Hutan Shah Alam Nyahwarta Era Bn Pemaju Ada Hak Milik



Penyahwartaan kawasan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) yang bukan lagi sebahagian daripada Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah telah dilakukan pada era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan kerana pihak pemaju telah pun diberi hak milik tanah oleh kerajaan yang lalu.
Sebaliknya, menurut beliau NGO yang menyalahkan kerajaan Selangor kerana meluluskan pembangunan di kawasan itu seharusnya mengecam kerajaan BN di atas penyahwartaan tersebut.
“Ada pihak menuduh Kerajaan Negeri Selangor membangunkan hutan Shah Alam di Seksyen U10. Ini tidak benar. Apa yang beraku pada kawasan U10 Shah Alam itu merupakan masalah kerajaan terdahulu di bawah Menteri Besar BN. Kawasan itu telah dinyahwartakan pada 2006. Kita (Pakatan Rakyat) ambil alih 2008. Pada masa itu (era BN) tak ada pendengaran awam, sesi libat urus dengan penduduk (maka penyahwartaan tidak diketahui).
“Kalau kerajaan pada masa itu tidak nyahwartakan (SACF) kenapa tanah itu diberi hak milik kepada syarikat? Ada hak milik. Ada Borang 5A. Kalau tidak ada (nyahwarta), mengapa Borang 5A dikeluarkan oleh kerajaan dulu. Mengapa salahkan kerajaan Selangor sekarang?
“Kerajaan sekarang menjalankan tugas dari segi undang-undang sedia ada. Saya harap NGO yang menuduh negeri Selangor sepatutnya menuduh kerajaan terdahulu, bukan kita,” katanya dalam ucapan perasmian majlis penanaman pokok PRO 500 Trees Sentosa, di perkarangan Pusat Khidmat DUN Sentosa, pagi tadi.
Menurut Hee lagi, kerajaan Selangor tiada pilihan selain meluluskan pembangunan di kawasan Rimba Komuniti Shah Alam itu kerana pihak pemaju boleh menyaman Kerajaan Negeri sekiranya permohonan ditolak.
Mengenai kekeliruan mengapakah penyahwartaan tersebut tidak disiarkan, kata Hee, hal itu bukan lagi persoalan kerana pihak pemaju telah pun mempunyai hak milik.
“Penyahwartaan hutan telah selesai dan hak milik telah dikeluarkan. Sekarang timbul isu sama ada pewartaan itu disiarkan atau tidak? Kalau tidak dinyahwarta mengapa hak milik dikeluarkan? Kenapa kerajaan dulu benarkan tanah diberi hak milik?
“Dari segi undang-undang (pembangunan) tak boleh sekat. Kalau sekat pemaju akan saman kita, bawa kes ke mahkamah dan kita akan kalah, dan kemungkinan besar akan bayar ganti rugi. Ini perkara yang tidak adil untuk kerajaan Selangor hari ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Rimba Komuniti Shah Alam seluas 1,114 ekar di kelilingi perumahan Setia Alam, Alam Budiman, Bandar NusaRhu dan Bukit Bandaraya housing developments.
Baru-baru ini, Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam aktif berkempen agar hutan berkenaan tidak dibangunkan dan dijadikan hutan simpan kekal berikutan berlaku kerja-kerja tanah di kawasan berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33159

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shah Alam Community Forest Not On Forest Reserve Land Exco

Shah Alam Community Forest Not On Forest Reserve Land Exco

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 340 hits
The land where the Shah Alam Community Forest stands is no longer permanent forest reserve land said Selangor executive councillor Hee Loy Sian The tourism environment green technology and orang asal affairs exco clarified this after conduc...
Group Disputes Selangor Exco S Claim Shah Alam Community Forest Was Degazetted

Group Disputes Selangor Exco S Claim Shah Alam Community Forest Was Degazetted

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 299 hits
The Shah Alam Community Forest Society has disputed the Selangor government s claim that the Shah Alam Community Forest where earthworks are taking place had been de gazetted and is no longer part of the Bukit Cherakah Forest Reserve This w...
Shah Alam Umno S Wan Indra Putra Dies Of Heart Complications

Shah Alam Umno S Wan Indra Putra Dies Of Heart Complications

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 256 hits
Wan Indra Putra Ahmad is survived by his wife Hawa Omar 63 and daughter Wan Natasha Farhana 17 SHAH ALAM Shah Alam Umno division vice chief Wan Indra Putra Ahmad died at his home near here at about 5 30am today due to heart complications he...
Ngo Dedah Ada Kemusnahan Alam Di Tebing Hutan Simpan Lentang

Ngo Dedah Ada Kemusnahan Alam Di Tebing Hutan Simpan Lentang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 219 hits
BENTONG Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia mendedahkan kemungkinan bencana tanah runtuh di Lentang yang menjadi laluan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak akan berulang kembali Presiden PEKA Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil pada satu k...
Banjir Kilat Melanda Shah Alam

Banjir Kilat Melanda Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 345 hits
Banjir kilat melanda Shah Alam Beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang ditenggelami air setinggi 1 2m Jalan Persiara...
5 Pilihan Wisata Alam Nan Asri Di Tawangmangu Jawa Tengah Mulai Dari Bukit Hingga Hutan Semua Ada

5 Pilihan Wisata Alam Nan Asri Di Tawangmangu Jawa Tengah Mulai Dari Bukit Hingga Hutan Semua Ada

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 248 hits
Wisata alam di Tawangmangu banyak pilihan mulai dari bukit air terjun hingga hutan semua ada
Parlimen Terus Panas Tiada Tolak Ansur Dari Ph Demi Menyuarakan Hak Rakyat

Parlimen Terus Panas Tiada Tolak Ansur Dari Ph Demi Menyuarakan Hak Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 199 hits
Syabas PH Meskipun MOU telah ditandatangani oleh PH dengan kerajaan namun semenjak bermulanya persidangan Parlimen minggu lepas sehingga hari ini MP MP dari PH terus lantang mengkritik kerajaan termasuk dari Ketua Pembangkang Pagi ini mente...
Hak Sarawak Dalam Perlembagaan Malaysia Wajar Dipinda Abdul Karim

Hak Sarawak Dalam Perlembagaan Malaysia Wajar Dipinda Abdul Karim

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 156 hits
ABDUL Karim Rahman Hamzah bercakap kepada media selepas menghadiri Dialog Seni Perdana di Kuchong hari ini Menteri Sarawak menyokong cadangan untuk mengemas kini definisi pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan KUCHING Perlembagaan Malaysia ...
Sukses Diet Dan Dapat Hadiah Rp500 Juta Ivan Gunawan Akan Bangun Masjid Ini Uang Milik Masyarakat

Sukses Diet Dan Dapat Hadiah Rp500 Juta Ivan Gunawan Akan Bangun Masjid Ini Uang Milik Masyarakat

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 233 hits
Tantangan Deddy berhasil diwujudkan Igun ceritakan masjid impian yang ingin ia bangun mulai dari fasiltas untuk penghafal Al Quran hingga desainnya
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur