Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Cepat


Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Selamat | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.Anak soleh yang dia tinggalkan.Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.Masjid yang dibina.Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia binaSungai yang dia alirkan.Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.



Aplikasi Sujood Bantu Anda Menderma Secara Mudah Dan Selamat

Korang pernah dengar atau tidak tentang aplikasi sujood? Secara ringkas, sujud merupakan aplikasi yang memudahkan kita untuk menyalurkan sumbangan atau menderma secara dalam talian.
Setiap orang pasti ada niat untuk menderma dalam setiap rezeki yang diterima. Tetapi tidak semua orang berkesempatan untuk ke tempat menderma seperti memasukkan duit ke dalam tabung masjid dan berjumpa orang atau organisasi yang menerima sumbangan.
Maka dengan itu aplikasi seperti aplikasi sujood ini diwujudkan bagi memudahkan kita menyampaikan derma atau sumbangan kepada pihak berkenaan dengan selamat.
Dalam perkongsian Sha kali ini, Sha nak kongsi dengan korang kelebihan menderma melalui aplikasi Sujood.





Ada banyak sebab kenapa aplikasi Sujood ini dibangunkan. Salah satu sebab adalah menyelesaikan masalah kecurian wang tabung masjid yang kerap didengari. Selain itu adalah untuk memudahkan proses derma kepada masjid seiring dengan teknologi zaman kini.
Menggunakan aplikasi Sujood sekurang-kurangnya dapat memastikan derma korang sampai kepada pihak sepatutnya. Ini kerana sistem derma online ini lebih cepat dan selamat.


Kebaikan Menderma Melalui Aplikasi Sujood

Sebelum muat turun sesuatu aplikasi mestilah kita melihat apa kemudahan dan kelebihan pada sesuatu aplikasi bukan? Jadi ini adalah beberapa alasan untuk Sha memiliki aplikasi Sujood di dalam telefon pintar Sha :
1. Kita dapat menderma pada bila-bila masa
2. Kita dapat menderma terus kepada senarai masjid di Malaysia
3. Tidak perlu sedia wang tunai, jadi boleh derma mengikut nilai yang kita kehendaki.
4. Boleh menderma tanpa rasa riak atau menunjuk.
5. Mempunyai penyata bank jumlah derma orang ramai.
6. Membantu pihak yang tidak berkesempatan atau mempunyai kekangan untuk menderma secara terus.


Macam Sha sendiri, tinggal jauh dari kampung halaman dan tidak berpeluang untuk mengisi tabung masjid kampung sendiri. Jadi sebagai alternatif Sha menggunakan saluran aplikasi Sujood sebagai meduim untuk Sha menyampaikan sumbangan.


Langkah Mudah Menderma Melalui Aplikasi SujoodKadang-kadang bila teringatkan arwah Mak dan Ayah, selalu terniat untuk menderma atas nama mereka. Tetapi selalu niat tertangguh kerana kekangan yang ada. Maka bila wujudnya aplikasi Sujood dapatlah kita menderma di mana sahaja dengan beberapa langkah mudah.
Jom Sha tunjukkan pada korang macam mana nak menderma kepada masjid secara online.
Langkah 1Wajiblah kita muat turun aplikasi Sujood terlebih dahulu. Aplikasi ini boleh dimuat turun di IOS dan Android.
Langkah 2 Untuk kali pertama korang perlu mendaftar dahulu. Hanya isi nama, alamat emel dan nombor telefon dah selesai.
Langkah 3Paparan pertama pun korang dah boleh nampak senarai masjid yang korang boleh menderma mengikut negeri-negeri yang ada. Bila klik pada negeri, sistem akan terus sort senarai masjid di negeri dipilih.





Langkah 4Sekarang korang boleh pilih masjid terpilih untuk korang salurkan derma. Contohnya sekarang Sha nak menderma pada satu masjid ini iaitu https://madrasahassaadahpasirpekan.sujood.net .



Contohnya seperti diatas, Sha pilih Madrasah As-Sa'adah, Pasir Pekan. Di sini adalah sedikit maklumat berkenaan masjid tersebut, Nak sedekah pada masjid ini mudah sahaja, korang klik sahaja pada kotak SEDEKAH




Selepas itu korang terus boleh masukkan nilai sedekah korang dan maklumat yang diperlukan. Seterusnya korang pilih sahaja online banking yang korang ada dan terus proceed


Langkah 5
Bila transaksi berjaya korang akan dapat penyata. Bagi yang perlukan resit derma korang boleh muat naik selepas menderma




Platform Derma Pada Masjid Secara Dalam TalianZaman sekarang macam-macam kes ada, ada kes yang tukar QR Code tabung derma pada tabung derma di masjid. Mungkin ini adalah alternatif untuk menderma pada masjid yang korang boleh gunakan. Kini tiada lagi alasan macam mana nak menderma jika masjid yang kita nak salurkan derma itu jauh dari kita


