Sambal Ayam Untuk Berbuka Puasa Hari Arafah




Alhamdulillah ini adalah kali pertama saya berpuasa di London dengan waktu siang yang panjang. Alhamdulillah dipermudahkan untuk kami bangun bersahur. Risau juga kalau tak terjaga. Maklumlah masuk solat Isyak pun dah 10.30 malam. 
Keliling kelopak mata dah pedih pedih kerana mengantuk menunggu masuk waktu Isyak. Lepas solat terus tidur. Waktu solat Subuh pula, 2.48 pagi.  Semoga dipermudahkan urusan kami dan kita semua hari ini.
Teringat kenangan sewaktu mengerjakan Haji Disember 2006 di mana ketika ini, kami sedang mengerjakan wukuf di Padang Arafah. Waktu itu, saya tidak nampak pun kesesakan di Padang Arafah. Yang nampak hanya jemaah dalam khemah kami sahaja. Urusan tandas pun OK juga tidaklah menunggu terlalu lama. Urusan keberangkatan ke Mudzalifah juga dipermudahkan. 
Begitu juga dengan ketibaan di khemah di Mina. Lancar sahaja. Malahan saya dan 2 orang sahabat saya adalah orang pertama yang masuk khemah. Ambil tilam dan terus baring, saat jemaah lain lain baru nak masuk khemah dan bersesak sesak di dalam khemah. 
Hanya sekarang baru saya tahu yang sahabat kami yang pergi dengan pakej Tabung Haji pada masa yang sama dengan kami, mengambil masa berjam jam lamanya untuk ke Mina kerana kesesakan jalanraya. 
Perjalanan Haji adalah perjalanan kita untuk mematuhi perintah Allah. Kebersamaan di antara kita di mana semua memakai pakaian ihram warna putih. Itulah gambaranya kita di Padang Mahsyar bila mengadap Allah. Tapi sekarang mengerjakan ibadah Haji juga ada kasta dan kelas kelas. Yang berduit boleh duduk di tempat selesa dengan kemudahan peti sejuk dsb. 
Tak mengapa lah, mungkin itu rezeki mereka. Begitu lah juga kasta di akhirat kelak. Siapa yang banyak amalannya akan mendapat keistimewaan di saat manusia lain dalam saat genting, dahaga dan kritikal. Jadi sementara kita masih ada nyawa dan masih dalam puasa Hari Arafah, jom perbanyakkan berzikir, berselawat, mengaji dan berdoa. 

Saya menyediakan sambal yang yang sedikit kering dan berpalut dengan ayam ini untuk dimakan waktu berbuka puasa hari ini iaitu sempena puasa Hari Arafah di London. 
Memasak sambal ini sangat mudah kerana bahan bahan yang digunakan tidak banyak. Tapi teknik untuk memasak sambal itu yang perlu betul betul caranya bagi memastikan sambal masak sempurna dan sedap. 
Sambal ini boleh juga menggunakan telur rebus yang digoreng seketika, telur goreng mata, ikan dsb. Memang sedap bila sambal digaul gaul dengan nasi putih panas panas. Tak perlu lauk lain dah. Cukup kalau ada ulam timun. Wallaa sedap dan boleh makan bertambah tambah ni. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Ayam Terpaling SedapOleh: Azie Kitchen 
Bahan:½ ekor ayam - lumur dengan kunyit dan garam½ sudu kecil pes asam jawa1 ½ sudu besar gula - kena ada rasa manis sikit½ sudu kecil garam atau secukupnya Kicap lemak manis secukupnya1 biji bawang besar - hirisMinyak masak
Bahan kisar:2 sudu besar cili kering kisar1 ½ biji bawang besar3 ulas bawang putih
Cara cara:Goreng ayam sekadar masak. Angkat dan ketepikan. 
Menggunakan minyak sama (keluarkan sedikit jika terlalu banyak), tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Tuang air dan tumis lagi sehingga terbit minyak lagi. Ulang proses tuang air sehingga 2-3 kali sehingga sambal benar benar garing dan terbit minyak.
Setelah terbit minyak dan masak sempurna, baru masukkan pes asam jawa, gula, garam dan kicap lemak manis. Kacau rata. 
Masukkan bawang besar  dan kacau rata sehingga bawang separuh layu. 

Masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata. Renihkan seketika bagi memastikan sambal sebati dengan ayam. 


Tutup api dan sedia untuk dimakan dengan nasi putih panas panas.
Nota:Sambal ini jenis kering dan berpalut, bukan sambal basah seperti sambal udang atau sotong. Tapi kalau terlalu kering, boleh masukkan sedikit air panas dan kacau rata. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/sambal-ayam-untuk-berbuka-puasa-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah

Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 185 hits
Saya di London hari Arafah adalah esok hari iaitu hari Khamis Jadi saya kongsikan kelebihan hari Arafah dari petikan video Tokku Pasir Gudang Raya di sini ialah hari Jumaat Jadi kita akan berpuasa pada esok hari iaitu hari Khamis Jadi malam...
Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025 Hari Tarwiyah Arafah Kelebihan

Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025 Hari Tarwiyah Arafah Kelebihan

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 215 hits
NIAT PUASA SUNAT 1 9 ZULHIJJAH HARI TARWIYAH HARI ARAFAH DAN KELEBIHANNYA Alhamdulillah Penyimpan Mohor Besar Raja raja telah mengumumkan bahawa kita akan masuk ke bulan Zulhijjah pada 29 Mei 2025 Bulan ini merupakan bulan terakhir dalam ka...
Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 240 hits
Sebaknya waktu menulis tentang hari Arafah tahun ni Rezeki masih diberikan nafas untuk hidup dan boleh berdoa Banyak betul peringatan tentang kelebihan dan amalan amalan yang disyorkan di bulan Zulhijjah di kongsi di media sosial Alang alan...
Doa Hari Arafah

Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 246 hits
Saya tak tahu nak doa apa sebab saya tak hafal banyak doa Berdoalah apa sahaja yang terlintas di fikiran kita walaupun bukan bahasa Arab bukan menggunakan ayat puitis Apa yang kita inginkan jika ia baik untuk diri kita tak bertentangan deng...
Kelebihan Berdoa Pada Hari Arafah

Kelebihan Berdoa Pada Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 155 hits
BANYAKKAN BERDOA PADA HARI ARAFAHRasulullah SAW bersabda Sebaik baik doa adalah doa pada Hari Arafah Dan sebaik baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata tiada sekutu...
Hari Arafah Kelebihan Dalil Amalan Yang Boleh Dilakukan

Hari Arafah Kelebihan Dalil Amalan Yang Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 242 hits
Hari Arafah Kelebihan Dalil Amalan Yang Boleh Dilakukan Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah iaitu hari sebelum Hari Raya Aidiladha Ia merupakan hari yang amat mulia dalam Islam dan mempunyai kelebihan luar biasa bukan sahaja untuk jemaah haj...
Amalan Sunnah Hari Arafah

Amalan Sunnah Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 261 hits
Hari Arafah semakin mendekat hari yang sangat hebat sebelum kita merayakan Eid al Adha al Mubarak Hari Arafah menzahirkan kerdilnya kita sebagai hamba Tak kira siapa pun kita semuanya memakai ihram berdebu tunduk sujud kepada Allah Jika kit...
10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 204 hits
Doa ibu ayah itu umpama panahan dari langit takkan tertolak andai dimunajatkan dengan penuh harapan Hari Arafah merupakan detik paling mustajab untuk berdoa Bukan hanya buat jemaah haji yang berada di Padang Arafah tetapi juga buat kita yan...
Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 208 hits
PERHATIAN Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah WAKTU ARAB SAUDI9 Zulhijjah KHAMIS 5 Jun 2025Zuhur 12 22pmMaghrib 7 04pmWAKTU MALAYSIA9 Zulhijjah JUMAAT 6 Jun 2025Waktu 5 22pmWaktu 12...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akps Tahan 7 Warga Afghanistan Guna Visa Palsu

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Discover Unique Teacher T Shirts At Teachersgram Perfect For Back To School And Beyond

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Keputusan Spm 2024 Depan Kaabah

Nasihat Imam Syafie