Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga
Ayam Geprek memang enak. Ayam digoreng garing dan dinikmati bersama sambal yang memukau rasa. Namun ada juga yang ‘tidak tahan’ dengan rasa Sambal Geprek yang pedas. Kanak-kanak pun tak berani nak makan. Bagi anda yang suka makan Ayam Geprek tapi tidak tahan pedas yang melampau, jangan risau kerana resipi yang dikongsi hari ini adalah Sambal Geprek versi kurang pedas perkongsian saudari Rodziah Zaharin. Penyediaannya tidak sukar malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Sesuai untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL AYAM GEPREK KURANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya
1-2 biji telur
Tepung bestari pedas secukupnya – beli online disini
BAHAN-BAHAN SAMBAL:
6 biji cili merah besar
4 biji cili padi hijau
2 biji cili padi merah
1 1/2 biji bawang besar atau bawang merah – beli online disini
4 biji bawang putih – beli online disini
1 biji limau nipis
2 sudu teh gula – beli online disini
1 sudu teh garam – beli online disini
1 sudu teh cuka – beli online disini
1- 1 1/2 sudu makan minyak gorengan ayam
CARA MEMASAK:
1. Gaul ayam bersama telur. Kemudian, gaul ayam di dalam tepung bestari pedas hingga bersalut sempurna.
2. Goreng menggunakan api yang sederhana hingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Seterusnya untuk sambal, goreng cili merah besar, cili padi hijau, cili padi merah, bawang besar atau bawang merah dan bawang putih dalam minyak yang panas selama 3 hingga 4 minit. Toskan.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditoskan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan gula dan garam. Tumbuk separuh lumat.
5. Kemudian, masukkan jus limau nipis.
6. Masukkan pula cuka.
7. Masukkan juga minyak gorengan ayam tadi.
8. Masukkan serbuk perasa dan gaul rata.
9. Sambal Ayam Geprek kurang pedas siap! Boleh dimakan bersama ayam goreng tepung tadi. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Rodziah Zaharin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Dagang Lembut Gebu Bersama Gulai Ikan Tongkol Sedap
Resipi Nasi Dagang Lembut Gebu Bersama Gulai Ikan Tongkol Sedap
Resipi Roti Pizza Sosej Mini Yang Lembut, Sedap & Gebu
Bubur Krong Khreng. Resipi Manisan Thailand Yang Sedap, Mudah Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas, Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/01/sambal-ayam-geprek-kurang-pedas-sesuai.html