Ikan Bilis Goreng Petai
Saya terbaca banyak posting berkenaan wanita lebih afdhal solat di rumah dari di masjid. Ianya adalah termasuk solat terawih di bulan Ramadhan. Lebih afdhal jika solat di bilik tidur sendiri dari di ruang tamu rumah. Nampak betapa hikmahnya perkara ini supaya ibadah wanita lebih terliindung dan tersembunyi. Namun tidak menjadi masalah jika mereka ingin ke masjid bagi mengikut program kuliah dsb. Tapi kalau sekadar solat, lebih afdhal di rumah.
Apa dia afhdal? Afhdal ialah lebih baik, lebih utama. Maknanya dengan bersolat di rumah, kaum wanita akan mendapat pahala dari 27 kali ganda iaitu pahala solat berjemaah di masjid. Bak kata Tokku Pasir Gudang, kaum wanita ialah orang rumah, tempatnya di rumah. Berbeza dengan kaum lelaki yang merupakan ahli masjid di mana tempat solat mereka di masjid.
Jadi jika ini kelebihan yang diberikan pada kaum wanita, kita tidak perlu rasa kerugian kerana tetap akan mendapat ganjaran pahala yang sama. Dalam kuliah zoom Ustazah Dato Dr Fatma El Zaharaa juga disebutkan begini. Kecualilah jika solat di rumah, akan menimbulkan rasa malas, bolehlah pergi solat di masjid. Tapi mestilah tiada menimbulkan fitnah.
Dengan itu, saya membuat keputusan untuk solat terawih di rumah sahaja untuk baki beberapa malam akhir Ramadhan ini. Memang betul kata Dato Dr Fatma, bila di masjid banyak terdedah kepada perkara yang tidak baik seperti berkata kata pasal orang lain walaupun dalam hati.
Melihat telekung solat orang pun, boleh ganggu solat kita. Melihat orang sujud berlama lama walaupun imam dah lama duduk membaca tahiyyat akhir pun, boleh buat kita berkata kata dalam hati. Belum lagi bab berat nak solat di barisan hadapan. Kena panggil panggil untuk memenuhkan ruang kosong di saf barisan hadapan. Jadi di rumah sorang sorang, adalah lebih afdhal. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya sebenarnya kekeringan idea nak memasak kerana di rumah ini banyak perbezaan selera. Ada yang tak suka ikan, ada yang tak suka kari, ada yang tak makan organ dalaman dan macam macam lagi. Saya sendiri kebelakangan ini, tak suka makan ayam. Jemu sangat rasanya.
Saya pun kurang berselera makan sejak Nana berangkat ke London. Mungkin rindukan Ammar dan Aliya agaknya. Malam ini, Insya Allah Nelly juga akan berangkat ke London untuk sama sama beraya di sana. Itu yang tiba tiba teringat nak goreng ikan bilis bodoh bodoh macam ni dan dimasukkan petai.
Aroma petai memang semerbak. Rupanya bukan saya sahaja tapi semua anak anak dan husband juga suka lauk ini. Haa tak caya, cubalah buat untuk berbuka puasa malam nanti. Untuk sahur pun, memang sangat win. Saya dah banyak malam bangun sahur hanya minum milo panas dan kuih sahaja. Tak lalu nak makan nasi.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Ikan Bilis Goreng PetaiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk ikan bilis – goreng garing3 ulas bawang putih - hiris2 biji bawang merah - hirisIsi petaiSegenggam cili api - hirisGaramGula
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan garam, gula dan petai.
Masukkan cili api. Setelah semua sekata, masukkan ikan bilis goreng. Kacau sehingga sekata. Tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/04/ikan-bilis-goreng-petai.html