Sambal Tempoyak Daun Kayu Nogori




Saya ingin kongsikan satu doa yang kita jangan tinggalkan setiap malam sepanjang bulan Ramadhan iaitu "Allaahummaj’ Alna Min Utaqoo Fii Shahri Romadhan". Kita tak boleh hafal doa dalam bahasa Arab, boleh jer berdoa dalam bahasa kita supaya lebih penghayatan. Saya belajar doa ini dari Ustaz Ibrahim Muhammad ketika beliau memberikan tazkirah Zohor di Surau BNM beberapa tahun dahulu. 
Kita berdoa Ya Allah masukkan nama aku dan seluruh ahli keluarga ku dalam senarai nama nama mereka yang dibebaskan dari api neraka. Aamiin". Ini adalah kerana setiap malam dalam bulan Ramadhan, Allah akan membebaskan 60,000 nama penghuni neraka. Masya Allah. 
Banyak kelebihan bulan Ramadhan yang merupakan anugerah pada umat Nabi Muhammad SAW yang perlu kita rebut selain malam Lailatul Qadr dan pahala berganda bagi amalan wajib. Tak dapat melakukan semua, jangan tinggalkan semua. Rugi kalau kita tidak merebutnya. Sekarang kita tak rasa rugi sebagaimana rugi kewangan. 
Tapi bila kita meninggal, kita akan menyesal. Menyesal kerana tidak berbuat kebaikan dan tidak mendapat pahala. Kedua menyesal kerana tidak membuat lebih banyak kebaikan supaya dapat lebih banyak pahala. Orang berbuat baik dan jahat, kedua dua akan menyesal. 

Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kebetulan semua bahan ada dalam peti ais, itu yang jadi jer nak masak tempoyak daun kayu ini. Daun pucuk ubi dan daun kaduk memang ada di belakang rumah, ada juga sepokok pokok terung pipit. Isi petai memang dah ada dalam freezer. Yang beli cuma, daun kunyit sebab selalu tak mahu hidup bila ditanam walaupun beli anak yang dah besar. Huhuhu.
Takut saya nak tulis resipi sambal tempoyak daun kayu saya hari ini sebagai ori Nogori, kan ada yang komen mengatakan ianya bukan cara Nogori. Saya memang baca dalam blog cara menyediakan sambal tempoyak ori Nogori. Cara kali ini berbeza dengan sebelum ini di mana dulu, saya masukkan pucuk yang dihiris dulu sebelum dimasukkan santan. 
Walaupun saya tahu masakan Nogori pun banyak cara memasaknya contoh bab masukkan santan cair, santan pekat dalam masakan lemak cili padi.  Sama juga dengan asam pedas Melaka, terdapat pelbagai versi. Ada yang masukkan bawang putih, ada yang tidak, ada yang sekadar diketuk sahaja. Tak ada satu yang standard untuk seluruh negeri gitu. Ikutlah selera ibu ibu yang memasak. Dapur mereka, jadi mereka lah yang in charge. Betul tak? 
Apa pun, untuk rujukan masa depan lauk saya hari ini teramatlah sedap. Makan masa berbuka dan sambung makan pula masa sahur. Memang sangat sedap. Lauk lauk macam ni memang dapat membangkitkan selera. Tak perlu lauk banyak banyak. Ada satu lauk ikan goreng pun dah memadai untuk digandingkan dengan lauk ini. 
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Sambal Tempoyak Daun KayuOleh: Azie Kitchen
Bahan kisar: 6-8 biji cili padi - ikut pedas disukai2 inci kunyit hidup
Bahan hiris halus:2 cekak pucuk ubi15 helai daun kaduk2 helai daun kunyit2 batang seraiSegenggam petai
Bahan lain:¼ kg santan segar - guna 269 gram3-4 sudu besar tempoyak - 170 gramSegenggam terung pipit5-6 ekor udang2 sudu besar ikan bilis - tumbuk pecah½ sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil garam atau secukupnya
Cara cara:Masukkan bahan kisar dan kunyit hidup kisar ke dalam kuali dan masak seketika sekadar untuk memasakkan cili. Masukkan tempoyak dan kacau rata. Masukkan santan dan biarkan sehingga santan mendidih.
Masukkan serai, terung pipit, pucuk ubi dan daun kaduk hiris. Masak sehingga daun agak lembut. Jika perlu, masukkan sedikit air untuk mempercepatkan daun lembut.
Masukkan ikan bilis dan daun kunyit. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan petai, udang dan garam secukupnya.
Masak sehingga pekat dan pucuk lembut, boleh tutup api. 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/03/sambal-tempoyak-daun-kayu-nogori.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Bulan Puasa

