Sanggup Tahan Bau Busuk Berperang Dengan Nyamuk Hutan


Oleh Syaherah Mustafa   Nur Amalin Syaffah gigih menoreh getah untuk mengumpulkan wang persediaan memasuki universiti. - NSTP/SYAHERAH MUSTAFARANTAU PANJANG: "Biarlah saya berdepan bau busuk getah sekerap, 'berperang' dengan nyamuk hutan dan menghabiskan masa sibuk bekerja, demi mencapai cita-cita ke universiti."
Nur Amalin Syaffah Saman, 19, tidak menghiraukan jerih payah terpaksa ditempuhi dalam usaha mengumpulkan wang persediaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Gadis gigih itu sanggup meredah laluan berlecak dan berbukit dengan menunggang motosikal serba daif untuk ke kebun getah yang mengambil masa perjalanan kira-kira 30 minit dari rumahnya di Kampung Bukit Tandak, di sini.
Bagi Nur Amalin Syaffah, segala cabaran diharungi termasuk pernah luka di tangan akibat terkena pisau menoreh getah, tidak melunturkan semangatnya untuk membantu meringankan beban bapa, Saman Mohd Din, 40, dan ibu, Azilina Zakaria, 35.
"Setiap hari, saya ke kebun untuk menoreh getah bermula dari jam 7 hingga 11 pagi, dan sambung semula pada jam 4.30 hingga 5.30 petang. Masa saya seharian lebih banyak dihabiskan di kebun untuk membantu ibu dan ayah.
"Saya perlu menyediakan yuran pendaftaran memasuki universiti sebanyak RM2,000. Walaupun agak mustahil untuk saya dapat mengumpulkan wang sebanyak itu, sekurang-kurangnya saya berusaha.
"Pada awalnya, saya mahu melupakan saja hasrat untuk menyambung pelajaran kerana sedar berasal daripada keluarga tidak berkemampuan.
"Namun selepas dinasihatkan ayah, saya bersemangat untuk meneruskan pengajian demi mengubah nasib kepada kehidupan lebih baik," katanya.
Sebelum ini, anak sulung daripada lima beradik itu berjaya menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dengan mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.71.
Nur Amalin Syaffah mengaku sudah biasa hidup susah, malah rumah mereka tiada dilengkapi tenaga elektrik sendiri, sebaliknya menumpang bekalan elektrik dari rumah saudara.
Sepanjang tempoh setahun belajar di KMKt pula, beliau hanya menggunakan telefon bimbit dan tidak memiliki komputer riba, justeru terpaksa meminjam gajet itu daripada rakan untuk menyiapkan tugasan pengajian.

"Alhamdulillah, saya memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayah. Saya berharap dapat mengekalkan kecemerlangan ini di UniSZA nanti.
"Jika tercapai hasrat menyambung pelajaran, saya berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapat keputusan cemerlang setiap semester, sekali gus mendapat kerjaya idaman kelak bagi membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.
Semalam, mereka sekeluarga dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan kewangan, selain berjanji untuk membantu Nur Amalin Syaffah ke menara gading.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/sanggup-tahan-bau-busuk-berperang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Setuju Wartakan Tambahan 780 94 Hektar Lagi Hutan Tadahan Air Baharu

Kerajaan Pahang Setuju Wartakan Tambahan 780 94 Hektar Lagi Hutan Tadahan Air Baharu

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 290 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersetuju mewartakan tambahan 780 94 hektar kawasan di Hutan Simpan Kekal Berkelah Maran dan HSK Lepar di sini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kerajaan Neger...
Inilah 6 Sebab Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain

Inilah 6 Sebab Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 299 hits
Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk Kadang kala bila kita berada di kawasan banyak nyamuk anda sering menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain Sedia maklum gigitan nyamuk ini adakalanya sangat gatal dan boleh ...
Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung Berseorangan Dalam Hutan

Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung Berseorangan Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 374 hits
Seorang wanita menceritakan detik detik cemas apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki dan dipercayai berlaku semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Perkara itu dikongsikannya di aplikasi TikTok bernama masturina...
Batu Purba Seakan Paus Berenang Di Hutan Tarikan Misteri Thailand

Batu Purba Seakan Paus Berenang Di Hutan Tarikan Misteri Thailand

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 474 hits
Batu purba seakan paus berenang di hutan tarikan misteri Thailand Thailand atau turut dikenali sebagai negara Gajah Putih memang cukup tersohor dengan destinasi pelancongannya yang indah serta unik Bagi yang pernah ke pulau Koh Samui misaln...
5 Pilihan Wisata Alam Nan Asri Di Tawangmangu Jawa Tengah Mulai Dari Bukit Hingga Hutan Semua Ada

5 Pilihan Wisata Alam Nan Asri Di Tawangmangu Jawa Tengah Mulai Dari Bukit Hingga Hutan Semua Ada

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 410 hits
Wisata alam di Tawangmangu banyak pilihan mulai dari bukit air terjun hingga hutan semua ada
Hutan Shah Alam Nyahwarta Era Bn Pemaju Ada Hak Milik

Hutan Shah Alam Nyahwarta Era Bn Pemaju Ada Hak Milik

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 444 hits
Penyahwartaan kawasan Rimba Komuniti Shah Alam yang bukan lagi sebahagian daripada Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah telah dilakukan pada era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional Menurut Exco Pelancongan Alam Sekitar Teknologi Hijau dan H...
Hai Dulu Sakan Nak Berperang Oktoberfest Sekarang Maciam Mana

Hai Dulu Sakan Nak Berperang Oktoberfest Sekarang Maciam Mana

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 341 hits
BOB KELANANGDULU Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini menjelaskan bahawa parti itu menentang penganjuran pesta arak Oktoberfest kerana ia diadakan secara terbuka di tempat awam dan tidak ada jaminan bahawa umat Islam tidak a...
Mahiaddin Najib Berperang Isu Perabot Seri Perdana

Mahiaddin Najib Berperang Isu Perabot Seri Perdana

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 301 hits
FAZLI RADZIBekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mendakwa Najib Razak telah membawa keluar beberapa perabot dan chandelier dari Seri Perdana Mahiaddin berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tersebut pada sidang media sele...
Eksplor Pulau Sumatra Aldhy Rais Uji Daya Tahan Pelek Hsr Wheel

Eksplor Pulau Sumatra Aldhy Rais Uji Daya Tahan Pelek Hsr Wheel

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 310 hits
Setelah melakukan road trip 13 kota di Pulau Jawa pada Maret lalu kini Aldhy Rais menjelajah bagian barat Indonesia Pulau Sumatra Perjalanan ini untuk mengetes pelek HSR Wheel dari sisi ketahanan dan durabilitas di medan jalan aspal mulus h...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest