Sambutan Gilang Gemilang Meraikan Ulang Tahun Matxi Corp Yang Ke 2 Tahun Di Planery Hall Klcc
Seri Wangi berasa gembira bila mendapat jemputan untuk menghadiri majlis yang sangat berprestij dan gilang gemilang iaitu Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 2 Matxi Corp yang mana kali ni diadakan di Malaysia, Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Sambutan ulang tahun ke 2 Matxi S.G yang bertemakan 'Kemuliaan Untuk Kemuliaan' (GLORY TO GLORY) dihadiri oleh 2,000 pengedar dan 30 negara. Dengan pelaburan strategik dari Kumpulan Malaysia dan memperkenalkan transformasi dari Matxi S.G yang mana dulunya adalah anak syarikat MIIC Holding Sdn. Bhd. ke Matxi Corp dan melebarkan sayapnya ke Malaysia yang mana Malaysia adalah pasaran ke 2 setelah Matxi Corp berjaya memasuki pasaran di Vietnam dan seterusnya akan ke pasaran Korea dan Amerika Syarikat.
Di acara majlis ini juga meliputi ucapan Perwakilan Kepimpinan yang disampaikan oleh Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Encik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd)
Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)
Encik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea)
Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)
Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia)
Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd)Di majlis tersebut diserikan dengan persembahan hebat tarian dan juga persembahan dari para artis Vietnam seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim dan seterusnya Anugerah Pengerusi Pemimpin.
YOUTUBE
HALA TUJU MATXI CORP
Dengan slogan Matxi Corp "Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik" (You Deserve A Better Life) Matxi Corp berusaha membekalkan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan. Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk kepentingan terbaik untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelaburnya. Selain dari latihan dan pembangunan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti berikut:HartanahPeruncitan Bahagian Kanak-KanakPercetakan dan PembungkusanSyarikat Penyelenggaraan AcaraProduk Kesihatan dan Pengeluaran KosmetikRestoran
Produk Kesihatan dan Kosmetik
Penyelidikan dan Pembangunan
Untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan), Matxi Corp menubuhkan sebuah pusat R&D untuk terus mengkaji dan meningkatkan mutu dan kualiti produk mereka di samping mengekalkan harga yang berpatutan untuk pengguna mereka serta menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan juga kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia mengikuti piawaian yang paling ketat. Di Vietnam, Maxi Corp adalah pemilik Medino - Kilang GMP bersertifikat yang terletak di Amata Industrial Park dengan lebih daripada 7,000 m2 kawasan kilang yang mengkhususkan dalam pembuatan makanan berfungsi, produk makanan dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk.
Matxi Corp juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti mereka, di mana mereka juga adalah pengasas program "Anda layak memiliki kehidupan yang lebih baik". Matxi Corp juga mengurangkan 10% keuntungan bulanan untuk meringankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam, di samping itu mereka juga menjalankan Yayasan Amal Matxi Corp dengan perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan warga tua - Rumah Ah Nhien.
Matxi Corp akan terus berusaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dan menjangkau dunia dalam tempoh tahun 2019 hingga 2021.
Maklumat Matxi Malaysia
Matxi Malaysia Sdn Bhd
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/MatxiMalaysia/
INSTAGRAM
#MatXiCorp #YouDeserveABetterLife
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2019/09/sambutan-gilang-gemilang-meraikan-ulang.html