Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025 Hari Tarwiyah Arafah Kelebihan


NIAT PUASA SUNAT 1-9 ZULHIJJAH, HARI TARWIYAH (8 ZULHIJJAH), HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH) DAN KELEBIHANNYA
Alhamdulillah, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkan bahawa kita akan masuk ke bulan Zulhijjah pada 29 Mei 2025 (1 Zulhijjah / Khamis). Bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam.
Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini.
Istimewanya Bulan Zulhijjah Antaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.
Seterusnya melaksanakan ibadah Korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.
Dan yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”
[HR al-Bukhari, hadis sahih]
Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2025 SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH :
1 Zulhijjah = Khamis, 29 Mei 2025 2 Zulhijjah = Jumaat, 30 Mei 2025 3 Zulhijjah = Sabtu, 31 Mei 2025 4 Zulhijjah = Ahad, 1 Jun 2025 5 Zulhijjah = Isnin, 2 Jun 2025 6 Zulhijjah = Selasa, 3 Jun 2025 7 Zulhijjah = Rabu, 4 Jun 2025 8 Zulhijjah = Khamis, 5 Jun 2025 (Hari Tarwiyah) 9 Zulhijjah = Jumaat, 6 Jun 2025 (Hari Arafah) HARAM PUASA :
Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Sabtu, 7 Jun 2025 Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Ahad, 8 Jun 2025 Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Isnin, 9 Jun 2025 Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Selasa, 10 Jun 2025 Sumber: TV Alhijrah Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”
Tarikh Hari Tarwiyah 2025 Hari Tarwiyah jatuh pada 8 Zulhijjah iaitu bersamaan dengan 5 Jun 2025 bagi umat Islam di Malaysia.
Tarikh Hari Arafah 2025 Hari Arafah bagi tahun 2025 dijangka jatuh pada 6 Jun 2025 di Malaysia.
Rujuk : Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya
Kelebihan Hari Tarwiyah Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.
Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون). Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249] Berkaitan kelebihan hari ini, terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.
Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda, صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248].
NOTA: Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani.
Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.
Sumber: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-404: APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA ?
Niat Puasa Sunat Hari Tarwiyah نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
“Saya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.”
Baca juga:
Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah & Amalan Sunnah Yang Dianjurkan Tarikh Hari Raya Haji 2023 / Hari Raya Aidil Adha 1444H

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/puasa-zulhijjah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=puasa-zulhijjah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Guru 2025

Selamat Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 160 hits
Salam Ustazah Rinairyani Ahmad Ustazah Norulaini Mohd Nawi Ustazah Ros Idawati Manaf
20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging 2025

20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 150 hits
20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging Sedap Mudah Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban Berbanding Hari Raya Aidilfitri yang sinonim dengan kuih muih dan baju bah...
Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 165 hits
Selamat Hari Guru 2025 buat semua pendidik yang telah banyak berjasa dan berbakti dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat para pelajar Hari ini 16 Mei merupakan tarikh sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun bagi menghargai jasa...
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2025 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2025 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 146 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun Hari Gur...
Hari Raya 2025 Berlima Kali Ini

Hari Raya 2025 Berlima Kali Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 129 hits
Hari Raya 2025 Berlima Kali Ini Raya pun dah habis baru nak menulis coretan raya 2025 ni ha Almaklumla bila ada anak nombor 3 ni penatnya lain maciam ye Nak mengadap laptop dia dah datang dekat Anak nombor 3 ni nak lekat je dengan mommy dia...
Hari Guru 2025

Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 185 hits
Hari Guru Malaysia bukan sahaja dinantikan oleh para guru di sekolah malah turut disambut meriah oleh pelajar dan seluruh warga sekolah sebagai tanda penghargaan terhadap insan bergelar pendidik Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pen...
Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 114 hits
Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah merupakan antara hari hari yang paling mulia dalam Islam Dalam tempoh ini amalan soleh sangat digalakkan kerana ganjarannya yang besar di sisi Allah SWT Rasulullah SAW bersabda Tiada hari hari yang amala...
22 Idea Hari Jadi Untuk Kawan Perempuan Yang Praktikal Kreatif

22 Idea Hari Jadi Untuk Kawan Perempuan Yang Praktikal Kreatif

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 111 hits
Memberi hadiah hari jadi untuk kawan perempuan yang rapat memang seronok tapi nak pilih yang sesuai dan praktikal kadang kadang boleh buat pening kepala Jadi di sini aku senaraikan idea hadiah yang bukan sahaja cantik dan bermakna malah pra...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Maksud Tanggungjawab

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Awis Spin Harapan Palsu Chord

Penyediaan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1