Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood | Nak menderma pun dah rasa senang hati sekarang.. Yelah, sejak ada aplikasi Sujood ni.. Eh korang pernah dengar tak tentang aplikasi Sujood? Haaa kalau korang nak tahu aplikasi Sujood ni merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan kita untuk menderma ke masjid-masjid atau surau-surau. Aplikasi Sujood ini berfungsi sebagai tabung digital yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan secara online. Mudah kan
Saban hari kita dengar ada saja yang memohon sumbangan untuk masjid dan surau dan dalam masa yang sama ada juga yang kita dengar kisah-kisah di mana sumbangan tersebut tidak sampai ke masjid tersebut dengan pelbagai sebab dan alasan.. Sebagai salah seorang yang menderma, sudah pastinya kita berasa agak terkilan dan sedih apabila kita dapat tahu sumbangan kita itu tadi tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya.. Betul tak?
Jadi, disinilah berfungsinya aplikasi Sujood ini.. Menjadi perantara dalam membantu menyampaikan sumbangan korang tu ke masjis-masjid atau surau-surau dengan mudah dan selamat.. Bagaimana ianya berfungsi? Jom aku story.
Tentang Aplikasi Sujood
Pendigitalan adalah langkah terbaik untuk merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh masjid pada masa kini. Aplikasi Sujood ini menawarkan langkah pendigitalan masjid bagi membantu institusi agama tersebut untuk menghadapi isu seperti pemerolehan dana, kebolehpasaran dan juga masalah kecurian
Aplikasi Sujood ini dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd dengan satu tujuan iaitu bagi memudahkan individu atau organisasi untuk menderma ke masjid atau surau
Macam mana nak tahu masjid atau surau yang ada
Jangan risau dalam aplikasi Sujood ni ada menyenaraikan masjid dan surau mengikut negeri.. So, bolehlah pilih masjid dan surau mana satu yang korang nak beri sumbangan.. Sangat mudah.. Oh ya, kalau korang nak tahu, Studio 61 Sdn. Bhd. telah menyampaikan hasrat kepada pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Malaysia untuk memperkenalkan aplikasi Sujood ini kepada mereka.. Mereka juga masih meneruskan misi untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau sehingga kini dalam mendapatkan dana dengan mendaftar masjid dan surau di aplikasi Sujood.
Ciri-Ciri Aplikasi Sujod
1. Sadaqah
Ok menu pertama di aplikasi Sujood ni adalah 'Sadaqah'.. Di page inilah tempat untuk korang menderma sesuai dengan namanya 'Sadaqah'.. Di menu sadaqah ini korang boleh lihat senarai masjid dan surau mengikut negeri.. Macam aku yang tinggal di Pahang ni,ada 5 buah masjid dan surau dalam senarai Sujood ni.. Untuk menderma, korang hanya perlu pilih masjid atau surau dalam senarai dan seterusnya lakukan transaksi. Latar belakang masjid atau surau juga ada diceritakan bila korang klik pada setiap masjid atau surau yang ada.
2. History
Untuk menu kedua ada 'history'.. Dekat page history ni korang boleh buat semakan transaksi yang pernah korang lakukan sebelum ni..
3. Features
Menu ketiga pula adalah 'Features'.. Apa yang ada dalam page features ni adalah Tazkirah, Wakaf, Sujood Pro, Zakat, Tasbih, E-Wallet, Quran, Abza dan Zikir Selepas Solat.. Buat masa ni cuma 3 menu di features ni berfungsi iaitu Tazkirah, Zakat dan Zikir Selepas Solat
Di Sujood bukan sahaja boleh bersedekah je tau tapi korang juga boleh baca tazkirah dari ustaz dan ustazah, boleh membayar zakat dimana menu zakat ini dilinkkan terus ke page zakat bagi setiap negeri dan ada juga zikir-zikir selepas solat yang boleh dijadi rujukan.
4. Profile
Di bahagian profile, macam biasa ada paparan data peribadi korang bila korang mendaftar di Sujood..Dekat sini korang boleh tukar password dan edit profile korang.. Nak logout pun dekat bahagian profile ini juga..
5. Setting
Last sekali menu 'settings'.. Setiap aplikasi mesti ada bahagian setting kan.. Begitulah juga dengan aplikasi Sujood ni.. Dekat bahagian setting ni ada part delete account, change language (belum diaktifkan), reminder (belum diaktifkan), favorite (belum diaktifkan), about us, share, rate dan contact us.
Kenapa Memilih Aplikasi Sujood?
Pembangunan aplikasi Sujood ini berteraskan kepada firman Allah dalam surah Saba' ayat 39 yang bermaksud;.... dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya
Jadi, mereka di Sujood dan aku sendiri percaya komuniti muslim di Malaysia ini juga berpegang dengan keyakinan yang sama.. Sebab itulah kenapa perlu memilih aplikasi Sujood ini.. Eh bukan itu sahaja tau.. Ada lagi beberapa sebab kenapa perlu memilih aplikasi Sujood ini iaitu :-Dapat menderma dimana-mana sahaja dan bila-bila masaDapat menjejak sumbangan yang telah dilakukanDapat menderma secara berterusan dengan mudah dan selamatDapat melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh sesiapaDapat menderma dengan menggunakan kad kredit atau melalui online banking
Kelebihan Aplikasi Sujood
Mengelakkan risiko kecurian tabung masjid atau surauInfak dari penderma terus masuk ke akaun masjid atau surat tidak melalui akaun SujoodTidak perlu membawa duit secara tunai ke masjid atau tunai untuk mendermaMenderma dengan selesa, mudah dan selamat
Cara Menderma di Aplikasi Sujood
Cara nak menggunakan dan menderma di aplikasi Sujood ni sangatlah mudah.. Semudah ABC.. Di Sujood ni, kalau korang ttak mendaftar pun korang masih boleh menderma cuma korang tak dapatlah tengok semua transaksi yang telah korang buat sebelumnya.. Jadi, bagi aku lebih baik korang mendaftar lebih mudah untuk menguruskan trace rekod kita.. Macam mana cara nak guna dan nak derma di Sujood ni? Muat turun aplikasi di Google Play bagi pengguna android dan Apps Store bagi pengguna IPhone..Bagi korang yang nak mendaftar, bolehlah ke bahagian profile untuk mendaftar terlebih dahulu.. Untuk menderma, boleh ke bahagian 'sadaqah' dan pilih masjid atau surau dalam senarai.Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, emel dan jumlah sumbangan.
Ok aku bagi contoh ye dekat sini.. Aku pilih Masjid Lalang Luas Machang, Kelantan
Cara menyumbang atau bersedekah boleh tengok kat bawah ni ye.
1. Klik menu 'Sadaqah'2. Pilih negeri3. Aku pilih Masjid Mukim Lalang Luas Labok, Machang, Kelantan
4. Korang boleh baca info tentang masjid5. Klik kotak 'Sedekah' untuk menyumbang
6. Seterusnya bolehlah masukkan detail seperti jumlah nak disedekahkan, nama, nombor telefon dan emel dan boleh juga kalau nak menyumbang kepada Sujood sama ada RM1, RM5, RM10 atau lebih..
7. Last sekali klik kotak 'Sadaqah' dan bolehlah buat pembayaran
Cara Mendaftar Masjid Atau Surau di Aplikasi Sujood
Bagi masjid atau surau yang ingin mendaftar dengan Sujood, tiada syarat yang tertentu ditetapkan. Cuma kena pastikan yang masjid dan surau tersebut telah berdaftar dengan Majlis Agama Negeri. Sekiranya ada masjid dan surau yang ingin menyertai Sujood bolehlah menghubungi mereka di Sujood melalui emel
[email protected]. Apa yang bagusnya tiada sebarang yuran dikenakan
Feedback Pihak Masjid dan Pengguna Aplikasi Sujood
Ok, dekat sini aku share dengan orang feedback dari pihak masjid dan pengguna aplikasi Sujood ini.
Semoga dengan adanya Sujood ini mampu membangkitkan semangat suka menderma dan saling membantu dalam komuniti kita pada hari ini.. Bukan itu sahaja, malahan semoga kita semua dapat menjadi seseorang dalam kalangan mereka yang suka menderma dan mudah-mudahan dengan Sujood ini juga dapat membawa masjid kita kembali bangkit menjadi satu institusi yang gah dan perkasa.. Insyallah..
Salur Sumbangan Ke Masjid Secara Online Dengan Mudah Dan Selamat Melalui Aplikasi Sujood
So, korang jangan lupa muat turun aplikasi Sujood ni tau.. Sedekah itukan satu ibadah.. Jadikan ia sebagai satu amalan kita.. Kalau dulu sebagai amalan setiap kali pergi ke masjid atau surau, sekarang dah boleh buat secara online.. Bila-bila masa sahaja boleh bersedekah dan dalam masa yang sama dapat membantu masjid dan surat yang terlibat.. Dapatlah kita menambah saham akhirat kita kan nanti.. Insyaallah..
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Sujood, korang boleh terjah mereka di :-
Websitehttps://sujood.net/
Facebookhttps://www.facebook.com/sujoodappofficial/
Instargamhttp://www.instagram.com/sujoodapp
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2023/04/derma-ke-masjid-secara-online-dengan-aplikasi-sujood.html