Atlas Vpn Perkhidmatan Vpn Yang Semakin Matang Sesuai Usianya



Saya sekali lagi dihubungi oleh seorang wakil dari Atlas VPN untuk mengulas mengenai servis baru ini. Diakui, ia masih lagi ‘hijau’ apabila saya mencuba aplikasi Android dan Windows-nya, kelihatan ciri-ciri yang sangat asas untuk servis seperti ini. Ya, nampaknya tidak terlalu banyak yang berubah meskipun ia telah dilancarkan sejak tahun 2020 lagi.
Meskipun begitu, terdapat beberapa pertambahan pada cirinya yang boleh dikatakan sebagai ‘berbaloi’ untuk digunakan. Perkhidmatan ini semakin matang, walaupun ada ciri-ciri yang seharusnya ditambah untuk meningkatkan lagi mutu penggunaan aplikasi.

Paparan tangkap layar di atas ialah aplikasi Windows, manakala tangkap layar di bawah pula ialah aplikasi Android.

Seperti yang anda dapat lihat, paparan kedua aplikasi tidak banyak berubah berbanding sewaktu ia dilancarkan pada tahun 2019. Aplikasinya juga masih tidak mempunyai tema gelap, dan hanya sedikit sahaja protokol enkripsi sambungan yang ada, iaitu WireGuard dan IPSec/IKEv2.
Agak menyedihkan di situ, tetapi jika ditanya kepada saya, saya sendiri pun hanya menggunakan sambungan WireGuard sebagai sandaran kerana saya sememangnya menyokong projek ini sejak ia dilancarkan lagi.
Bagaimanapun, apa yang menarik, Atlas VPN masih mengekalkan model perniagaan ‘freemium’, yang bermaksud anda boleh gunakan aplikasi ini tanpa perlu membayar. Cuma, kuota data yang diberikan kepada pengguna percuma hanyalah sebanyak 2000MB sahaja. Untuk menggunakan pelayan premium dan kuota data tanpa had, seperti biasa anda perlu melanggan pelan premium terlebih dahulu.

Dalam aplikasi, ciri yang disertakan bersama adalah ‘Tracker Blocker’ dan ‘Data Breach Monitor’. Ya, hanya ini sahaja ciri ekstra yang diberi selain ciri asas seperti ‘Kill Switch’. Disebabkan itu saya katakan perkhidmatan ini masih lagi tampak ‘hijau’ dan pelbagai jenis ciri boleh ditambah di dalam aplikasinya.
Pun begitu, bagaimana pula dengan ciri keselamatannya? Bukankah itu yang paling penting perlu diperkatakan? Cuba lihat pada tangkap layar berikut.

Melalui dua paparan tangkap layar di atas, saya dapati tidak berlaku sebarang kebocoran DNS atau kebocoran alamat IP sewaktu menggunakannya.  Ini amatlah berbeza sewaktu saya pertama kali menggunakannya pada tahun 2020 yang lepas apabila aplikasinya membocorkan alamat IP melalui DNS.
Kali ini isu tersebut tidak lagi berlaku.
Cuma, kelemahannya pula ialah ia menggunakan alamat IP yang sudah banyak disekat oleh kebanyakan firewall dan laman web terkenal. Anda boleh lihat kesannya ketika saya membuka beberapa laman seperti Carousell dan laman web omghackers.com sendiri.

Saya pernah menulis mengenai VPN yang jatuh di bawah bidang kuasa Five Eyes. Disebabkan Atlas VPN berada di dalam Amerika Syarikat, maka secara tidak langsung ia berada dalam kawalan negara tersebut. Anda boleh baca tentang perkara ini di sini: Perikatan Perisikan Antarabangsa: 5 Eyes, 9 Eyes, Dan 14 Eyes.
Bagaimana pula dengan perkhidmatan penstriman? Apakah ia boleh digunakan untuk strim Netflix?

Saya sudah mencuba pelayan Los Angeles, dan nampaknya ia dapat memainkan video di Netflix tanpa sebarang masalah. Saya hanya baru sempat mencuba di Windows 11 sahaja, dan masih belum mencuba pada Android TV serta telefon pintar. Saya jangkakan kesemuanya tiada masalah kerana pengoptimuman penstriman berkemungkinan dibuat menggunakan Smart DNS.
Apa yang saya suka tentang Atlas VPN ialah, tiada sebarang had dikenakan untuk bilangan peranti, yang bermaksud anda boleh berkongsi satu akaun dengan beberapa orang rakan untuk mengurangkan jumlah yang perlu dibayar.
Saya syorkan akaun tahunan untuk anda langgan, yang pada waktu ini mempunyai diskaun sebanyak 86%. Anda boleh langgan melalui pautan ini: Atlas VPN
The post Atlas VPN: Perkhidmatan VPN Yang Semakin Matang Sesuai Usianya appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/atlas-vpn-perkhidmatan-vpn-yang-semakin-matang-sesuai-usianya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Setakat Makanan Perkhidmatan Delivery Pelacur Kini Semakin Popular

Bukan Setakat Makanan Perkhidmatan Delivery Pelacur Kini Semakin Popular

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 500 hits
Oleh PELANGGAN boleh memilih gadis yang mereka kehendaki melalui gambar gambar yang diberi oleh ejen Gambar hiasan SEMEMANGNYA perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah sekarang semakin popular Anda hanya perlu memilih apa perkhidmatan del...
Banyak Rumah Roboh Imbas Gempa M6 6 Bmkg Sebut Bangunan Tak Sesuai Standar

Banyak Rumah Roboh Imbas Gempa M6 6 Bmkg Sebut Bangunan Tak Sesuai Standar

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 161 hits
BMKG melakukan pengamatan makroseismik di 15 lokasi terdampak gempa dimana kerusakan terbanyak di Kecamatan Sumur Kabupaten Pandeglang dengan intensitas VI VII MMI
11 Potret Barang Belanjaan Nggak Sesuai Foto Apes Banget

11 Potret Barang Belanjaan Nggak Sesuai Foto Apes Banget

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 176 hits
Sebenarnya sih kecewa berat tapi dilihat lihat malah bikin ngakak
T14e10 Formasi Apakah Sesuai Untuk Menewaskan 4 4 2

T14e10 Formasi Apakah Sesuai Untuk Menewaskan 4 4 2

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 220 hits
Semua tahu bahawa formasi 4 4 2 merupakan formasi paling stabil yang digemari ramai pengurus Alkisahnya pasukan kelas Tedi akan menentang satu pasukan bola sepak dari kelas lain yang lebih hebat Jadi kami fikir kami tiada harapan untuk mena...
Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga

Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 188 hits
Ayam Geprek memang enak Ayam digoreng garing dan dinikmati bersama sambal yang memukau rasa Namun ada juga yang tidak tahan dengan rasa Sambal Geprek yang pedas Kanak kanak pun tak berani nak makan Bagi anda yang suka makan Ayam Geprek tapi...
Pemerintah Sudah Matang Pertimbangkan Nama Nusantara Sebagai Ibu Kota Baru

Pemerintah Sudah Matang Pertimbangkan Nama Nusantara Sebagai Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 173 hits
Ketua Panitia Khusus Rancangan Undang Undang Ibu Kota Negara Ahmad Doli Kurnia Tandjung menilai penamaan Nusantara sudah mempertimbangkan aspek historis sosiologis dan filosofis yang nantinya akan dijelaskan dalam RUU IKN
Prn Johor Pas Berpendirian Belum Sesuai Ketika Rakyat Susah Tuan Ibrahim

Prn Johor Pas Berpendirian Belum Sesuai Ketika Rakyat Susah Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 210 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS menyatakan pendirian langkah untuk mengadakan pilihan raya negeri di Johor belum sesuai ketika ini memandangkan rakyat masih bergelut dengan kesusahan hidup Menurut Tim...
Percubaan Guna Produk Kecantikan Dari China Tapi Tak Sesuai

Percubaan Guna Produk Kecantikan Dari China Tapi Tak Sesuai

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 186 hits
Ingat tak k fiezz ada kongsi dalam entry ni k fiezz mencuba Hasilnya tadaaa haha Mula mula pakai k fiezz serasi je weii Tak ada lah naik jerawat ke apa Cuma k fiezz perasan juga jerawat naik tak kira time Biasanya jerawat muncul time nak pe...
Kemendikbudristek Pelaksanaan Ptm Berdasarkan Level Ppkm Sesuai Irmendagri

Kemendikbudristek Pelaksanaan Ptm Berdasarkan Level Ppkm Sesuai Irmendagri

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 150 hits
Kemendikbudristek menjamin kebijakan SKB Empat Menteri telah disusun secara adaptif dengan mempertimbangkan perkembangan situasi pandemi terkini Hal tersebut dilakukan demi kemaslahatan masyarakat utamanya anak anak Indonesia
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024