Salam Maulidur Rasul Peristiwa Luar Biasa Ketika Junjungan Kita Nabi Muhammad Saw Dilahirkan
Salam Maulidur Rasul | Hai, assalamualaikum dan selamat bercuti semua. Alhamdulillah, ciktie pun dapat off juga hari ini. Dan ikutkan perancangan hari ini ciktie nak pergi satu tempat ni tapi tak taulah jadi ataupun tak. Tengoklah macamana nanti. Korang cuti hari ini tak kemana-mana ke??
Tapi hari ini bukan sebarang hari tau. Ia tak sama dengan hari lain yang bakal kita tempuh dan lalui. Bukan sebab hari ini Hari Selasa ataupun cuti jatuh pada hari ini yang boleh kita isi dengan pelbagai aktiviti tetapi sebenarnya kerana tanggal tarikh hari ini sendiri, 12 Rabiulawal !! Satu tarikh keramat yang sentiasa ditunggu-tunggu, dirai dan disambut dengan pelbagai aktiviti ibadat seperti ceramah agama, selawat perdana dan sebagainya. Salam Maulidur Rasul 1440H korang..
Tak kenal maka tak cinta !! Dah tahu nak lagi tahu. Lagi, lagi dan lagi.. Itulah yang boleh digambarkan bila membaca ataupun mendengar sirah nabi kan? Tak jemu nak tahu dan terus ambil tahu. Semoga keinginan ini terus berkekalan dan bermanfaat untuk kita semua. In Shaa Allah, aamiin
Ribuan tahun yang lalu, pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M lahirnya seorang utusan Allah sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam dan juga merupakan Nabi Akhir Zaman di perkampungan Bani Hasyim, Makkah. Dunia yang dulunya hidup dalam kegelapan, jahil, zalim dan suka menindas akhirnya berubah. Kelahirannya disambut dengan penuh gembira oleh seluruh alam termasuklah bapa saudaranya Abu Lahab. Dan bertitik tolak dari tanggal tarikh hari kelahiran junjungan besar kita inilah pelbagai program/aktiviti ibadah dilakukan contohnya macam program Maulidur Rasul, Nuzul Al-Quran dan sebagainya.
Peristiwa luar biasa ketika junjungan Kita Nabi Muhammad SAW Dilahirkan
Muncul satu cahaya yang sangat terang , yang dapat menerangi istana-istana di negeri Syam, Lebanon, Jordan dan Palestin.Patung-patung berhala jatuh Istana Raja Rom bergegar dan 14 tiang besarnya runtuh.Api yang disembah oleh orang Majusi di Parsi padam tiba-tiba sedangkan ia tidak pernah padam sejak dari 1000 tahun dahulu.Air tasik di Sawat, Iran menjadi surut
Subhanallah, bertuahnya kita tergolong dalam golongan kaum Nabi Muhammad SAW ini. Sebelum keluar tu jangan lupa berselawat dan berdoa ye semoga kita beroleh syafaat darinya nanti. In Shaa Allah, Aamiin.
Hingga jumpa lagi 👋👋
Rujukan
Buku Kelahiran Teragung, Ustaz Muhadir Haji Joll, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2018/11/salam-maulidur-rasul-peristiwa-luar.html