Sambal Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 309 hits
Seminggu lagi kita berpuasa Dua sambal ini penting especially buat ibu2 yang bekerja Dan ibu2 yang duduk rumah macam Kjee Adanya dua sambal ini kerja memasak jadi lebih mudah Dua sambal ini sentiasa ada dalam freezer Kjee Tambahan pulak sej...
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina Ina

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina Ina

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 300 hits
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Azlina InaAssalamualaikum Hi korang Pagini KakYa nak kongsi resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Lama jugak KakYa tak share resipi kat blog Harini berkesempatan untuk berkongsi satu resipi jadi k...
Sambal Ikan Goreng Berapi Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah

Sambal Ikan Goreng Berapi Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 411 hits
Sambal ikan goreng berapi ini memang nampak simple Tapi sambal macam ini lah yang boleh buat kita makan nasi bertambah tambah Memang simple tapi sangat membuka selera Kalau makan dengan nasi putih panas panas dah tak perlu lauk lain dah Mak...
Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini ada event Walaupun begitu masih berfikir fikir lagi nak pergi atau tak Penat pergi kerja balik kerja seminggu belum hilang nak tambah penat lagi pulak hari ni ke Kita tengok nanti rela tak rela nak menyumbang ten...
Sedap Resipi Sambal Kelapa Sambal Nasi Impit Kelantan

Sedap Resipi Sambal Kelapa Sambal Nasi Impit Kelantan

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 295 hits
Sambal Kelapa atau juga dikenali dengan nama Sambal Nasi Impit Sambal Nyor Nasi Kapit memang sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Kelantan Sesuai dengan Namanya sebagai Sambal Nasi Impit ia biasanya dimakan bersama nas...
Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 303 hits
Resepi kali ni ringkas je iaitu cara buat sambal kicap yang pedas dan yang popular di Johor tu Kan orang kata orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap Haha dah itu yang buat gorengan jadi sedap nak buat macam mana Itulah nam...
Faedah Daun Betik Sebagai Herba Tradisional

Faedah Daun Betik Sebagai Herba Tradisional

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 194 hits
Faedah daun betik adalah sayur sayuran yang dipetik dari pokok betik berbentuk simetri apabila bahagian atas dilipat Daun pepaya bercita rasa pahit jika masih muda tetapi kalau direbus lebih lama zat yang membuatnya jadi pahit akan berkuran...
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang Ada Letak Daun Cekur Memang Sedap Betul

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang Ada Letak Daun Cekur Memang Sedap Betul

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 308 hits
Puasa dah semakin hampir tiba tiba teringin pula nak makan rendang biarpun bulan Syawal lambat lagi Maklumlah kala berpantang ni ada saja menu yang teringin Semua makanan terasa sedap je kan Nak makan rendang ketika berpantang tak ada masal...
Rupanya Dia Cuma Tiang Kayu Sepanjang Jadi Pm4

Rupanya Dia Cuma Tiang Kayu Sepanjang Jadi Pm4

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 159 hits
Farah Marshita Abdul Patahfarahmarshita bh com myKUALA LUMPUR Perang membabitkan dua bekas perdana menteri di media sosial berterusan dengan terkini Datuk Seri Najib Razak meminta Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada terus menggunakan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa