Sambal Tempe Jawa
Sebut tempe je mesti ingat jawa je kan? Asal tempe je jawa, Asal jawa je tempe. Eh, tak jawa pun suka sangat makan tempe. Salah seorang peminat tempe tu Fiza lah. Kau orang minat tempe tak? Tempe masak apa dan campur dalam apa apa menu pun sodap! Peminat tempe mana boleh kata tak sedap. Buat lauk boleh buat hidangan petang tempe goreng cicah sambal kicap lagilah sedap. Johor style kalau cicah sambal kicap ni. #doneclaim
Selain tempe goreng yang sedap tu, kalau dibuat lauk kebiasaannya akan masak sambal tempe dengan ikan bilis dan kacang tanah tu. Style orang jawa pulak macam biasalah sambal tempe jawa. Resepi Fiza masak ikut suka, memang derhaka dengan resepi original javanese people. Suka juga masak sambal tempe jawa ni kalau ada stok tempe.
Hidangan ni sangat sesuai dimasak ketika sedang malas nak masak lauk lain. Lauk yang satu ni je pun dah cukup untuk hidangan kami berdua suami isteri. Kadang tu buat ratah lauk je. Tapi dalam malas-malas pun kira rajin juga lah nak menyediakan sepinggan lauk sambal tempe jawa ni. Nampak mudah tapi leceh sebenarnya nak sediakan bahan-bahannya
Nak kena goreng tempe dan ikan bilis dulu. Kemudian barulah boleh menumis dan satukan semua bahan-bahan. Nak menunggu tempe tu masak dan ikan bilis garing pun ambil masa juga tu. Seleceh-leceh nak menyiapkan hidangan, dapat sediakan lauk favourite terus lupa segala kelecehan. Kiranya lauk malas-malas rajin namanya.
Harini macam malas nak kongsi resepi sebab tak tahu resepi original dia macamana kan. Takut salah resepi original, marah orang jawa kang. Hihi..gurau je. Yang sebenarnya malas nak menaip resepi. Google je dah boleh dapat pelbagai jenis cara masak sambal tempe jawa ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/01/sambal-tempe-jawa.html