Sambal Tumis Sotong
Saya seorang yang sangat meminati photography, bukan sahaja suka mengambil gambar tapi juga suka bergambar. Di mana pergi atau ada majlis apa pun, saya mesti merakamkannya. Masa dalam darjah 5, dah pandai ke studio ambil gambar dengan kawan kawan. Haa klasss gitu.
Masa belum ada smart phone, saya akan bawa kamera ke mana mana. Kamera zaman dulu bukan kecil. Besar gedabak gitu. Dari zaman sekolah, zaman universiti, saya dah ada kamera. Bukan kamera sendiri tapi kamera abang saya yang dah dijadikan macam harta saya sendiri. Hahaha
Jadi gambar adalah sesuatu yang sangat saya hargai terutama di majlis istimewa seperti majlis perkahwinan dsb. Ianya mesti cantik dan mesti bermakna. Contoh selain ada gambar pengantin kena ada juga gambar pengantin dengan kedua keluarga. Gambar mesti ada yang dekat dan yang diambil dari jauh dengan latarbelakang penuh.
Ketika abang dan kakak saya kawin, saya bertindak sebagai photographer juga. Ketika itu saya masih di bangku sekolah menengah. Jadi saya faham dalam kes viral di mana gambar ketika majlis akad nikah di mana pengantin dihadang oleh seorang wanita yang berdiri di depan pelamin tanpa menpunyai fungsi tugas yang sebenarnya. Saya faham kemarahan pengantin dan orang ramai. Malahan saya sendiri merasa sangat geram melihat situasi itu.
Tapi dalam masa yang sama, saya pun kasihan juga dengan wanita berkenaan kerana mungkin dia tidak faham nilai gambar dan video pada pengantin. Bukan sekadar akad nikah lancar dan kawin sah sahaja.
Jadi sepatutnya pihak photographer yang ditugaskan kena tegas dalam memastikan gambar yang diambil cantik. Kalau senget dibetulkan, kalau ada penghadang, kena alihkan. Itu kalau saya dan juga apa yang saya expect dari seorang photographer atau videographer. Dia diberi kuasa untuk memastikan gambar cantik, tak cantik itu dia punya urusan yang harus dijawab.
Saya baca setiap komen dan memang bersetuju betapa kecewanya pengantin. Kalau saya, mahu saya bangun atau minta sesiapa beritahu hal sebenar supaya tiada halangan semasa majlis berjalan. Semoga apa yang terjadi dan viral itu dijadikan pengajaran terutama kepada golongan wanita yang dah berumur supaya menghormati majlis terutama jika kita tidak dijemput secara langsung oleh tuan rumah, jangan kita mencampuri urusan mereka tanpa kebenaran mereka.
Bila kita dah berumur kita rasa kita pandai semua. Walhal ada benda dah berubah, tidak macam zaman kita lagi. Majlis kawin pun ada tema warna yang pastel pastel. Jangan kita pula pakai warna terang benderang. Haa gitu pesanan untuk wanita mak mak macam saya.
Hari ini saya hendak kongsikan satu resipi kegemaran di rumah kami iaitu sambal tumis. Tak kiralah sambal tumis apa pun, semua jadi terutama sambal tumis udang, sotong dan isi kerang.
Satu hal yang mesti diambil berat bila buat sambal tumis ialah mesti menumis dengan lama agar sambal benar benar masak. Tumis dengan minyak yang banyak. Jangan risau, setelah siap, bolehlah diceduk keluar.
Guna minyak lebihan tu untuk membuat nasi goreng, sayur goreng dsb. Lagi sedap dan berperisa. Bab perasa, sukahati kita kalau nak guna serbuk aji atau serbuk pati ayam atau nak letak garam dan gula sahaja. Itu bahan perasa sahaja yang tidak wajib ada.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sambal Tumis SotongOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:400 gram sotong3 sudu besar cili kering kisar½ sudu kecil pes asam jawa2 sudu besar gulaGaram½ biji bawang besar - hirisMinyak masak
Bahan kisar:1 biji bawang besar3 biji bawang merah4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak dan naik bau.
Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili benar benar garing dan masak. Masukkan air sedikit demi sedikit termasuk air sotong bagi memastikan cili masak.
Sementara itu, masukkan sotong ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos. Air sotong dimasukkan ke dalam sambal. Ketepikan sotong.
Masukkan pes asam jawa dan garam.
Akhir sekali, masukkan sotong dan kacau rata. Jika terlebih kering, masukkan sedikit air.
Masukkan bawang besar hiris, jika suka. Setelah bawang layu, boleh tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/10/sambal-tumis-sotong.html