar Macam Macam Bawa Mereka Ke Sunway Lost World Of Tambun

Bila Anak Main Air Boleh Belajar Macam Macam Bawa Mereka Ke Sunway Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 246 hits
Anak anak yang sedang membesar akan belajar dari pelbagai sudut Tidak suka dipaksa mereka lebih gemar belajar dengan cara yang menyeronokkan Biarpun belajar sambil bermain ia sebenarnya sangat membantu untuk anak lebih mudah fokus dan memah...
Boleh Ker Ph Dapat 1 Kerusi Dun Di Kelantan Terengganu

Boleh Ker Ph Dapat 1 Kerusi Dun Di Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 320 hits
SAIFUDDIN Nasution memberitahu media bahawa PH bertekad menghantar suara pembangkang yang kuat jika tidak menang dalam Pilihan Raya Negeri di Kelantan dan Terengganu Pakatan Harapan bertekad mahu menghantar suara pembangkang yang kuat di du...
Air Selangor Janji Pulihkan Bekalan Air 9 Malam Esok

Air Selangor Janji Pulihkan Bekalan Air 9 Malam Esok

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 143 hits
BEKALAN air di 83 kawasan terjejas di Gombak Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam esok Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan ker
Sunscreen Terbaik Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air Hansaegee Nature

Sunscreen Terbaik Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 1313 hits
Salam halo semua Yup nak bagitahu ni sis maintain pakai Dah masuk 4 bulan lebih dah ni pakai Sunscreen Alhamdulillah masih kuat semangat untuk pastikan kulit sis terjamin dari sinaran matahari yang akan merosakkan muka Yerla nak cecantik ke...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord