Sambal Tumis Sotong Sedap




Malam tadi saya telah ketinggalan boat. Baru ternampak posting yang seorang rakan Instagram telah meninggal dunia beberapa minggu yang lalu dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumah saya. Arwah selalu juga like dan kadang kadang komen di IG saya 
Innaalillaahi wainnaa ilaihiroojiuun. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sangat saya kagumi ketabahan beliau membenarkan suaminya berkahwin lain. Dikatakan beliau sendiri yang meminang. 
Berkahwin lebih dari satu adalah dibenarkan dalam Islam. Jadi saya tidak mahu komen bab ini namun jika tidak dapat berlaku adil atau tidak mampu, berkahwin satu adalah lebih baik. Yang saya terkesan ialah kerana selalu melihat gambar beliau di IG tapi hari ini melihat gambar arwah di dalam kain kapan yang ditutup hanya separuh sahaja di tanah perkuburan. 
Ya setiap yang hidup mesti merasai mati tanpa mengira pangkat, darjat dan kekayaan di muka bumi ini. Semua sama, yang dibawa hanya kain kapan. Tiada harta dan kekayaan pun yang dibawa kecuali amalan yang soleh. Jadi sentiasa lah bersedia. Lakukanlah sebanyaknya amalan dan kebaikan hatta bersedekah setengah biji buah kurma. Mudah mudahan kita diberikan rahmat dan petunjuk Allah. Amalkan doa ayat ke10 surah Al Kahfi. 2 perkara yang sangat penting di mukabumi ini untuk menentukan kejayaan di akhirat. OK setakat ini dahulu dan semoga bermanafaat.

Semua orang boleh menyediakan sambal tumis sotong tapi sedikit perbezaan cara penyediaannya boleh membezakan sambal sotong yang sedap atau tidak. Syarat pertama ialah cili mesti ditumis garing sehingga terbit minyak supaya sambal tidak terasa cili masih mentah. 
Kedua, sambal yang cantik kejadiannya mestilah tidak terlalu berkuah dengan air sotong. Sambal mesti ada minyak minyak sedikit bukan sambal pekat. Sotong juga tidak liat dek dimasak terlalu lama.  
Dibesarkan dalam keluarga yang tidak pernah memasak sambal tumis, saya belajar dan belajar dari kawan kawan pejabat dan juga membaca cara cara orang lain menyediakan sambal tumis. 
Memasak memang memerlukan praktis dan praktis untuk menghasilkan kejadian masakan yang cantik selain air tangan. Jadi anak anak gadis, belajarlah memasak dari awal agar anda menjadi wanita hebat di dapur. 
Maaf jangan ada yang tersinggung. Saya mungkin masih ''old school" dalam bab lelaki di dapur kecuali jika mereka berkerjaya sebagai tukang masak atau memang menjalankan perniagaan makanan. Sekadar tologn tolong isteri memasak di dapur sikit sikit OK lah. Anak saya Aween pun memasak sendiri lauk sesuai dengan diet beliau. Hahaha jangan marah tau. Itu hanya pendapat dan pandangan peribadi saya. 
Jom layan resepi di bawah ini dan cara penyediaannya. Selamat mencuba...


Sambal Tumis SotongOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:650 gram sotong3-4 sudu besar cili kering kisar½ biji bawang besar Holland1 ½ sudu besar gula½ sudu kecil garam½ sudu kecil pes asam jawa1 - 1 ¼ cawan minyak masak
Bahan kisar:1 biji bawang besar8 biji bawang merah6 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili garing dan terbit minyak. Minyak kelihatan berbuih. 
Masukkan gula dan kacau rata sehingga sambal bertukar menjadi warna gelap. Masukkan air asam jawa dan garam.

Kacau lagi sehingga sambal kering dan terbit minyak cantik. Masukkan sotong dan kacau rata kerana sotong tidak boleh dimasak terlalu lama. 

Masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. Bolehlah ditutup api.


Nota:Jika minyak berlebihan, boleh ceduk keluar dan simpan untuk digunakan memasak mee goreng atau nasi goreng. 
Boleh juga, digoreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan air sotong. Air sotong kemudian dimasukkan dalam sambal. Tujuan supaya sambal tidak berkuah dengan air sotong.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/11/sambal-tumis-sotong-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bihun Sup Daging Sambal Kicap Memang Super Sedap

Bihun Sup Daging Sambal Kicap Memang Super Sedap

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 576 hits
Tengahari ni kalau dapat makan Bihun Sup memang sedap sungguh lagi lagi pulak ada sambal kicap Jus daging segar yang meresap dalam kuah tu yang tambah menggetar selera Ni Bihun atau Mihun Sup Daging serta Sambal Kicap dari Mariana Zainal na...
Step By Step Buat Sambal Sardin Yang Sedap

Step By Step Buat Sambal Sardin Yang Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 312 hits
Sambal sardin adalah sejenis lauk ringkas yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis makan utama Misalnya nasi roti atau lempeng Boleh juga dijadikan pencecah makan dengan ubi kayu rebus Sardin dalam tin juga memang selalunya menjadi stok lau...
Sambal Nasi Lemak Padu Tumis Lama Lama Sedapnya Lain Macam

Sambal Nasi Lemak Padu Tumis Lama Lama Sedapnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 322 hits
Tidak sah tanpa nasi lemak untuk sajian keluarga di hujung minggu Sambal pastinya menaikkan rasa enak dalam nasi lemak Tanpa sambal nasi lemak jadi hambar Namun bagaimana menyediakan sambal terbaik Resipi yang dikongsikan ini memang power P...
Resipi Sotong Sardin Tumis Pedas

Resipi Sotong Sardin Tumis Pedas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 754 hits
Macam lama je tak makan sotong sardin Timbullah rasa teringin nak makan sotong sardin Ingat lagi masa kecil mak pernah masak sotong sardin ni pedas pedas sedap betul Masakan mak mana pernah tak sedap Siap siap senaraikan dalam senarai baran...
Sambal Tumis Orang Jawa

Sambal Tumis Orang Jawa

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 393 hits
Ini antara sambal tumis favorite ramai orang Bahan bahannya mesti cukup korum Harus ada tempe tahu kentang dan ikan bilis Petai itu bonus Kjee buat ini dua hari lepas Untuk lunch tetapi ada baki semangkuk besar untuk dinner Selalunya Kjee t...
Sotong Dua Rasa Dan Pari Bakar Sambal Tip Top Di Hari Ke 9 Pkpb 2 0

Sotong Dua Rasa Dan Pari Bakar Sambal Tip Top Di Hari Ke 9 Pkpb 2 0

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 627 hits
Assalamualaikum NAK makan Sotong Masak Kicap jawab Pak Inche bila Sk tanya lauk untuk makan malam semalam Bila dia cakap jer masak kicap itu maknanya kena masak sesuatu yang lain untuk Iman yang tak berapa suka masakan berkicap Alaa masak p...
Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai

Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 527 hits
Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai Resepi mudah berasaskan sotong yang saya baru belajar ini adalah hasil daripada resepi korek korek dari tukang masak kat sebuah restoran thai terkenal Sotong masak sambalnya amat lah sedap dan berbau har...
Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 341 hits
Soto Ayam agak sama dengan sup ayam tapi ada beberapa kelainan terhadap bahan bahan apa pun hidangan sangat popular di nusantara Resepi juga telah banyak di tokok tambah mengikut citarasa tempatan tapi dalam artikel ini saya kongsikan resep...
Zara Zya Kongsi 2 Resipi Masakan Thai Sedap Senarai Pemenang Minggu Kedua Saji An Misteri

Zara Zya Kongsi 2 Resipi Masakan Thai Sedap Senarai Pemenang Minggu Kedua Saji An Misteri

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 406 hits
DagingResipi PilihanCara Buat Kari Daging Yang Pekat Tanpa SantanAdvertorialSajian MisteriSaji an Misteri Ini Pemenang Minggu Pertama Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti SedapPencuci Mulut ManisanResipi PilihanCara Buat Agar Agar Cendol Gula...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia