Batu Purba Seakan Paus Berenang Di Hutan Tarikan Misteri Thailand
Batu purba seakan paus berenang di hutan, tarikan misteri Thailand
Thailand atau turut dikenali sebagai negara Gajah Putih memang cukup tersohor dengan destinasi pelancongannya yang indah serta unik.
Bagi yang pernah ke pulau Koh Samui misalnya, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk ke Pantai Lamai bagi menyaksikan sendiri keunikan yang sedikit nakal, iaitu formasi batuan yang dikenali sebagai Hin Yai dan Hin Ta (Batu Datuk dan Nenek).
Selain formasi Hin Yai dan Hin Ta, terdapat satu lagi misteri yang jarang kali dikongsi terletak di atas Gunung Hin Sam Wan di sekitar Phu Sing, Buengkan Thailand.
Jika berpeluang ke sini, anda pasti teruja dengan pemandangan unik tiga ekor ikan paus yang seolah sedang berenang beriringan di tengah hutan.
Terbentuk daripada formasi batuan purba 75 juta tahun lalu, ia terdiri daripada tebing setinggi puluhan meter yang curam yang membolehkan anda menikmati pemandangan sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wa.
Berikutan bentuknya yang unik itu, formasi tersebut digelar ‘Three Whale Rock’ dan kini menjadi antara khazanah alam yang dilindungi kerajaan Thailand.
Bagi peminat aktiviti lasak seperti hiking, jungle trekking dan berbasikal, berita baik untuk anda adalah Three Whale Rock boleh didaki. Terdapat denai yang luas serta bersih bagi memudahkan pendakian pengunjung ke batuan raksasa itu.
Lazimnya, mereka yang memilih untuk ke Three Whale Rock akan menghabiskan masa seharian menikmati keindahan alam semula jadi dan persekitarannya. Malah, pengunjung juga boleh memilih sembilan laluan berbeza untuk memulakan pendakian.
Sambil menikmati keindahan fauna dan floranya, apa kata luangkan masa seketika sambil menanti terbenamnya matahari.
Apa yang berbeza, pengunjung seolah menyaksikan terbenamnya matahari dari belakang seekor paus gergasi. Kembara yang pastinya cukup menakjubkan. FMT
Batu purba seakan paus berenang di hutan, tarikan misteri Thailand
Baca Artikel Menarik :
Air mata Loca B berderai anak tak diiktiraf warganegara
Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO]
Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina
Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib
Najib jawab pengkritik yang mengatakan Ahmad Maslan bersalah kerana bayar kompaun
Bersalin Ketika Hari Pertama Kembali Bersekolah, Gadis 15 tahun Ini Tak Sedar Dirinya Hamil [VIDEO]
Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan
Resepi Telur Goreng Cripsy Viral
Siasatan dapati pembantu rumah dirogol oleh Paul Yong
Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)
https://mykmu.net/2021/09/28/mat-sabu-tegur-anwar-hina-kerajaan-disokong-ulama-sekali-azalina-mencelah/
Layari Laman Facebook MYKMU
Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat
The post Batu purba seakan paus berenang di hutan, tarikan misteri Thailand appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/29/batu-purba-seakan-paus-berenang-di-hutan-tarikan-misteri-thailand/