Sambutan Kemerdekaan Ke 62 Tahun Dorsett Hotel Putrajaya


Assalamualaikum...


Pertama kali tengok perbarisan dengan anak², 3 tahun lepas, sambutan yang ke-59 tahun. Masa tu buat kat dataran Merdeka, KL. Zafran baby lagi masa tu. Sejak dari tu rasa seronok and berkobar² tau nak tengok perbarisan lagi dan lagi. Tapi sambutan yang ke-60 tak pergi kot. Laki aku malas. kahkah

Tahun lepas, sambutan yang ke-61, buat kat Putrajaya. Laki aku yang ajak pi. Kena rasuk roh patriotik kot? bahahaha~ Takde pulak update entry heh! Takpe lah cerita kat sini je. Keluar rumah pukul 7am, sampai Putrajaya dalam 7.30am gitu. Parking tak se-susah dataran KL. Yelahh building office je kat sini, park mana² pun takpe. Tak risau block laluan orang ke, kereta orang ke. Bawak kereta Axia hah lagi senang nyelit celah² tiang. hahaha~

Tapi, nak balik tu ya ampun jem melekattt. Ada la 30 minit melanguk dalam kereta sebab tak boleh gerak pergi mana². Kiri kanan, depan, belakang semua lah jem! Dah la memasing lapar sebab tak jumpa pulak orang menjual² makanan. Sian anak² aku. Adik baby tinggal rumah mak aku jaga sebab baru 4 bulan umur dia takmo la bawak dia tempat sesak² gitu


Then, aku nampak Dorsett hotel. Terus cakap kat laki, "next year kita duk Dorsett je lah. Senang jalan kaki je pergi dataran. Takyah fikir nak cari parking, nak bersesak² balik. Releks sikit."

And you know what


Laki aku ingattttt pesanan aku! wahahaha~ Ai is amazed! Sebulan sebelum merdeka dia dah siap booking Dorsett Hotel, Putrajaya. Booked lambat² kang penuh oi


 Hari kejadian. Ikutkan laki suruh half day sebab nak check-in awal. Aku malas la nak bazirkan cuti aku, so aku balik kerja awal dalam pukul 3pm gitu. Kalau balik awal takpeee, bos tak marah, tak tolak cuti.

Lepas Jumaat laki pergi check in dulu, then dia balik rumah tunggu aku balik kerja. Tak paham aku kenapa nak check-in awal sangat. Rupanya dia nak request bilik high level. View lawa kalau bilik tinggi katanya. huk alohh~ Aku follow ajee walaupun takde beza pun aku rasa bilik memana pun.

Anak² aku paling happy. Bebudak kalau cakap nak tidur hotel memang happy sokmo. Tambah hotel tu ada swimming pool. Dia punya happy tu, kau suruh dia buat kerja apa pun dia akan buat tanpa bantahan! hahahaha~

Seperti yang dijangka, memang FULL HOUSE! Masa aku sampai ramai la orang kat lobi


Katil King. Aku bawa toto jugak. Mana muat sumbat 5 beranak 1 katil tu. huhu~  Bantal extra memang dorang bagi dalam almari. So bawa toto je cukup.Tak sempat snap gambar dah sepah dulu dorang ni. hehhRuang masuk dan bar minuman. Fridge ada dalam kabinet tu.Toilet. Shower dia bukan jenit melekat kat dinding so selesa la bebudak nak mandi, especially baby.Toiletries disediakan. Tapi aku tak pernah la pi hotel tak bawak toiletries sendiri. Mana nak tau kan hotel tu sediakan berus gigi ke idak. Rasanya takde pulak tulis dalam Agoda ke, Booking.com ke. kan?Pool area. Petang tu ramai betul orang. Dah kata hotel full house kan. Memang meriah. Panas lit lit pulak tak kuasa aku duk lama² atas tu. Dah la tengah sinus pulak masa ni. Sakit kepala aku baik baring kat bilik lagi syok.Lepak kejap je sekadar nak tengok macam mana rupa pool tu. Plan asal aku nak join jugak berendam, sekali lupa bawak seluar mandi daa. Tu yang malas lepak lama. Laki yang jaga bebudak mandi. Aku dengan baby lepak bilik je.
 Lepas Maghrib, kitorang keluar dinner kat Ayer 8. Tu Lan Careno, bff laki aku *tiberrr*. Memang berjanji pun dengan dia nak duk Dorsett untuk tengok perbarisan. So dinner pun sama² lah. 