Kesimpulannya Sha harap maklumat ini dapatlah bantu korang menunaikan hasrat murni korang. Pada Sha sistem yang Sujood wujudkan ini sangat mudah digunakan. Semoga kita dapat membantu pihak yang memerlukan dan ini adalah demi kebaikan bersama

Derma 100% Pada MasjidDuit derma yang korang nak derma akan masuk terus ke akaun masjid yang korang pilih. Jadi korang tidak perlu risau dengan hala tujuan duit korang nanti. Yang best menderma melalui aplikasi Sujood ini adalah satu Malaysia kecuali Labuan sahaja belum ada





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2023/04/cara-menderma-pada-masjid-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood

Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 172 hits
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood Nak menderma pun dah rasa senang hati sekarang Yelah sejak ada aplikasi Sujood ni Eh korang pernah dengar tak tentang aplikasi Sujood Haaa kalau korang...
Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood

Cara Mudah Bersedekah Ke Masjid Guna Aplikasi Sujood

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 206 hits
Sekarang ni dah ada platform yang membolehkan korang bersedekah ke masjid atau surau di Malaysia iaitu Aplikasi Sujood Alhamdulillah nak bersedekah atau menderma ke masjid masjid dan surau pun dah jadi semakin mudah nampaknya Dah tak perlu ...
6 Aplikasi Boleh Send Terima E Duit Raya Dengan Cara Mudah

6 Aplikasi Boleh Send Terima E Duit Raya Dengan Cara Mudah

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 679 hits
Musim perayaan kian menjelang dengan persediaan untuk menyambut Hari Raya Seperti tahun sebelum ini sambutan Hari Raya tahun ini mungkin berbeza tetapi marilah kami mengamalkan kebiasaan baru Salah satu amalan terbaik adalah menghantar dan ...
Cara Mudah Untuk Kurus Dengan Cepat

Cara Mudah Untuk Kurus Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 204 hits
Hi Assalamualaikum terima kasih kerana melawat blog kami Di zaman moden ni kebanyakan kita terdedah kepada cara hidup yang tak sihat Contohnya kita terlalu sibuk dengan kerja seharian sampai kita makan apa saja yang boleh mengenyangkan peru...
Aplikasi Sujood Memudahkan Salur Sumbangan Ke Masjid

Aplikasi Sujood Memudahkan Salur Sumbangan Ke Masjid

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 187 hits
Aplikasi Sujood Memudahkan Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Dalam Talian Sekarang ni zaman teknologi zaman serba canggih semua benda dihujung jari je Begitu juga jika kita nak bersedekah Jika dahulu apabila kita ke masjid pasti kita akan be...
Pack Bahan Ikut Lauk Nak Masak Lagi Mudah Cepat Nak Masak Bulan Puasa

Pack Bahan Ikut Lauk Nak Masak Lagi Mudah Cepat Nak Masak Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 169 hits
Bagi ibu bekerjaya waktu petang adalah waktu paling mencabar buat ibu Mana tidaknya selain mengambil anak pulang dari sekolah ketika itulah ibu mula memikirkan apa juadah buka puasa pula Balik ke rumah terkocoh kocoh mengeluarkan barang bas...
Air Vanilla Blue With Ice Cream Resipi Mudah Tapi Nikmat Tak Terperi

Air Vanilla Blue With Ice Cream Resipi Mudah Tapi Nikmat Tak Terperi

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 554 hits
Menggoda betul air warna biru laut ini Air Vanilla Bue with Ice Cream ini tambah menarik disebabkan ada tambahan aiskrim Dah boleh bayangkan tak rasanya Sedap dinikmati lagi lagi ketika cuaca panas Ketika berbuka puasa pun lagi menarik Mema...
Resipi Cheese Cake Raya Paling Mudah 5 Bahan Je Dah Siap Senang Betul

Resipi Cheese Cake Raya Paling Mudah 5 Bahan Je Dah Siap Senang Betul

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 540 hits
Apa agaknya kek raya pilihan mama untuk keluarga tahun ini Kek yang mudah dengan bahan yang ringkas sudah semestinya jadi pilihan Kek keju atau cheese cake lima bahan perkongsian resipi ini anda kena cuba Padu betul Resipi cheesecake menggu...
Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Jangan Ambil Mudah

Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 146 hits
Seperti yang kita tahu topik kesihatan mental sangat lah taboo dalam masyarakat kita Menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata persepsi ramai bahawa masalah kesihatan mental hanya berlaku kepada orang dewasa yang menyebabkan isu kesihatan...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Coklat Ketupat Matcha

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try