Sambutan Ulang Tahun Matxi Corp Ke 2 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Alhamdulillah. Baru-baru ini aku dan rakan media yang lain telah ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Convention Centre untuk meraikan Ulang Tahun Matxi Corp yang ke 2 pada 21 September 2019 yang lalu.
Majlis ini selain bertujuan untuk meraikan ulangtahun ke 2 Matxi Corp, ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan langkah terbaharu Matxi Corp dalam perniagaan iaitu dengan memasuki pasaran baru. Matxi Corp merupakan sebuah syarikat daripada negara Vietnam dan sebelum ini dikenali dengan nama Matxi S.G. Malaysia merupakan pasaran ke-2 selepas Vietnam, dan seterusnya akan memasuki pasaran Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Ucapan daripada Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)
Matxi Corp memfokuskan dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur. Sehingga Julai 2019, Matxi Corp juga mempunyai seramai 20,000 pengedar dan agen dengan hanya lebih 2 tahun beroperasi.
Ucapan daripada Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd)
Visi dan Misi Matxi Corp ialah untuk terus berusaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dan di seluruh dunia dalam tempoh dari tahun 2019 ke tahun 2021
Acara yang sangat meriah ini dihadiri dengan kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara. Selain itu, terdapat persembahan-persembahan kebudayaan dan juga majlis penganugerahan untuk pengedar yang berjaya.
Pengacara majlis pada malam yang penuh gilang gemilang.
Acara penganugerahan yang sangat gah!
Acara penganugerahan persis pertandingan ratu cantik ya!
Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang seperti berikut:HartanahPeruncitan Bahagian Kanak-kanakPercetakan dan PembungkusanSyarikat Penyelenggara AcaraProduk Kesihatan dan Pengeluran KosmetikRestoran
You Deserve A Better Life
Dengan slogan, "Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" atau "You Deserve A Better Life", Matxi Corp berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan. Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk memberi yang terbaik untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur
Selamat Ulang Tahun ke 2 buat Matxi Corp, semoga visi dan misi tercapai dan berjaya di masa akan datang
Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)Facebook Rasmi: facebook.com/MatxiMalaysiaInstagram Rasmi: @matxicorp
#MATXICorp # YouDeserveABetterLife
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/09/sambutan-ulang-tahun-matxi-corp-ke-2-di.html