Antara menu yang kitorang order. Aku tak larat sangat nak makan malam tu sebab sinus tu lahh! grr~  Dah makan antihistamine pun gatal lagi hidung aku. Stress betul. Laki aku beria makan siap bertambah nasi.Lepas makan, beli jiwa anak² kat Bubbles and Beans, level bawah Ayer 8 tu.Sementara anak² main, kami lepak membawang duluuu  Pukul 11pm gitu kot baru balik hotel. Allahu, macam mana lah nak bangun awal. Plannya, subuh² tu nak kena keluar dah sebab biasanya pukul 6.30am memang dah ramai orang area dataran



 Pukul 7.15am baru turun. hahaha~  Tu pun dramaaa nak kejutkan dorang bangun and mandi. Beli roti and air kat 7-11 bawah hotel, baru pergi dataran. Memang ramaiiiii orang! pheww~

 Nasib la ada Lan, dorang turun awal so dapat la chop tempat depan sekali. Dekat jugak la dengan area pentas. Tapi dekat dengan speaker ya aulohh bingitttt telinga. Situ je yang available katanya. Tempat lain semua penuh dah. Belasah je lah janji dapat tengok perbarisan. huhu~

Baby yang sentiasa gelisah sebab speaker kuat gilerrsss! Berdentung² jantung punya kuat. hahaha~ Aku sempat jamah roti gitu² je. Busy tenteram kan baby


Ihsan kamera tok laki. Aku busy lah dukung baby meligan tak dan pegang fon pun.Yang ditunggu-tungguuuu. Eh tahun lepas takde tau kontinjen dorang ni. Serius takde! But this year dah ada balik. Yayy!
Bagi aku, suasana sambutan kat Putrajaya JAUH lebih selesa banding di KL sana. KL tu kiri kanan mall, jalan sempit, sesak! Dataran Putrajaya ni luas. Korang boleh banding kan lah gambar dalam entry ni dengan entry aku 3 tahun lepas (sambutan yang ke-59 tahun). Memang beza tau. Part sejarah, sentimental value, KL tu toksah cerita lahh. Aku kekecik dulu mana wujud lagi Putrajaya tu. haha~  Aku just share realiti nya pada zaman sekarang. 

 Dalam pukul 9am lebih gitu aku decide untuk balik hotel. Baby dah tak selesa sangat, meragammmm! Eiii syukur gilaaa duk Dorsett! This year terpaksa jugak lah bawa adik baby sebab tidur hotel kan. Mak aku pun taknak punya kalau aku tinggal kan baby dengan dia. Lasak ok! Kang dia main turun naik tangga macam mana mak aku nak kejar? huhu~

 Lepas bagi susu, dia sambungggg meligan. Actually memang dia nak tidur, sekali hujung² perbarisan ada air show pulakkk. Sukhoi kot lalu, bergegarrrr hotel. Terus segar mata dia 

Dah dia taknak tidur, aku kemas² la barang, mandikan dia, tukar baju semua sementara tunggu apak and yang lain balik. Pukul 10am habis dah perbarisan. Kejap je pun. Nak chop tempat tu yang kena datang awal. hihi~

Zafirah sempat berendam swimming pool sebelum check out. Biasanya bila duk hotel kitorang akan request untuk late check-out. Alahh tak lama pun. Biasa dorang bagi 30 minit extra je. Tapi sebab weekend, full house pulak tu, hotel tak bagi late check-out. Kena sharp pukul 12pm juga keluar. Nak dekat pukul 12pm siap call bagi reminder kena check-out awal. hahaha~  Yelahh faham, cleaner nak kemas bilik, pukul 3pm orang lain pulak masuk. Kang tak sempat kemas, guests seterusnya mesti bising


Siap bertukar baju memasing! Nak pergi birthday party pulak kat Klang. Gigih! hahaha~

Puas hati la stay sini. Staff pun ramah tamah, senyum je greats tetamu. InsyaAllah next year kalau sambutan kat Putrajaya lagi kitorang akan stay sini lagi. Kalau korang nak follow jejak aku, booking at least sebulan awal oke! Lambat² gigit jari je lahh. haha~

Tapi kalau sambutan kat KL, aku nak booked hotel area dataran KL lah pulak. Gigih yee. 

