Paru Sambal Berlado Kegemaran Anak Anak




Alhamdulillah hari ini kita telah berpuasa dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah juga kerana berpeluang mengikuti kuliah zoom Dato Dr Fatma El Zahraa. Kebiasaannya saya memang terlepas samada tertidur atau sibuk melayan cucu. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan di blog saya dan klik follow blog tau. Terima kasih. Hahaha kena selalu diingatkan kerana saya tahu ramai yang tak buat

Antara yang sempat saya catit dari kuliah hari ini ialah bab bila Allah uji kita dan kita sabar, Allah akan mengganti dengan suatu yang lebih baik. Contoh ketika Rasulullah kematian anak lelaki baginda. Kaum Quraisy ketawa kerana Nabi tak ada zuriat lelaki. Allah SWT dalam surat Al Kautsar bersabda yang bermaksud semua harta dunia tak dibawa ke akhirat. Hanya amalan yang kita buat sahaja yang kita bawa ke akhirat.vSurat Al Kautsar merupakan surah ke-108 dalam Al Quran. Diturunkan di Mekah, surah ini terdiri dari 3 ayat dan terpendek dalam Al Quran.
Surat Al Kautsar menunjukkan bahwa Allah SWT memberikan nikmat yang banyak kepada Rasulullah SAW. Nikmat yang banyak itu di antaranya adalah keturunan yang banyak dan telaga al kautsar di syurga kelak. Air dari telaga yang putih lebih dari susu, harum dari kasturi, manis dari madu. Bila diminum seteguk, seorang tidak akan dahaga selamanya. 
Jadi banyakkan berdoa Ya Allah semoga aku dapat minum air dari telaga Al Kautsar kerana bila kita dapat minum bermakna kita dapat masuk syurga. Tidak semua umat Nabi Muhammad yang dapat minum air dari telaga ini. Hanya umat baginda yang taat akan minum dulu air dari kolam ini. Ianya adalah hentian akhir sebelum ke syurga. 
Disentuh juga bab Ramadhan di mana hanya Allah sahaja yang tahu kalau seseorang berpuasa atau tidak. Berbeza dengan ibadah lain yang boleh dilihat seperti solat, umrah dsb. Jadi puasa adalah salah satu ibadah ikhlas yang kita buat kerana Allah. Apa itu ikhlas? Ikhlas ialah bila kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah Taala. 
Kita boleh sahaja, masuk ke dalam bilik dan minum air tanpa ada orang yang tahu. Tapi kita tak buat macam tu kerana kita berpuasa kerana Allah. Ikhlas ialah bila kita buat sesuatu bukan untuk tunjuk pada manusia. Kita buat semuanya kerana Allah. Contoh kita exercise bukan kerana nak kurus cantik tapi kerana mahu sihat supaya dapat beribadah pada Allah. Ada orang pakai baju pun tak ikhlas tapi nak tunjuk aku pakai baju mahal. Sepatut pakai untuk tutup aurat untuk mudah menunaikan ibadah

Ramadhan ini jangan kita mensia siakan masa dengan keluar berbuka puasa di luar seperti di hotel hotel sehingga meninggalkan solat terawih. Maklum bila dah makan buffet, rugi lah kalau balik cepat kan. Selain itu, kita kena juga puasa mata, puasa telinga, puasa hati. Jangan marah marah dan jangan dengki mendengki. Bukan semata mata puasa tidak makan dan minum. Yang paling utama ialah memperbanyakkan bertaubat. 
Bila Nabi Adam dihantar ke bumi, syaitan juga diturunkan ke bumi. Iblis meminta penangguhan waktu kepada Allah swt hingga hari Kiamat dan usianya dipanjangkan hingga akhir zaman. Penangguhan waktu ini dilakukan Iblis bukan untuk menebus dosanya, tapi untuk membalas dendam kepada manusia dengan menggodanya supaya tergelincir dari jalan kebenaran. 
Penangguhan waktu yang diminta Iblis akhirnya dikabulkan oleh Allah swt hingga waktu yang ditentukan-Nya, bukan hari Kiamat. Syaitan berjanji untuk menyesatkan anak cucu keturunan Adam. Demi kemuliaanMu, aku akan uji semua manusia. Ada orang yang aku akan kalah. Mereka tak akan ikut aku. Mereka ialah orang yang ikhlas. 
"Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82 - 83) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39 - 40) . OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.

Paru goreng berlado adalah lauk yang saya masak pada hari pertama puasa Ramadhan tahun ini. Lauk ini adalah lauk kegemaran anak anak saya, terutama Nellisa. Nana pula memang tak makan bahan dan organ dalaman haiwan. 
Masak berlado ada pelbagai versi, ada yang memasukkan sedikit sos tiram. Tapi ini versi paling simple sahaja. Jika menpunyai buah tomato, boleh ganti asam keping. Saya ada baca kalau versi ori Minang, tidak dimasukkan bawang putih. Hanya cili merah, buah tomato dan bawang merah sahaja. 
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Paru Goreng BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan½ kg paru 1 keping asam kepin1 sudu besar gula atau secukupnya ½ sudu kecil garam atau secukupnya
Bahan tumbuk kasar:7 tangkai cili padi hijau dan merah4 tangkai cili hijau4 tangkai cili merah3 ulas bawang putih5 biji bawang merah
Cara cara:Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk. Cara untuk mengetahui kalau telah empuk ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, ia akan lembut dan mudah dihiris. Angkat, tos dan sejukkan. Nota: saya guna periuk tekanan selama 35 minit.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak dengan menggunakan api perlahan.
Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul betul sejuk.
Setelah paru sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan tos.

Masukkan paru ke dalam sambal dan kacau rata. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/03/paru-sambal-berlado-kegemaran-anak-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444h 2023 Malaysia

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444h 2023 Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 517 hits
Tarikh melihat anak bulan Ramadan dan perisytiharan bermulanya puasa telah ditetapkan pada petang hari Rabu 22 Mac 2023 bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 Hijrah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan me...
Potret Lala Dan Sus Rini Pengasuh Anak Sultan Andara Di Jepang Yang Jadi Sorotan

Potret Lala Dan Sus Rini Pengasuh Anak Sultan Andara Di Jepang Yang Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 191 hits
Di momen liburan keluarga Sultan Andara ke Jepang ada Lala dan Sus Rini pengasuh Rafathar serta Rayyanza yang menjadi sorotan Mereka terlihat kece dan juga bahagia Banyak netizen yang iri melihat mereka Berikut foto foto Lala dan Sus Rini d...
Sosej Gulung Berkeju Resipi Mudah Sesuai Buat Bekal Anak

Sosej Gulung Berkeju Resipi Mudah Sesuai Buat Bekal Anak

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 389 hits
Sosej dan keju Kebanyakan kanak kanak memang menyukainya Kalau buat makanan untuk jamuan di kelas pasti menu yang ada dua bahan ini habis licin dulu Bila sekolah dibuka ibu ibu mula menyemak semula resipi resipi dalam simpanan untuk dapatka...
Idea Bekal Sekolah Anak Jom Buat Sandwic 3 Tingkat

Idea Bekal Sekolah Anak Jom Buat Sandwic 3 Tingkat

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 351 hits
Sandwic antara menu popular untuk sarapan dan bekal anak ke sekolah Selain mudah disediakan ianya menu seimbang dan mengenyangkan Kali ini kita buat sandwic 3 tingkat Tapi kalau anak tak makan banyak boleh belah dua dan bekalkan separuh saj...
Dialog Perdana Menteri Bersama Anak Muda

Dialog Perdana Menteri Bersama Anak Muda

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 164 hits
Petang ini bakal berlangsung sebuah program Dialog Anak Muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar dimana program ini diadakan bersama dengan program forum dan eksposisi pemerkasaan anak muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula...
Semua Macam Bapak Hang Syatilla Melvin Stress Anak Perempuan Sebijik Muka Shaheizy Sam

Semua Macam Bapak Hang Syatilla Melvin Stress Anak Perempuan Sebijik Muka Shaheizy Sam

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 289 hits
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan pasangan selebriti yang popular di malaysia mereka telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang Hasil perkahwinan pas...
Maaf Kamu Sebenarnya Pemalas Dah Banyak Bantuan Dapat Atau Duit Anak Kamu Kamu Sebat Beli Rokok

Maaf Kamu Sebenarnya Pemalas Dah Banyak Bantuan Dapat Atau Duit Anak Kamu Kamu Sebat Beli Rokok

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 180 hits
Zaman masa sekolah rendah puluh tahun dulu kasut sekolah setahun sepasang ja Kalau nak masuk tahun seterusnya selagi mana kasut tu masih elok tetap guna Sama juga baju dari putih baju tu sampai jadi kuning Malu dgn kawan jiran kawan tu bias...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan