16 Ramadan Berbuka Puasa Di Kampung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
16 Ramadan : Berbuka Puasa Di Kampung Alhamdulillah hari ini kita semua dapat menjalani ibadah puasa yang ke 16 Ramadan . Hari ini juga berpeluang balik kampung berbuka puasa dengan sanak saudara yang ada di kampung . Tahun lepas tak dapat nak balik kampung berbuka puasa sama-sama . Alhamdulillah tahun ini dapat juga,berkumpul.
Berkumpul berbuka puasa tahun ini tak seperti tahun-tahun yang lepas . Tahun ini sambut puasa tanpa arwah tok dan arwah tokwan. Teringat bila arwah masih ada di muka bumi , bila dapat tahu anak cucu nak,balik kampung berbuka puasa ramai-ramai , of course diorang la yang paling happy . Mula laa nak masak pelbagai menu sehinggakan sampai tak tahu nak makan apa sedangkan banyak menu yang terhidang depan mata .
Kalau dulu buka puasa di kampung arwah tokwan wajib beli murtabak yang boleh dikatakan femes jugak la di area Kodiang ni . Lepas solat Zuhur jer arwah tokwan akan singgah untuk pesan,sesiap murtabak tersebut . Memang menjadi kegemaran arwah tokwan dan anak cucu menantu semua . Arwah tok pula , bila dapat tahu anak cucu serta menantu nak balik semestinya menu utamanya adalah ayan kampung . Arwah tok akan minta arwah tokwan sembelihkan ayam kampung yang dibela dikampung . Memang banyak ayam kampung yang arwah tok bela. Selalunya arwah tok akan masakkan gulai ayam kampung . Itu slaah satu menu feveret menantunya iaitu ayah CCL memang sukakan gulai ayam kampung . Air asam picit juga wajib ada .
Tetapi sangat berbeza tahun ni , tiada lagi menu murtabak yang arwah tokwan selalu beli , tiada lagi menu ayam kampung masakan arwah tok . Berbeza dan sangat berbeza . Alhamdulillah turut cekal,dan tabahkan hati untuk berbuka tanpa diorang .
Untuk menu berbuka tadi , cukup la sekadar menu dan mengenyangkan kami sekeluarga . Ada ikan goreng ,ikan talang goreng cili bawang, udang masak kunyit , daging kurma , ayam masak kunyit, asam pedas ikan pari , kerabu pelam, ikan goreng serta sambal belacan,dan ulam . Nampak banyak menu kan , tapi semuanya di masak dalam portion yang sedikit . So tak ada isu pembaziran makanan bulan puasa ni . Sebagai pemanis mulut juga ada harumanis . Mujur dalam menu ni tiada menu-menu yang arwah tok dan arwah tokwan suka masak kalau tidak pecah juga la empangan air mata CCL mengenangkan kenangan tersebut .
Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeki yang Allah bagi . Allah bagi rezeki kekuatan kepada ku, Allah bagi rezeki dapat berkumpul dengan keluarga tercinta serta Allah bagi rezeki nikmat makanan yang tak terhingga. Syukur Alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2022/04/16-ramadan-berbuka-puasa-di-kampung.html