Memburu Rhizosfer Dan Endofit Di Jawa Barat


CATATAN PERJALANAN

Disalah satu gerai jualan ubi Cilembu mentah di Sumedang."HENDAK seribu daya tak nak seribu dalih." Itulah peribahasa biasa yang kita dengar. Saya nak tambah dan memperkemaskan peribahasa itu dengan serangkai kata begini; "kalau mencari kita akan bertemu, kalau mahu tetapi ia hanya diangan-agankan tidak akan berjumpa sampai ke bila."

 Bagi seorang pemimpin yang bertanggung jawab sanggup meletakkan kebajikan rakyat di atas pundaknya, ia tidak akan pernah lelah daripada berjalan dan mencari sesuatu untuk nilai tambah atau pun membawa hasil baharu kepada masyarakat.

Dia juga tidak akan peduli apa yang dicerca, diejek dan dipersenda bahkan itu semua dijadikan cabaran dan azimat buatnya untuk terus berjuang dan berjuang. Halangan perjalanan sejauh mana jaraknya juga tidak dihitung demi kebahagiaan rakyat.

Di kedai milik Haji Maman, dihidang sepinggan
ubi Cilembu bakar.Begitu yang dilihat apa yang ada dalam diri seorang ahli politik dan pemimpin ini, Husam Musa, beliau tidak pernah serik dengan apa yang dilempar dan dipersendakan kepadanya. Beliau juga tidak pernah mengalah kepada singgungan dan ejekan, semua itu dianggap gurauan sampah.

Rupa ubi Cilembu, ada yang setongkol
beratnya cecah 400gm.Sudah banyak projek atau idea-idea yang dicambahnya diketawakan oleh banyak orang. Tidak dinafikan dalam berbagai idea dan projek atau program diperkenalkan, ada yang berjaya sehingga merubah suasana, sebaliknya ada juga gagal disebabkan kelemahan pengurusan atau tidak ada tanggungjawab dan tidak amanah mereka ditugaskan.

Yang sangat jelas, pandangan jauh Husam melewati rongga kepala orang lain, menunjukkan beliau seorang pemikir dan pencari dan peneroka ilmu yang tidak pernah jemu.

Kelebihan itulah juga kenapa beliau didambakan agar diberikan peluang dan harapan lebih besar. Ramai orang menanti apakah bentuk gulai dan masakannya jikalau beliau diberikan segala bahan, rempah ratus, periuk, kawah dan api.

Sifat kreatif dan inovatif dimilikinya serta azam mahu cuba mengaplikasikan sesuatu yang baru dalam kehidupan dan dijadikan agenda perjuangan membela rakyat menjadi beliau seorang yang unik (pelik) dan istimewa serta sukar difahami. Bekas Exco kanan kerajaan Kelantan era Tok guru Nik Aziz ini tidak mempedulikan keanehan digelarkan itu, apa yang dikira, kepuasan dan manfaat dikutip untuk masyarakat.

Menjejak harapan.
Tiga hari saya ke Indonesia bersamanya berserta tiga rakan lain, Haji Hashim Omar, Lokman dan Azman mengikut permusafiran mencabar kerana kebetulan waktu itu Jakarta dilanda banjir. Semua orang fikir pemergian itu sekadar untuk menghabisi sisa daun-daun kalender  2019, untuk rileks dan makan-makan kerana Indonesia adalah Syurga makanan Nusantara.

Itu selalu dilakukan kebanyakan pemimpin, para menteri pada setiap hujung tahun, bercuti. Peruntukan disediakan kerajaan tidak disia-siakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mengira kalau ia tidak dihabiskan wang itu akan dipulangkan kepada perbendaharaan, rugi jika tidak dipakai. Jadi bila tiba setiap hujung tahun mereka akan berpergian ke mana sahaja untuk bercuti dan menghabiskan wang.

Salah satu ladang ubi Cilembu di Kg Cilembu.Tidak diketahui berapa nilai diperuntukan kepada seseorang menteri untuk rehat di hujung setiap tahun? Mungkin mencecah puluhan ribu ringgit?

Berbeza dengan Pengerusi Lembaga Pertanian Kemubu (Kada) Husam, yang dikenal pasti tidak pernah mengambil cuti untuk berehat apa lagi bersantaian dengan anak isteri di luar negeri.

Baginya tidak ada istilah rehat, kalau pun rehat kerja tetap menyapanya kerana beliau seorang yang tidak tahu duduk diam dan membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu berfaedah. Beliau akan memanfaatkan masanya dengan bekerja. Sebab itu jarang orang terserempak dengannya di kedai kopi atau lokasi hiburan lain.

Tiga hari ke Indonesia, bersamanya memenatkan badan. Mereka yang tidak betah atau arif dengan sifatnya pasti akan mufaraqah perjalanan itu. Sebaik meletak barangan (check-in) beliau akan terus bergerak untuk memburu bagi mendapat sesuatu yang diingini.

Sedang orang lain masih mencari pintu bilik, beliau lesap mengikut haluan dan genta rasanya sendiri. Husam tidak akan berlengah untuk mendapatkan apa yang dicarinya, sebaik sampai ke destinasi tujuannya. Sesiapa yang lambat akan ditinggalkan.

Haji Maman menggali Cilembu untuk
dihadiahkan kepada kami.Tidak siapa tahu apa yang hendak dicari dan diburu di Indonesia kali ini. Yang pastinya buku-buku yang menjadi "keminatan" utamanya, tidak pula dibayangkan dengan permusafiran itu. Selepas bersarapan pagi di hotel terletak di pinggir kota Bandung pagi itu, baru diketahui  destinasi utamanya ke Cilembu.  Apa  yang ingin diburu dan dicarinya kali ini.

 Yang menjadi buruannya ialah ubi Cilembu.

Walaupun saya sudah mengetahui akan kelazatan ubi ini tetapi tidak berpengetahuan sepertinya tahu tentang ubi ini. Saya sebelum ini menganggap ubi Cilembu sejenis ubi setelor atau keledek sama sahaja dengan apa yang kedapatan di negara kita, atau pun ubi setelor Jepun (potato Japanese). Tetapi ia ternyata lebih unik dan hebat dari itu.

Kebetulan ubi ini juga menjadi kegemaran saya. Setiap kali ke Bandung dan melalui Lembang untuk ke Tangkuban perahu, terdapat banyak gerai menjual ubi Cilembu dan jagung bakar di sini.

Walaupun beliau tidak menghurai panjang saya dapat memahami kenapa beliau mahu ke Cilembu dan mengenali pasti seluk beluk penanamnya. Ada apa dengan ubi setelor itu. Saya kira ubi ini akan dijadikan satu lagi industri hiliran atau penghasilan bagi warga tani dalam kawasan Kada.

Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai keistimewaan ubi ini. Ubi Cilembu di sini adalah yang terbaik. Ia sejenis tumbuhan menjalar dan mengeluarkan isi dalam tanah. Ubi ini menjadi perusahaan atau hasil tani utama untuk penduduk di daerah Sumedang, Jawa Barat. Walaupun ubi ini kedapatan di daerah lain tetapi rasa dan keenakannya tidak sama dengan ubi di Cilembu.

Bersama Haji Maman salah seorang
pengusaha ubi Cilembu yang berjaya.Keunikan dan keistimewaan itulah yang menjadi buruan Husam. Saya sendiri walaupun kerap ke Bandung dan pernah beberapa kali makan ubi ini seperti dinyatakan tadi tetapi tidak mengetahui akan keistimewaannya. Dan tidak tahu kenapa ia dipanggil ubi Cilembu, sehinggalah dalam kunjungan ini baru tahu kenapa ia disebut Cilembu kerana berasal dari kampung itu.

Apa lagi mengetahui rahsia sebab musabab kenapa ubi ini rasanya berbeza dengan tempat lain. Namun kelebihan ini disedari oleh Husam. Inilah kelebihan Pengerusi PH Kelantan itu, ianya diperolehi hasil daripada pembacaan beliau yang meluas.

Melewati bukit bergunung.
Sepanjang perjalanan menuju ke kampung Cilembu yang berada di bahagian Timur Laut kota Bandung terpaksa menaiki tanah tinggi.  Jaraknya dari Bandung kira-kira 45 km. Jalan ke sana berliku-liku dan masih sempit. Jalan "ngam-ngam" muat berselisihan dua buah kereta sahaja.

Jalan menuju ke Cilembu dibina sejak zaman Belanda. Kedudukan atau jalurnya betul-betul dipinggir bukit atau gunung. Dari Bandung ke Sumedang di sebelah kanan, tersedia curam sedalam 50 meter bisa menelan sesiapa sahaja yang tergelincir.

Pun begitu perjalanan tidak menjemukan kerana di bawah, pinggir bukit sebelah kanan itu divariasi dan diindahi dengan sawah padi yang ditanam secara teres. Bendang padi itu kelihatan bertingkat-tingkat tidak menjemukan mata memandang. Ada jerung (sudut) tertentu ia kelihatan macam sebuah lukisan cat minyak yang tergantung di sudut rumah.

Di sepanjang jalan itu terdapat ratusan buah gerai menjual ubi Cilembu bakar disamping bahan makanan lain seperti tapai ubi kayu atau (puyun) pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi Cilembu. Penjualan ubi Cilembu mendominasi jualan di sini.

Dalam perjalanan inilah Husam bercerita akan keistimewaan dan rahsia ubi Cilembu yang ditanam di  kampung itu. Menurutnya, faktor ubi di sini enak dan rasanya manis ialah kerana di bumi Cilembu itu terdapat dua jenis bakteria, Rhizosfer dan Endofit. Dua bakteria ini hanya ada dalam tanah di Cilembu. Bakteria ini mengeluarkan elemen khas menjadikan ubi menjadi manis dan bermadu serta menjadi daya penyuburan.

Keistimewaan ubi Cilembu dan kewujudan bakteria rahmat itu tidak pun disedari oleh para petani disitu. Begitu juga ia tidak terkesan oleh pegawai pertanian. Ia disedari dua tahun lepas apabila seorang mahasiswa kesarjanaan Institut Teknologi Bandung (ITB) Agustina Monalisa yang membuat kajian untuk sarjananya berhubung perkara itu menemui rahsia kewujudan bakteria berkenaan.

Sejak penemuan bakteria itu menyebabkan ubi Cilembu jadi popular dan menjadi kegemaran ramai. Ia ditambah pula dengan beberapa kelebihan ubi berkenaan yang mana dapat bantu mengurangkan pelbagai penyakit kronik seperti jantung serta bertindak menjadi menguatkan ketahanan diri dan juga awet muda. Ubi ini juga tidak membahaya kepada pengidap kencing manis dan baik untuk jantung disamping menjadi pengekang kanser.

Hasil kajian ini penghasilan ubi Cilembu dari kampung Cilembu khasnya dan amnya daerah Sumedang bukan sahaja jadi tarikan rakyat Indonesia sebaliknya ia ikut sama menjadi perhatian dunia. Hari ini ubi Cilembu tidak sahaja dibakar di gerai-gerai di pinggir sepanjang jalan dari Bandung ke Cilembu  sebaliknya menjadi salah satu hasil eksport untuk Indonesia.

Dengan berbagai keistimewaan ubi Cilembu asal dari kampung Cilembu itulah maka tidak hairan  kenapa Husam mencari dan memburu bakteria rahmat tadi dan mengolahnya untuk membawa balik Cilembu ke Kelantan bagi dijadikan hasil atau produk tani sampingan yang boleh menambahkan pendapatan warga Kada yang dalam jagaannya kini.

Selepas pecah rahsia itu baru saya dapat memahami kenapa Husam beriya-iya untuk ke Cilembu sanggup merempuh bencana banjir yang melanda Jakarta kerana di sana ada nilai tambah untuk rakyat dan negara.

Sesuatu yang perlu disebut juga permusafiran ke Cilembu itu kami beruntung apabila disambut oleh seorang pengusaha ubi Cilembu sejak berdekad lalu Haji Maman, 64. Beliau adalah seorang pekebun ubi Cilembu yang bertaraf jutawan, memiliki kebun luas berhektar. Selain jadi pengusaha ubi beliau juga membangun sebuah pesantren.

Tidak ada temu janji atau apa-apa maklumat mengenainya sebelum itu, tetapi apabila ia ditemukan dengan kami, kami mengira para walilah yang mempertemu dan mempertautkan silaturahim antara kami dengan Haji Maman.   [wm.kl.3:14 pm 05/01/20]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/01/memburu-rhizosfer-dan-endofit-di-jawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertamina Siagakan Spbu Mini Di 16 Titik Tol Banten Dki Dan Jawa Barat

Pertamina Siagakan Spbu Mini Di 16 Titik Tol Banten Dki Dan Jawa Barat

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 167 hits
PT Pertamina MOR III menyediakan Stasiun Pengisian Bahan Bakar Umum Modular di 16 titik baik di jalur tol maupun non tol SPBU mini atau disebut SPBU Modular ditempatkan di rest area yang tidak terdapat SPBU maupun jalur rawan macet yang jar...
Banjir Jakarta Dan Jawa Barat Operasional Antam Berjalan Normal

Banjir Jakarta Dan Jawa Barat Operasional Antam Berjalan Normal

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 251 hits
PT Antam Tbk bersama Mining Industry Indonesia melakukan penanganan serta mitigasi bencana banjir dan tanah longsor di wilayah operasional Perusahaan memastikan kegiatan operasional tetap berjalan dengan normal
Kecelakaan Lalu Lintas Di Jawa Barat Meningkat Sepanjang 2019

Kecelakaan Lalu Lintas Di Jawa Barat Meningkat Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 207 hits
Jumlahnya naik 4 64 persen dibandingkan kasus yang terjadi tahun lalu
Banjir Di Jalan Pos Pengumben Jakarta Barat Dijadikan Arena Bermain Anak

Banjir Di Jalan Pos Pengumben Jakarta Barat Dijadikan Arena Bermain Anak

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 277 hits
Ibu ibu mencoba melarang anaknya bermain dan berendam di air banjir namun larangan itu tidak dipedulikan Ibu ibu lantas tersenyum dan menyerah melihat senyum sumringah anak anaknya saat bermain dengan anak anak seusianya
Ini Titik Jalan Di Jakarta Barat Yang Belum Bisa Dilewati

Ini Titik Jalan Di Jakarta Barat Yang Belum Bisa Dilewati

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 168 hits
Demikian juga di Jalan Pangeran Tubagus Angke dan Jalan Daan Mogot serta Jalan Perdana Ketinggian air di kawasan tersebut rata rata 20 centimeter sampai 30 centimeter
Selepas Kebakaran Hutan Australia Barat Kini Diterjah Siklon Tropika Dengan Kelajuan Angin 125 Km Jam

Selepas Kebakaran Hutan Australia Barat Kini Diterjah Siklon Tropika Dengan Kelajuan Angin 125 Km Jam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 456 hits
Siklon tropika pertama di Australia Barat telah menerjah pantai utara negara itu dengan kehadiran hujan lebat dan angin kencang Siklon tropika Blake itu dianggarkan bergerak 215km ke arah utara Broome pada petang Isnin dan dijangka mula ber...
Kisah Sebenar Muslim Di China Dalam Kembara Ke Barat China

Kisah Sebenar Muslim Di China Dalam Kembara Ke Barat China

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 282 hits
Gambar ihsan BH online KISAH SEBENAR MUSLIM DI CHINA DALAM KEMBARA KE BARAT CHINA 9 21 DISEMBER 2019 Saya dah lama membaca mengenai suasana di Xinjiang dan Urumqi serta mengenai orang orang Uyghur Tapi saya memilih untuk tidak memberi sebar...
China Kini Hampir Sedia Menggunakan Sistem Gps Tersendiri Supaya Tidak Bergantung Kepada Teknologi Barat

China Kini Hampir Sedia Menggunakan Sistem Gps Tersendiri Supaya Tidak Bergantung Kepada Teknologi Barat

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 229 hits
Tahun 2019 ialah tahun dimana Amerika Syarikat dan China memulakan perang perdagangan Tarif yang tinggi mula dikenakan ke atas produk dari China oleh A S bagi membalas tarif yang dikenakan oleh China ke atas mereka Pada waktu yang sama A S ...
Heboh Fenomena Bioluminescene Terjadi Di Pesisir Barat Lampung Air Laut Terang Di Malam Hari

Heboh Fenomena Bioluminescene Terjadi Di Pesisir Barat Lampung Air Laut Terang Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 658 hits
Ada fenomena baru yang terjadi di wilayah Pesisir Barat Fenomena bernama Bioluminescene membuat warga yang bermukim di sepanjang pesisir pantai keheranan Masyarakat Kabupaten Pesisir Barat sejak beberapa hari terakhir dihebohkan oleh fenome...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri