Sambal Udang Petai Berbuka 22 Puasa


 Assalamualaikum wbt
SALAM Isnin 23 Ramadhan 1443H. Kita berada di minggu terakhir Ramadhan tahun ini. Teringat masa kecik-kecik dulu, seminggu sebelum aidilfitri, abah panggil Malam Tujuh Likur. Sibuklah abah pasang pelita depan rumah. Tiap malam, luar rumah terang-benderang dengan cahaya melimpah. Kami adik-beradik masing-masing pula sibuk berlumba mengira siapa yang dapat kad raya paling banyak. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas, katanya 😍

Pak Inche kata, hari tu, kan Sk sebut-sebut, sedapnya Sambal Petai. Masa tu, tengah buka fb, melintas gambar Sambal Bilis Petai sekuali. Terus cakap, sedapnya sambal petai, sambil tunjuk gambar pada Pak Inche. Teringat zaman belajar dulu, kadang-kadang, balik kuliah, makan tengahari di sebuah restoran menjual nasi campur di Komtar. Setiap kali ke sana, pilihan Sk adalah Sambal Bilis Petai. Rinduuuu..

Tapi, tak sangkalah pulak, Pak Inche pergi beli petai. Bila semalam, Iman whatsapp beritahu Pak Inche beli udang dan petai, Sk 'onz' sajo la. Walaupun malas penat nak masak sebenarnya. Pak Inche kata, kan Sk yang sebut, sedapnya sambal petai. Padahal, dia yang nak makan tuuu, alasan la suruh kita masak. Ingatkan nak suruh mereka tapaukan lauk Patin Gulai Tempoyak Anjung Selatan di Pasar Ramadhan Taman U, tapi belum sempat cakap, Pak Inche dah ada rancangan tersendiri. Tak apalah, ada juga konten blog kita kali ni.. kahhhh

Boleh tahan murah jugaklah harga udang ni, semalam, RM68 sekilo, sebab ni udang laut. Masih murah berbanding kalau nak raya cina, mahu cecah RM120+ sekilo. Udang laut memang mahal bila musim perayaan Tahun Baru Cina. Menurut seorang penjual di Pasar Besar Pontian, makin mahal makanan laut yang mereka nikmati ketika tahun baru, makin manyak ong maaa! 
Pes cili dan bawang pun memang ngam-ngam tinggal dua senduk. Tak nak buat pes baru sebab minggu depan lama nak tinggalkan rumah, kan.. huhu. Macam biasalah, petai beli yang dah siap kopek. Tak tengok berapa harga sebungkus. Terus koyak plastik dan tuang isinya dalam mangkuk untuk dicuci. Maklumlah, orang kaya, mana tengok harga, kahhhh


Ada Sawi Pak Choi seikat, Sk cuma tumis bawang putih dan cili hidup. Masukkan sawi, gaul sekejap, kemudian tuang sos tiram. Kacau.. kacau... kacau, siap. Kurang 20 minit sebelum berbuka, semua dah siap terhidang atas meja. 

Berpuasa tahun ni, nampaknya Pak Inche lebih berhemah berbelanja kuih-muih dan lauk-pauk di pasar Ramadhan. Pasar Ramadhan BBU pun, sampai ke sudah tak terjejak sebab tak ada parking. Semalam, dia cuma singgah di Lubuk Kuih belakang rumah, beli Pulut Panggang, Popiah Sayur dan Onde-Onde kegemaran. Kesian, tahun ni, sebiji onde-onde pun tak terbuat. Malas-semalas-malasnya.. hihihi









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/sambal-udang-petai-berbuka-22-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning Dan Ayam Masak Kicap Kari Sambal

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning Dan Ayam Masak Kicap Kari Sambal

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 216 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal Terlambat pulak nak tulis hari ke lapan hehehhe Hari Ke lapan kita berpuasa jatuh pada hari Ahad Bila dah hari minggu mestila berbuka puasa...
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Kacang Buncis Senang Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Kacang Buncis Senang Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 343 hits
RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN KACANG BUNCIS SENANG DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA Assalamualaikum Masak atau beli Mana satu jadi pilihan Sudah hampir ke penghujung Ramadan bazar Ramadan kembali sesak Orang ramai memilih untuk membeli...
Sup Tulang Merah Ayam Sambal Berbuka 18 Puasa

Sup Tulang Merah Ayam Sambal Berbuka 18 Puasa

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 319 hits
Assalamualaikum wbtALANGKAH bahagianya pagi ini menjadi tapak sulaiman Di luar hujan lebat turun lebat berangin Kalau jalan pakai payung pun boleh basah apalagi jika tidak berpayung basah lencun la jadinya Sk mengambil cuti tahun hari ini S...
17 Puasa Berbuka Kari Ikan Tenggiri

17 Puasa Berbuka Kari Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum wbtHARI ini Sk dan Iman berbuka di Senai manakala Pak Inche ada majlis berbuka puasa bersama Johor Corporation di Amari Hotel Sejak minggu lepas dah berjanji dengan ibu ibu pulak teruja nak masak Kari Ikan Tenggiri bila semu...
Nasi Kandar Tak Original Berbuka 16 Puasa

Nasi Kandar Tak Original Berbuka 16 Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum wbtPAK Inche beli Nasi Kandar untuk berbuka semalam bila Iman terlupa nak defros ayam untuk dimasak Sambal Ayam Masa Sk sampai rumah Iman baru jer rendam ayamnya dah tuuu bila nak memasaknya Pak Inche pun dapatlah alasan unt...
Majlis Berbuka Puasa Keluarga Seri Wardati

Majlis Berbuka Puasa Keluarga Seri Wardati

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 193 hits
Dah berapa minggu dah tak menulis Tak sempat nak menulis Banyak kerja dan banyak benda pula nak buat dalam bulan puasa ni Entry kat draft tu harap harap tak basi berkulat lah time mood dah ada nanti Mama Yan dan suami ajak staf dan family m...
Ramadan 14 Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah

Ramadan 14 Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 304 hits
hai assalammualaikumRamadan 14 Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah Hah macam dah lama tak buat Nasi lemak i tengok bahan dekat dapur semua ada apa lagi berkelentang kelentung la kita dekat dapur buat nasi lemak ni Nak buat senang je...
Menu Berbuka Puasa Hari Kelima Belas

Menu Berbuka Puasa Hari Kelima Belas

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam memang menu kegemaran Mak Pah dan Pak Zain la yang di masak SA masak lauk lain Mak Pah pi pasar tani kat Tanjung Ipoh Kuala Pilah Lepas tu dibelinya pucuk paku tanjung ke pinang ntah x tau la SA Pucuk paku ...
16 Ramadan Berbuka Puasa Di Kampung

16 Ramadan Berbuka Puasa Di Kampung

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah hari ini kita semua dapat menjalani ibadah puasa yang ke 16 Ramadan Hari ini juga berpeluang balik kampung berbuka puasa dengan sanak saudara yang ada di kampung Tahun lepas tak dapat nak ba...
Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Sue Tuya Seafood And Shell Laut

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

17 Cedera Diamuk Gajah

Top Commentators Of December 2024 Tahniah Blogger Suria Amanda