Sambal Ikan Bilis Mudah Untuk Hidangan Lontong




Saya balik malam tadi dari beraya di kampung halaman saya dulu. Flight delay jadi sampai rumah pun dah pukul 10.00 malam. Terus naik bilik dan tertidur keletihan. Saya pun agak kesedihan bila semalam saya singgah di rumah peninggalan arwah kedua ibubapa. Biasanya saya mengelak dari lalu di situ kerana saya tidak mahu rasa sedih. Entah kenapa kali ini, saya mengajak Husband singgah. 
Rumah ini siap dibina ketika saya berada di universiti dalam tahun 1984. Di rumah ini, saya langsungkan majlis pertunangan, perkahwinan, tempat saya berpantang anak pertama, tempat saya balik beraya dengan anak anak. Rumah itu penuh kenangan buat saya. Anak anak saya bermain sekeliling rumah, memancing dalam tali air depan rumah musim banjir. 
Sekarang rumah itu terbiar tanpa penghuni. Saya tidak sedihkan rumah tersebut kerana ianya bukan hak milik arwah ibubapa saya lagi. Bila kita meninggal semuanya akan ditinggalkan pada waris. Tapi saya sedih mengenangkan kenangan di rumah itu. Banyak yang saya terkilan kerana tidak sempat berbakti kepada mereka saat baru membina kehidupan.
Saya terbayangkan arwah bapa yang suka duduk menyandar di pintu. Kalau saya ada, saya juga akan duduk di situ. Di samping melihat kenderaan lalu lalang, juga kerana untuk mendapatkan angin. 
Bila saya mengintai ke dalam rumah, lagi sedih melihat pintu dapur yang terbuka. Masya Allah sebak dan sayu rasanya. Saya melihat diri saya di situ, tempat saya duduk bersembang sembang di dapur sambil membakar kuih bahulu, dapur tempat arwah Bonda saya membalut ketupat palas sehari sebelum raya. 
Ketika saya muda remaja, setiap kali balik bercuti dari cuti penggal universiti, saya akan menyapu di ruang tamu dan lain lain kawasan dalam rumah, saya juga akan menyapu di luar rumah. Saya juga rajin mencuci tandas kerana mahukan tandas yang bersih.  
Di rumah itu, saya berbulan bulan menangis kesedihan bila putus cinta. Di rumah itu, saya menangis meraung di atas ribaan bonda saya bila cinta saya dipermainkan. Sepanjang cuti penggal universiti, saya berkurung di dalam bilik. Di rumah itu, beberapa keluarga datang untuk "melihat" saya di saat hati saya terluka dan tidak terbuka untuk mana mana lelaki. Segala suka, segala duka tercatat di rumah itu. 
Memang saya tidak mahu lagi mengenang kesedihan episod lalu, tidak mahu lagi menangisi pemergian mereka. Semua makhluk bernyawa pasti merasai mati. Saya hanya mahu mereka berada dalam kedudukan terbaik di alam barzah dengan banyak mendoakan mereka, banyak bersedekah atas nama mereka. Saya ingin memandang tempat abadi yang akan saya datangi. Semalam tidak akan datang lagi dan esok juga belum pasti. Yang ada, hanyalah hari ini. Cukup setakat ini dahulu.

Saya menyediakan sambal ikan bilis untuk dimakan dengan lontong dan kuah lodeh. Simpan dalam peti ais. Jadi senang bila nak guna, cuma terus keluarkan. Masak lontong ni mudah tapi nak menyediakan sambal tu yang memakan masa.
Maklum sambal nak sedap kena masak lama lama sehingga bahan tumisan benar benar masak dan garing. Barulah sedap dan tidak terasa maung bau cili. 
Boleh lihat entri kuah lontong Nur Qaseh, lontong signature recipe Azie Kitchen, simple kesukaan saya di SINI. Saya guna resipi ini dah berpuluh puluh tahun. Pernah cuba resipi lain tapi akhirnya kembali pada resipi ini. Haa nak tahu, kenalah cuba menyediakannya sendiri di rumah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 

Sambal Ikan Bilis MudahOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:1 mangkuk kecil ikan bilis- dicuci dan ditoskan2 papan petai - belah 2Segenggam ikan bilis- direndam seketika½ sudu kecil pes asam jawa½ sudu kecil garam1 sudu besar gula
Bahan kisar:3 sudu besar cili kering kisar8 biji bawang merah - 2 ½ biji bawang besar
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak dan warna sedikit gelap.
Ramas ramas ikan bilis yang direndam dan masukkan ke dalam sambal.

Masukkan pes asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang ditos dan 1 mangkuk air. Kacau rata dan renih sehingga kuahnya pekat. 

Nota: jika suka, boleh masukkan petai selepas masuk ikan bilis, kacau rata seketika dan terus tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/sambal-ikan-bilis-mudah-untuk-hidangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sambal Goreng Jawa Versi Mudah Nak Masak Buat Pagi Raya Jadi Rebutan Satu Keluarga

Resipi Sambal Goreng Jawa Versi Mudah Nak Masak Buat Pagi Raya Jadi Rebutan Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 203 hits
Salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai ketika raya adalah Sambal Goreng Jawa Dimakan dengan nasi impit mahupun ketupat memang terangkat Biarpun penyediaannya agak renyah kerana perlu dihiris dan kemudian digoreng terlebih dahulu tetap...
Masak Kuah Lemak Lontong Tak Lengkap Kalau Tanpa Sambal Tumis

Masak Kuah Lemak Lontong Tak Lengkap Kalau Tanpa Sambal Tumis

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 1095 hits
Kuah lemak lontong atau kuah lodeh ini memang enak Selalunya inilah antara hidangan wajib ada ketika Hari Raya Dihidangkan bersama nasi impit dan sambal tumis Kini kuah lemak lontong semakin mudah diperoleh Peniaga restoran atau gerai juala...
2 Menu Semua Rakyat Jelata Confirm Suka Ikan Rebus Goreng Dan Sambal Gesek Ini Resipinya

2 Menu Semua Rakyat Jelata Confirm Suka Ikan Rebus Goreng Dan Sambal Gesek Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 317 hits
2 menu ini kalau makan dengan ulam ulaman mesti sedap dah cukup Nikmati pula nasi panas panas alahai nikmatnya Dua dua resipi ini dikongsikan oleh Tak pasti kalau masih ada yang belum familiar dengan ikan rebus goreng ini Kalau anda tak per...
Ikan Siakap Dan Sambal Bunga Kantan Lauk Penambah Selera Anda Perlu Cuba

Ikan Siakap Dan Sambal Bunga Kantan Lauk Penambah Selera Anda Perlu Cuba

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 167 hits
Aroma wangi dari bunga kantan ini yang menjadikan sambal ini unik dan sedap Pembuatannya pun ringkas dan mudah Resipi ini telah dikongsikan di instagram Anda boleh gunakan apa apa sahaja ikan yang anda minat Rasa masam manis pedas semua len...
Ikan Bilis Goreng Petai

Ikan Bilis Goreng Petai

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 283 hits
Saya terbaca banyak posting berkenaan wanita lebih afdhal solat di rumah dari di masjid Ianya adalah termasuk solat terawih di bulan Ramadhan Lebih afdhal jika solat di bilik tidur sendiri dari di ruang tamu rumah Nampak betapa hikmahnya pe...
Kuetiau Theng Hidangan Ringkas Mudah Dan Mesra Poket

Kuetiau Theng Hidangan Ringkas Mudah Dan Mesra Poket

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 343 hits
Buntu nak masak apa Kuetiau Theng penyelamatnya Menu sup ringkas guna sedikit sahaja bahan tapi boleh buat makan bertambah Bahan pun mudah dan murah sahaja Menu berkhasiat pula tu Di samping dapat berjimat cermat dapat juga menghangatkan tu...
Resepi Rice Paper Tteokbokki Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Rice Paper Tteokbokki Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum w b t Rice Paper Tteokbokki Hack Mamayanie kalau makanan Korea antara menjadi kegemaran adalah Tteokbokki tapi suka jenis yang kering Kebetulan layan video video The post appeared first on
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood

Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 235 hits
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood Nak menderma pun dah rasa senang hati sekarang Yelah sejak ada aplikasi Sujood ni Eh korang pernah dengar tak tentang aplikasi Sujood Haaa kalau korang...
Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Cepat

Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 244 hits
Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Selamat Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Daripada Abu Hurairah R A Nabi SAW bersabda Maksudnya Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang di...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara