Sambal Tumis Udang Petai




Sempena sekarang kita telah berada di separuh malam bulan Ramadhan di mana malam tadi telah dibacakan Qunut dalam solat witir, saya ingin kongsikan apa yang dipelajari masa Kuliah Jumaat di surau BNM oleh Ustazah Fatimah Syarha berkenaan Lailatul Qadr. Catatan ini ketika saya masih bekerja di BNM. Kita perlu sentiasa bertawwuf dan baca Basmallah serta Istighfar supaya kita diampuni. Akhir ke sekali berdoa. Dengan beristighfar, Allah akan tambah kekuatan dan kekuatan yang sedia ada.
Nak masuk syurga dengan amal kita tak cukup. Semua amalan kita ditimbang. Takut kita tertipu dengan amal kita. Rasa banyak dan rasa lebih baik dari orang sedang kita tak tahu amal kita diterima atau tidak. Jadi kena sentiasa mohon rahmah atau kasihan belas.
10 malam terakhir di mana adanya malam lailatul qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Umur umat Nabi Muhamad pendek berbanding umat terdahulu yang beratus dan beribu tahun usianya. Lailatul qadr adalah untuk peluang untuk mendapat amalan 83 tahun. 
Apa maksud malam lailatul qadr. Bagi siapa yang membuat persiapan dalaman, bila mereka masuk sahaja Ramadhan akan terus pecut seperti pelari pecut. Sebelum Ramadhan, Nabi ulang ulang persiapan mental pada sahabat. Ianya boleh menggerakkan seseorang dengan lebih pantas. Analogi kita tak hafal apa yang ada pada duit RM10. Tapi bila dapat hadiah, dia akan hafal dengan laju.
Malam Al Qadr adalah anugerah untuk pelajar cemerlang di universiti Ramadhan. Malam Al Qadr di mana turunnya malaikat untuk mengatur urusan. Ak Dukhan ayat ke3. Turunnya Al Quran buat pertama kali dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian turun. Sedikit demi sedikit.
Maksud Al Qadr adalah ketentuan iaitu malam yang ada kaitan dengan Qada Qadr. Malaikat sibuk mengatur urusan qada qadr kita yang mualaf untuk setahun akan datang.
Juga bermaksud kemuliaan di mana Al Quran turun pada malam tu. Qadr juga bermaksud sempit, kena susun masa, sekejap sahaja. Ayat ke2 bila ayat yang Allah tanya bermakna ayat itu penting dan besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan. Ianya bolehkan kita compete dengan umat terdahulu. Siapa yang paling baik berjuang untuk dapat yang terbaik.
Penghulu segala malam adalqh Al Qadr. Malaikat jibril turun mengatur segala urusan Qada Qadr. Semua yang bernyawa pasti mati, itu qada mubrar kat mana kita mati, masih lagi Qada muallaf. Kita kena mati dalam usaha bukan mati dalam keadaan putus asa. Siapa banyak buat baik, panjang usia. Kena panjang usia untuk dapat kedudukan tinggi di sisi Allah. Kita mahu keberkatan pada usia kita.
Kena jaga terawih setiap malam, jaga solat Isyak dan Subuh berjemaah. Pasti kita akan dapat lailatul qadr. Solat Subuh berjemaah, seolah kita menghidupkan sepanjang malam. Jaga juga solat tahajjud. 
Pada malam yang barakah. Apa maksud barakah, analogi seperti kolam yang airnya banyak dan tetap di situ. Maksud sebenar ialah kita akan melekat dalam syariah Allah. Kedua ianya bertambah tambah kebaikan. Juga rasa tenang dalam jiwa. Akrabnya Al Quran dengan Lailatul Qadr 183-190.
Berpuasa sangat hebat kerana ianya akan melahirkan insan yang sihat. Manusia ada status di sisi Allah. Membaca Al Quran akan meningkatkan status di sisi Allah. Duduk satu minit dan buat satu kenangan seperti baca Iqrak dan peluk anak anak.
Dalam kubur masuk sahaja ke liang lahad, malaikat boleh halang kecuali Al Quran. Baca surah Al Mulk, yang boleh berhujjah. Bila kita bangkit di Padang Mahsyar, surah Al Baqarah akan bantu kita. Kemuliaan di akhirat bergantung kepada ayat terakhir yang kamu baca masa di dunia. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.

Sebenarnya dah lama saya tak menyediakan sambal tumis udang dengan petai. Pertama kerana ada anak anak yang tak makan, bila saya masukkan petai. Hanya Juita yang suka sambal tumis dengan petai. Kedua kerana tiada stock. Petai sekarang ini dah dilabel sebagai makanan kayangan kerana harganya yang mahal. Sepapan dah berharga RM1 atau lebih. Itu pun dapat isi kecil kecil jer. Kalau nasib baik, dapatlah isi yang gemuk. 
Hari ini saya memasak sambal tumis udang petai dengan udangnya tidak digoreng terlebih dahulu. Bila sampai dah terbit minyak, saya masukkan udang kerana udang akan mengeluarkan air udang. Kacau rata dan biarkan seketika sebelum dirasa. Sambal akan menjadi sedap selepas sebati dengan air udang. 
Hari ada 2 pinggan sambal tumis udang. Satu dengan petai dan satu tanpa petai. Haa yang penting semua orang happy dan makan apa yang disukai. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....

Sambal Tumis Udang Dengan PetaiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram udangPes asam jawa1-1 ½ sudu besar gula - ikut kepedasan cili½ sudu kecil garam1 biji bawang besar Holland
Bahan kisar:4 biji bawang besar5-6 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak yang agak banyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak
Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya cepat masak dan terbit minyak. 
Setelah benar benar masak, masukkan gula dan kacau rata. Masukkan garam dan pes asam jawa/asam keping.
Akhir sekali, masukkan udang (kali ini. saya tak goreng dulu) dan kacau rata. Setelah air udang keluar, kita boleh tengok kepekatan/kecairan sambal. Boleh tambah air mengikut yang disukai. Masukkan bawang besar hiris. 
Nota: saya ketepikan separuh dan ditambah dengan petai. Separuh lagi dibiarkan tanpa petai. Kacau rata dan tutup api. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/sambal-tumis-udang-petai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lempeng Sambal Tumis Bilis Berbuka 7 Puasa

Lempeng Sambal Tumis Bilis Berbuka 7 Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum WBTGARA GARA kecur dengan dan semalam maka terjadilah Lempeng dan Sambal Tumis Bilis di dapur Sk petang semalam untuk juadah berbuka 7 Ramadhan 1444H Bahan bahan memang dah sedia ada Sk mula memasak pun dah pukul 6 Tak nak m...
Sambal Goreng Simple Dengan Udang

Sambal Goreng Simple Dengan Udang

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 474 hits
Sambal Goreng Simple Dengan Udang Nak kata sambal goreng jawa simple boleh jugak Hehe Sebab bahan tak cukup Kalau sambal goreng jawa macam macam ada sampai tak perlu makan lauk lain pun tak apa Sebab sambal goreng jawa original tu dah cukup...
Menu Berbuka 21 Ramadan Sambal Udang Tempe Goreng Dan Butterhead Lettuce

Menu Berbuka 21 Ramadan Sambal Udang Tempe Goreng Dan Butterhead Lettuce

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 192 hits
Menu berbuka 21 Ramadan bertukar ke menu udang sebagai menu utamanya Masak sambal udang yang mudah dan menyelerakan Ini kalau ada petai bertambah selera lagi rasanya Kannn Bulan puasa ni rasa bersalah kalau makan petai Bau dia tak boleh baw...
Menu Ramadan Hari Ke 10 Asam Pedas Siakap Dan Pak Choy Tumis Udang

Menu Ramadan Hari Ke 10 Asam Pedas Siakap Dan Pak Choy Tumis Udang

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 227 hits
Menu Ramadan Hari Ke 10 Asam Pedas Siakap Dan Pak Choy Tumis Udang Rezeki hari ini ramadan ke 10 Alhamdulillah masih diberikan kesempatan bersahur dan berbuka Kepala ikan siakap masak asam pedas Menu kesukaan En suami iaitu asam pedas kepal...
Paru Sambal Berlado Kegemaran Anak Anak

Paru Sambal Berlado Kegemaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 278 hits
Alhamdulillah hari ini kita telah berpuasa dalam bulan Ramadhan Alhamdulillah juga kerana berpeluang mengikuti kuliah zoom Dato Dr Fatma El Zahraa Kebiasaannya saya memang terlepas samada tertidur atau sibuk melayan cucu Sebelum itu jangan ...
Menu Berbuka 2 Ramadan Ikan Kembung Goreng Kacang Panjang Rebus Dan Sambal Geprek

Menu Berbuka 2 Ramadan Ikan Kembung Goreng Kacang Panjang Rebus Dan Sambal Geprek

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 345 hits
Semalam dah masak hari ni menu ikan lagi Masakan yang mudah tapi menyelerakan Itulah konsep menu berbuka saya di bulan Ramadan 10 minit sebelum berbuka pun tak ada hal lah Kalau semalam ikan cencaru bakar harini masak ikan kembung goreng ga...
Sambal Tempoyak Daun Kayu Nogori

Sambal Tempoyak Daun Kayu Nogori

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 333 hits
Saya ingin kongsikan satu doa yang kita jangan tinggalkan setiap malam sepanjang bulan Ramadhan iaitu Allaahummaj Alna Min Utaqoo Fii Shahri Romadhan Kita tak boleh hafal doa dalam bahasa Arab boleh jer berdoa dalam bahasa kita supaya lebih...
Daging Masak Lemak Cili Api Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap

Daging Masak Lemak Cili Api Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 279 hits
Daging kalau dibuat masak lemak cili api memang terangkat habis Lauk buat menambah nasi jadinya Lagi lagi kalau dibuat pedas sedikit Jika lazimnya cara memasak daging masak lemak cili api akan terus dicampur semua bahan sekali ke dalam peri...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa