Sambal Sardin Sedap Dicicah Lempeng




Assalamualaikum, apa khabar semua. Sebelum mula membaca, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua.
Saya ingin kongsikan petikan kuliah zoom oleh Al Fadhil Ustaz Firdaus Subhi berkenaan tafsir surah al Qariah. Dinamakan Qariah kerana Allah mulakan dengan perkataan Qariah utk timbul rasa gerun, bingung dan ketakutan. Dimulakan dengan soalan. Al Qariah adalah salah satu dari nama hari kiamat. Mengandungi sifat yang akan berlaku pada hari kiamat kelak. Memukul dalam keadaan kuat untuk mengetuk hati insan. 
Hati cukup bahaya jika tidak diberi pengisian. Bila hati jauh dari Allah, dosa mudah dilakukan. Memandang perkara dilarang, tak rasa itu satu dosa. Tanggungjawab tak dilaksanakan, juga tidak rasa satu dosa. Hati jadi keras. Mudah lakukan dosa dalam kehidupan.
Surah ini mengaitkan dengan surah sebelumnya iaitu Al 'Aadiyaat di mana dalam 3 ayat terakhir, Allah menceritakan apakah belum datang maklumat di saat ketika kubur dibongkar, semua akan dikeluarkan, termasuk roh dimakan oleh binatang juga dikeluarkan. Dikeluar semua isi dada manusia. Pasti mengetahui secara detail pada niat yang ada dalam hati hati mereka.
Manakala isi kandung dalam surah Al Qariah menceritakan suasana yang menakutkan ketika berlaku kiamat yang tidak mampu kita fikirkan. Kalau kita melihat teruknya kesan peperangan di Palestine, lebih teruk lagi untuk digambarkan suasana hari kiamat.
Manusia yang ada di alam kubur merasakan siksaan kubur rasa macam itu lah pengakhirannya tapi tiba tiba Allah bangunkan mereka dari kubur. Ending akan dibangkitkan dengan jasad dan rohnya dan kekal selamanya samada syurga atau neraka.
Keadaan manusia ketika keluar dari kubur umpama kelkatu. Kelkatu tak lihat apa bahaya yang berlaku pada cahaya yang dikerumuninya. Dia tak rasa api itu bahaya. Kelkatu tidak tahu halatuju. Umpama kelkatu juga kerana dari sudut bilangan manusia yang keluar bukan sahaja dari zaman Nabi Muhammad tapi semua dari zaman Adam. Terlalu banyak. Semua akan dikeluarkan dari kubur.
Kedua, manusia berjalan dalam keadaan tidak tersusun. Dalam kebingunan. Ada ke kanan ada ke kiri. Mereka bertanya, siapa yang bangkitkan kami dari tempat baring kami. Masa ini mereka sedar semua yang disampaikan oleh para utusan Allah adalah benar. Mereka menyesal kerana tak persiap diri.
Ketiga, disebut kelkatu kerana kelkatu adalah binatang lemah yang hina. Manusia makhluk dicipta dalam keadaan lemah. Kita perlu makanan, kita perlu kasih sayang. Lahir manusia dicipta dalam keadaan lemah. Ketika lahir perlu bantuan dari bidan. Keempat, hina manusia dicipta dari benda hina. Tak ada yang berminat jika air mani dijual. Mereka bertebaran. Dalam keadaan kebingungan apa yang sedang berlaku.
Kita akan lihat ayat 5 Allah menjelaskan bahwa gunung-gunung pada hari kiamat seperti bulu, dimana gunung-gunung menghilang (dari tempatnya), menjadi seperti bulu (kapas) yang terkoyak dan berhamburan bagian demi bagiannya dan berterbangan di udara. Gunung ganang pasak bumi dan bumi tak bergegar dengan ada bukit bukau. Di hari kiamat bukit bukau seakan bulu bulu berterbangan. Begitu suasananya. Batu jatuh pada kepala kita. Sekeras batu akan jadi lembut berterbangan.
Kenapa gunung ganang? Menggambarkan keadaan manusia dengan gunung ganang bila berlaku ketukan pada hari kiamat padahal gunung begitu besar keras dari batu berbanding dengan kulit manusia. Gegaran kuat tiba tiba gunung menjadi bulu berterbangan. Sedangkan gunung tidak diberi amanah seperti mana amanah diberi pada manusia. 
Gunung ganang takut untuk terima bebanan tersebut. Manusia bila terima amanah akan berlaku zalim. Gunung yang tak diberi amanah pun boleh hancur bagaimana manusia yang lemah. Kita kena sentiasa takut untuk hadapi hari kiamat. Manusia dalam keadaan takut. Waktu itu orang menyusu tak tahu apa yang mereka susukan. Yang melahirkan tak sedar telah melahirkan.
Kita akan dapati isi surah ini ialah pda ayat 6 bicara tentang berat timbangannya maka dia dalam keadaan redha. Wajah jadi lebih indah. Badan jadi lebih kuat. Banyak melakukan kebaikan masa di dunia. Tidak semudah melakukan kejahatan. Dihidangkan syurga dengan segala perkara yang tak disukai manusia. Solat awal waktu, mengaji. Semua yang tak disukai. Tanggungjawab suami dalam keluarga bukan mudah. Isteri untuk taat pada suami, bukan kerja mudah. Bersedekah lah kamu kerana ramai wanita dalam neraka kerana wanita banyak bercakap dengan laknat caci maki dsb. Jarang bersyukur pda pasangan masing masing. Tak syukuri apa yang diberi oleh suami.
Perbanyakkan berdoa pada Allah minta Allah beratkan amalan kita tangungjawab dilaksanakan, cuba kita cari amalan yang diberi pahala banyak seperti sedekah yang pahalanya tinggi. 700 kali ganda pahala sedekah. Confirm Allah berikan sebagai imbuhan paling rendah. Allah boleh tambah pada sesiapa yang Allah kehendaki. Amalkan zikir sedikit pahala besar. Kita nak beratkan timbangan, hilangkan sifat takabur, sombong. Kadang kita bangga banyaknya amalan kita. Jika ada, segera kita hilangkan. Takut amalan jadi sia sia. Muflis kerana mencaci dan menzalimi manusia. Dosa orang dizalimi akan dicampak padanya. Kerana adanya perasaan riak, amalan tak terima.
Kenapa neraka disebut hawiyah. Bermaksud hari yang menghancurkan. Jika jatuh ke dalam neraka, akan terima siksaan. Ahli neraka akan jatuh ke dalam neraka.Kamu tahu apa yang kamu dapat tahu api neraka Allah yang terlalu panas. Setiap kali kulit kamu masak, ianya akan diganti dengan kulit yang baru agar kamu dapat rasa siksaan Allah.
Hadis berkenaan panasnya api neraka oleh abi Hurairah, Nabi bersabda api yang diguna oleh manusia hanya 1 juzuk dari 70 juzuk api neraka jahanam. Satu riwayat sebut 100 juzuk. Seringan ringan api neraka ialah capal ketika dipakai, akan menggelegakkan otaknya. OK setakat ini dahulu.

Saya memang peminat tegar sardin. Satu hari dalam tahun lepas kami berbuka puasa di hotel di Damansara. Di situ kebetulan disediakan sardin sambal yang kuah kering macam yang saya sediakan hari ini untuk dicicah dengan lempeng dan roti canai. Saya mengulang tak tahu berapa kali. Memang sardin seperti sangat sedap selain dimakan dengan nasi, juga dimakan dengan roti.
Kalau buat sendiri, dapat jimat boleh makan sepuas puasnya. Memang berbaloi baloi. Boleh juga dibuat seperti inti sandwich, cuma masukkan timun dan tomato. Wallaa sedap...
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…

Sambal Sardin Cicah LempengOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 tin sardin cap ayamBuah tomato - potong daduBawang besar GaramGulaMinyak masak
Bahan hiris:4-5 biji bawang merah3 ulas bawang putih5-6 biji cili padi hijau - ikut pedas disukai
Cara cara:Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga keperangan. 

Masukkan sos sardin. Masukkan buah tomato dan bawang besar dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan sardin dan hancurkan sedikit. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Masak sehingga terbit minyak dan kering yang disukai.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/02/sambal-sardin-sedap-dicicah-lempeng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mamee Chef Perisa Tomyam Sedap Sangat Kuah Pekat

Mamee Chef Perisa Tomyam Sedap Sangat Kuah Pekat

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 298 hits
First time aku cuba Mamee Chef Sumpah sedap sangat kenapa sebelum ni tak pernah cuba eh haha Selalunya aku beli Maggi brand Tapi sebab boikot kena lah tukar pada yang lain Kuah dia pekat dan ada rasa creamy Macam korang masak sendiri tomyam...
21 Resipi Berasaskan Udang Pelbagai Rasa Gerenti Sedap Nakmat

21 Resipi Berasaskan Udang Pelbagai Rasa Gerenti Sedap Nakmat

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 225 hits
Koleksi resipi masakan Udang yang menyelerakan seisi keluarga memikat selera Udang mahal sekarang ini jadi hidangan udang sememangnya menjadi suatu yang istimewa apabila dihidangkan sebagai hidangan Jadi jom kita selongkar koleksi masakan u...
Resipi Terung Berlada Yang Sedap Warna Terung Pun Tak Pucat

Resipi Terung Berlada Yang Sedap Warna Terung Pun Tak Pucat

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 161 hits
Lauk terung berlada ini ramai peminatnya Makan lauk ini dengan ikan goreng pun dah rasa lengkap hidangan nasi
Cp Tom Yum Chicken Popcorn Sedap Sangat

Cp Tom Yum Chicken Popcorn Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 206 hits
CP Tom Yum Chicken Popcorn makanan wajib ada dalam freezer selain dari nugget tempura First Pride Kalau habis je mesti restock Sumpah sedap gila Korang pernah rasa tak Chicken popcorn brand CP Kalau belum kena cuba Aku suka yang tomyam puny...
Suhun Tak Kembang Masak Jadi Elok Ikut Tip Ni Barulah Sedap Nak Menghirup

Suhun Tak Kembang Masak Jadi Elok Ikut Tip Ni Barulah Sedap Nak Menghirup

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 174 hits
Menu menu ringkas seperti sayur suhun sememangnya cukup sedap dan senang di masak Apa lagi kala dimakan bersama sepinggan nasi panas Memang terlajak sedapnya Pun begitu sifat suhun yang mudah kembang membuatkan sup suhun seakan diserap dan ...
Sedap Weh Biskut Kopi Pappa Roti

Sedap Weh Biskut Kopi Pappa Roti

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 221 hits
Semasa mama ke Mydin Meru baru baru ini mama tetiba terigin mexican bun dan akhirnya singgah le mama di Pappa roti Sambil tunggu order tetiba tray yg berisi biskut kopi ini dikeluarkan dari oven dan owner kedai jemput mama rasa sikit biskut...
Resepi Bayam Masak Bening Sedap Yang Ramai Patut Cuba

Resepi Bayam Masak Bening Sedap Yang Ramai Patut Cuba

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 221 hits
Bayam masak bening merupakan antara pilihan masakan sayur yang amat mudah dan pantas untuk dicuba Seperti kata pepatah amat mudah untuk memasaknya walaupun tanpa memerlukan usaha yang besar Namun perlu diingat bahawa daun bayam akan mengera...
Lempeng Kosong

Lempeng Kosong

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 116 hits
Assalamualaikum Kisah pagi tadi LM cuma buatkan lempeng kosong lawan kan kuah kari ada lebih semalam Kebetulan ada kuah lebih sayang la pula nak dibiar gitu tak dimakan Santan mahal kan Konon nak masak nasi goreng terus cancel Tak apa la ja...
10 Makanan Paling Sedap Anda Wajib Cuba Di Penang

10 Makanan Paling Sedap Anda Wajib Cuba Di Penang

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum Bismillah Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat pasembur dan banyak lagi Memang syurga makanan Aku telah sen...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025