Sup Tulang Merah Ayam Sambal Berbuka 18 Puasa
Assalamualaikum wbt
ALANGKAH bahagianya pagi ini menjadi tapak sulaiman. Di luar, hujan lebat turun lebat berangin. Kalau jalan pakai payung pun, boleh basah apalagi jika tidak berpayung, basah lencun la jadinya. Sk mengambil cuti tahun hari ini. Saja nak bermalas-malasan. Di kolej pula, ada acara Khatam Al-Quran di sebelah pagi dan Program Memasak Bubur Lambuk. Rancangannya, selepas khatam quran dan ada juga program Bakul Kasih Ramadhan. Harapnya, ngam-ngam bubur lambuk siap dan boleh dibahagi-bahagikan.
Kali ketiga dah agaknya membeli Sup Tulang Merah dari Kak Azlita Aziz. Kali ini, Sk guna khidmat penghantaran dan minta hantar terus ke pejabat. Sebelum tu, tanya dulu, boleh ke hantar sebelum jam 3, bila Kak Ita jawab, boleh, baru 'onz'. Kak Ita guna grab ekspress. Tunggu punya tunggu, pukul 3.30 baru sampai, ngam waktu balik. Kiranya lewat 30 minit jugak, tentu sebab jalan sesak dari Austin ke Tampoi
Pesan saiz 'L'... tengoklah badan, kan. Suruh makan puas-puas. Kalau sebelum ni, Kak Ita bagi dengan roti bun, kali ini diberi roti Perancis dua batang. Iman la yang teringin sangat. Dia kan macam-macam teringinnya. Layan aje la, selagi ada umur dan rezeki yang Allah swt beri
Sebenarnya, baru-baru ni, seorang bekas pelajar kolej Sk yang baru menamatkan pengajian meninggal dunia dalam usia 23 tahun. Tersentak mendengar berita itu. Teringat anak sendiri yang baru berusia 21 tahun. Benarlah, tua bukan syarat mati. Teringat juga, bagaimana Sk dulu masa usia 23 tahun. Betapa besarnya nikmat yang Allah swt beri pada usia itu hingga sekarang dah nak masuk 47 tahun 😭
Dah janji dengan Pak Inche, nak masak Ayam Masak Cabai atau Sambal Ayam. Memang nak kena habiskan laaa Pes Cili dan Bawang Kisar tu sebelum minggu depan sebab lepas tu nak balik beraya jauh, insyaAllah. Ada lagi sikit pes tu. Lepas tu masak karilah pulak agaknya. Masak sambal kali ni, Sk letak cuka. Kalau masak sambal ni, tak boleh ada geng lain, nanti kacau rasa
Satu-satunya geng yang ngam dengan Ayam Sambal tentunya Ayam Goreng. Lauk ni makan berdua saja dengan Pak Inche. Iman makan roti dengan sup tulang merah jer. Kawan Pak Inche bagi Nasi Ayam Geprek, pun lupa nak makan masa berbuka. Pukul berapa tah, Iman tolong makan. Ialah, orang dah bagi sedekah, tak baik kalau tak dimakan.
Bulan puasa ni terlalu banyak pembaziran makanan, kalau tak percaya, bacalah laporan syarikat-syarikat pelupusan sampah. Berapa juta tan sampah yang dikutip setiap bulan dan yang terpaling banyak adalah pada bulan ramadhan. Tapi, logik jugaklah, kan. Rumah Sk ni, bulan puasa, sekejap jer tong sampah penuh. Sebab, banyak bekas dan plastik tapau. Tapi, kalau pergi bufet buka puasa pun sama la. Ambik makanan banyak-banyak terus, buat bufet di meja sendiri. Lepas tu, tak habis.. tinggal! Paling geram jumpa orang macam ni. Yang jenis ambik makanan sikit-sikit, taim nak ambik, dah wassalammmm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/sup-tulang-merah-ayam-sambal-berbuka-18.html