Check-out vlog aku pasal hari kemerdekaan kat Youtube  https://bit.ly/2mz6dYHBTW, sehari sebelum merdeka tu aku kena sinus. Tak sangka pulak kuat bunyi sok sek sok sek dalam video. Itu pun aku dah cuba kurangkan sebanyak mungkin bunyi sok sek sok sek tu. Bukan sengaja kayy! Pastu bukan lama pun ada bunyi tu. Tengok sampai habis lah baru komen 

Thank you sudi baca. Till next entry 




Terima kasih sudi membaca!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ctliyana86.blogspot.com/2019/09/sambutan-kemerdekaan-ke-62-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Ulang Tahun Matxi Corp Ke 2 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Sambutan Ulang Tahun Matxi Corp Ke 2 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 362 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar semua Alhamdulillah Baru baru ini aku dan rakan media yang lain telah ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Convention Centre untuk meraikan Ulang Tahun Matxi Corp yang ke 2 pada 21...
Semarakkan 62 Tahun Kemerdekaan Di The Curve Dan Ecurve

Semarakkan 62 Tahun Kemerdekaan Di The Curve Dan Ecurve

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 418 hits
Tahu tak the Curve dan eCurve ni adalah tempat favorite saya sebab entahla rasa selesa saja mungkin sebab dekat dengan IKEA dan KidZania tapi rasanya sebab utama lokasi ni tak sesak ehh tak sesak ke ehhe tak juga tapi kat sini banyak tempat...
Fund Raising For Malayan Tiger Putrajaya Marriot Hotel Charity Event

Fund Raising For Malayan Tiger Putrajaya Marriot Hotel Charity Event

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 425 hits
Hi Everyone In conjunction of Merdeka Celebration and Malaysia Day 2019 Putrajaya Marriott Hotel Palm Garden Hotel and Palm Garden Golf Club dedicate the whole month of August to September 2019 to Zoo Negara A fundraising event created wher...
Sambutan Gilang Gemilang Meraikan Ulang Tahun Matxi Corp Yang Ke 2 Tahun Di Planery Hall Klcc

Sambutan Gilang Gemilang Meraikan Ulang Tahun Matxi Corp Yang Ke 2 Tahun Di Planery Hall Klcc

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 498 hits
Seri Wangi berasa gembira bila mendapat jemputan untuk menghadiri majlis yang sangat berprestij dan gilang gemilang iaitu Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 2 Matxi Corp yang mana kali ni diadakan di Malaysia Planery Hall Kuala Lumpur Conventio...
Bukan Lagi Angan Angan Hotel Igloo Akan Dibina Di Kutub Utara Tahun Depan

Bukan Lagi Angan Angan Hotel Igloo Akan Dibina Di Kutub Utara Tahun Depan

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 270 hits
Pernahkah anda terfikir untuk bermalam di dalam igloo di Kutub Utara Kini impian tersebut bukan sekadar angan angan kerana sebuah hotel sementara akan dibina di sana pada April tahun hadapan Pengasas Luxury Action Janne Honkanen yang bercit...
Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Dari 2010 2019

Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Dari 2010 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 415 hits
Hai gais korang tahu tak lagi berapa hari je lagi Malaysia akan sambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 Haa rasa tak sabar pula nak pergi sambut Kemerdekaan ni Jadi disebabkan nak Merdeka dah marilah imbas kembali sikit logo logo yang pernah dig...
Matxi Corp Sambutan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Glory To Glory

Matxi Corp Sambutan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Glory To Glory

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 319 hits
MATXI CORP SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 2 BERTEMAKAN GLORY TO GLORY YouDeserveABetterLife MATXICorpBaru baru ini AlongMurni turut sama hadir bagi memeriahkan Majlis Ulang Tahun Matxi Corp yang ke 2 bertempat di Plenary Hall KLCC Kuala Lumpur Maj...
Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp Yang Gilang Gemilang

Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp Yang Gilang Gemilang

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum Hai Sambutan Ulang Tahun Kedua Matxi Corp Glory to Glory First time datang event ni memang rasa besar dan gilang gemilang sangat tau Apatah lagi apabila sambutan ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebanyak 2 00...
Setelah Rokok Cukai Plastik Ikut Naik Tahun Ini

Setelah Rokok Cukai Plastik Ikut Naik Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 334 hits
Direktur Jenderal Bea dan Cukai Kementerian Keuangan Heru Pambudi mengatakan setelah cukai rokok pemerintah akan menaikkan cukai plastik pada tahun ini
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof